Followers

Tuesday, July 3, 2012

Apabila Dah Bosan..

Di sekolah, kami hanya diberi 2 masa dalam seminggu sepanjang tempoh internship. Seronok memang seronok, dapat tumpu pada projek dan kajian tindakan. Yang tak seronoknya ialah apabila sudah malas buat kerja dan melayan rasa boring. Mulalah bergambar. Haha..


Inilah pasangan internship saya!^^Kena berbaik-baik dengan dia, sebab saya tumpang kereta dia. Kalau tidak....

"Ada la orang kena tinggal nanti..." - Kata-katanya terngiang-ngiang dalam kepala saya..
Haha...^_~





Anak seorang cikgu di SK Pati. Dia ni jinak-jinak merpati. Dari jauh suka senyum dan lambai-lambai... Tapi kalau mendekat....

Sebab tu saya rasuah guna handphone saya. Ajak dia main game dalam handphone. Game "Snake" tu...=D

Apabila ternampak Rex dalam gambar ni, saya terus berhenti mengambil gambar. Entah apa pula dia fikir. Ish..

Berita menggembirakan, projek berkumpulan sudahpun berakhir dengan jayanya semalam. Saya berasa amat bersyukur kerana kem motivasi tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang berat. Masalah kecil tu ada la - lupa beli teh dan gula! Tapi dapat diselesaikan kerana ada kedai runcit di seberang. Hehe..

Sekarang ni, tumpu pada projek berpasangan dan individu. Untuk projek berpasangan, saya dengan rakan internship yang cantik tu bercadang nak menganjurkan Senamrobik 1 Malaysia. Hik hik hik.. Dan untuk projek individu pula, saya akan menganjurkan pertandingan mewarna (Tema : Patriotisme) untuk tahap 2 sahaja. Okey tak?

Doakan semoga saya berjaya!=)

._.

No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^