Followers

Tuesday, July 10, 2012

Letih Selepas Senamrobik

Selamat petang dan salam sejahtera semua ~

Kalau yang berada di bahagian pendidikan tu, tentu anda tahu hari ini merupakan hari Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2012 kan? Dari pukul 8 hinggalah ke pukul 10 pagi, kami berada di padang untuk melakukan aktiviti senamrobik. Saya jadi instructor di depan okey! Gambar, nanti saya update. Jurukamera belum bagi gambar.

Sekarang ni saya ingin berkongsi gambar seorang budak prasekolah yang comel. Dia ialah anak seorang cikgu di SK Pati, saya suka dengan dia. Tengah hari tadi, saya berehat di prasekolah SK Pati, dia ikut saya. Kan dia habis sekolah di pra pukul 11.30.. Hari ini saya memang tak ada kelas ye, jangan kata saya eskep!=p

Nama dia, Saidatul Alia, 6 tahun. Cantik kan nama dia? Nama kakak-kakak dia pun bermula dengan Saidatul..

Comel.. Saya ajak dia baring di sebelah saya..=)

Memang nampaklah keletihan di mukanya..

Keadaan di prasekolah. Kemas dan teratur tau..


Pada mulanya, dia tak dapat melelapkan mata. Cikgu pra di situ bagi dia mewarna. Saya pula memerhati je.. Penat sangat!=p

Akhirnya.. Saya faham.. Sedangkan saya pun dah rasa lemah tak bermaya, apatah lagi budak kecil macam Alia ni..=)

._.

2 comments:

  1. hehehe...letih ow. rehat lah ah. mek sejak pas grade dari sekolah menengahm lansung dh x polah senam robik gik. hehe

    ReplyDelete
  2. sik hal..
    ktk msh juak slim..=p
    knek tok jak ktk 'bulat'..
    hihihi..

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^