Salam..
Saya ingin berkongsi perasaan saya di sini. Entah kenapa, sakit rasa hati. Saya dah berusaha sedaya-upaya untuk mengelakkan diri daripada dibenci orang, tapi masih ada lagi yang tak suka saya rupanya.. Tapi, siapalah kita kan, hanyalah insan biasa..
Dalam kelas tadi, pensyarah bertanya siapakah guru berintegriti yang paling anda ingat. Memang terus terlintas di fikiran saya, ibu sayalah yang paling saya ingat. Betapa banyak jasa yang disumbangnya terhadap sekolah sehinggalah sekolah tersebut mendapat Lonjakan Saujana. Kebetulan, pensyarah tersebut bertanya terus kepada saya. Tentulah saya katakan ibu saya..
Saya tak berniat pun untuk menunjuk-nunjuk ataupun berlagak. Saya sekadar ingin berkongsi, lebih-lebih lagi perkongsian itu mengandungi pengajaran bagi kita semua sebagai seorang guru. Tapi pandangan mereka pula berbeza..
Kata seseorang di Facebook, saya menunjuk-nunjuk tentang ibu saya. Katanya, perbuatan saya berkongsi kisah ibu saya itu boleh menimbulkan riak. Katanya lagi, perbuatan ibu saya itu tidak perlu diceritakan pada semua orang, biar orang tahu dengan sendirinya.
Mungkin dari kisah ibu saya itu, mereka terasa. Tapi saya dah cuba sedaya-upaya untuk tidak terlalu menonjol-nonjolkan ibu saya, sebaliknya saya ingin tonjolkan sifat seorang guru yang mengamalkan etika guru dan gigih berusaha dalam meningkatkan profesionalisme guru..
Apapun, kata-katanya di Facebook tu memang meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya. Tapi takpa, saya maafkan dia. Saya harap dia sedar akan perbuatan dia itu. Saya bersyukur kerana daripada pendapat rakan-rakan yang lain, saya tak menunjuk-nunjuk. Nisbah, 1 : 10.
Memaku dulang paku serpih,
Mengata orang diri yang lebih.
._.
Tweet
biaso la hidup nih...nak puaskan hati semuo org hampir mustahil...yang penting kita perlu tgk majoriti/nisbah tuh...:)
ReplyDeleteyalah...
ReplyDeletesusah nak puaskan hati semua orang...
Be strong, herma..what goes around comes back around :)
ReplyDeletetq bang syam...
ReplyDeletesy tak sangka la dia buat mcm tu pd sy, bang syam...
sedih rasanya tau..
Biasalah, orang penuh dengan hasad dengki. Tp kena igt,waktu dah kerja nnt lagi dahsyat dugaan,tmbh2 msih freshie lg..so jgn ambil port sgt org mcm ni..lg dilayan,makin menjadi dia nnt :)
ReplyDeletesaya ni sangat sensitif kan bang syam..
ReplyDeletesedih, kecewa tau...
wpun sy nak maafkan dia,
tapi saya masih teringat lagi kata2 dia tu..
mungkin dia dah takda modal lain yang nak dipos kat fb kot..
betul kata bang syam,
what goes around comes back around.
sy harap dia kena yang lebih teruk..
biar dia rasa bgmn rasanya dibuat begitu..
memang tak sangka sangatlah.....=(