Followers

Thursday, August 16, 2012

Beberapa Hari Menghilang ~ Saya Puasa??

Selamat petang~

Hari ini, bermulalah cuti hari raya. Bermula petang ni la.. Pagi tadi masih ada kelas lagi. Hehe.. Selama beberapa hari ni saya tak update blog. Bukan kerana merajuk, bukan kerana sakit ataupun bukan kerana balik kampung. Dashboard ni.... Entah kenapa, tiba-tiba je buat hal. Kemudian, saya delete apa-apa yang perlu dan biarkan dulu blog ni mendiamkan diri buat sementara waktu. Akhirnya, sekarang dah dapat taip cerita di sini. Hihi ~

Sepanjang saya mendiamkan diri, begitu banyak sebenarnya perkara yang ingin saya kongsi di sini. Tapi disebabkan masalah dashboard ni, saya jadi lupa pula. Antara perkara yang saya ingat dan menjadi kenangan manis bagi diri saya ialah :

  1. Hari Isnin (13 Ogos 2012) - Kali pertama saya berpuasa dalam tahun ni. Haha! Saya bersama rakan sekelas yang disayangi bersama-sama berbuka puasa di Saddad Food Court Kuching. Boleh tahan juga la.. Satu kepala, RM15. Buffet..=)
  2. Hari Selasa (14 Ogos 2012) - Kali kedua berpuasa, tapi berbuka puasa dengan mi je.. Ololololo... Sebenarnya, saya seronok juga ikut kawan berpuasa ni, tapi teman berbuka tiada sebab mereka berbuka di Pusat Islam...T__T
  3. Hari Rabu (15 Ogos 2012) - Kali ketiga berpuasa, masih bersemangat lagi ni. Maklumlah tekak dah tak sakit lagi kan.. Petangnya, saya menemani Kak Effa ke rumah kakak yang jual biskut. Lepas tu, kami shopping kejap. Saya beli baju, RM19 je... Hehehe..
  4. Hari ini saya tak puasa.. Malas juga sebenarnya, lebih-lebih lagi bila memikirkan tiada teman dengan saya berbuka puasa..T__T
Pengalaman berpuasa ni, best juga. Selain dapat menurunkan berat badan, saya belajar untuk mengawal diri daripada cepat berasa marah. Saya ni jenis yang emosional sikit tau... Baru tadi saya timbang berat, ada la turun 2kg.. Haha! Kawan-kawan kebanyakannya dah balik dah.. Saya pula? Keseorangan duduk di sini menghadap laptop. Roommate entah ke mana. Selamat bercuti kepada mereka yang dah mula bercuti...^___^v

._.

5 comments:

  1. Seronok kan berpuasa..
    seronok dpt buka sama-sama..
    selain tu elok utk bdan..:))

    ReplyDelete
  2. nnt bole cuba berpuasa sebulan pulak..:))

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  4. didie,
    nak juga sebenarnya kak..
    tp nak cari teman untuk berbuka puasa...
    sebelum ni berbuka sorang2 je..T__T

    mad,
    selamat hari raya mad..=)

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^