Followers

Friday, August 17, 2012

Kenal Fasha Sandha?

Selamat petang..=)

Bangun dari tidur, saya online sekejap sebelum sambung menyiapkan kerja kursus. Kali ini saya ingin berkongsi cerita mengenai artis kesukaan saya selain daripada Lisa Surihani, Yunalis Zarai dan Siti Nurhaliza. Nak kata minat sangat, tak juga. Tapi saya lebih suka mereka ni berbanding artis-artis lain. Hehe..


Selain Lisa, Yuna dan Siti, saya suka juga dengan Fasha Sandha. Umum dah tahu Fasha dah selamat bernikah dengan Rizal Ashram (Jejai) selepas bertahun-tahun memendam rasa. Dan sekarang ni Fasha sedang hamil dua bulan lebih. Lama dah tak keluar berita pasal dia ni kan.. Baru tadi keluar di Harian Metro. Tak tahulah pula kalau ada keluar di berita lain. Hehe..

Dengarnya, mereka tak dapat menyambut raya di bumi Malaysia tahun ni kerana Jejai akan menyertai perlumbaan The Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia di China pada Sabtu dan Ahad ini. Takpalah Fasha, tugasmu adalah di sisi suami, menyokong dan memberi semangat.=)

Saya harap, lepas ni tiada lagi kontroversi tentang Fasha. Nasib baiklah dia sememangnya berbakat dalam lakonan dan dengarnya, tak pernah pula dia buat hal di set lakonan kan? Kiranya pelakon yang berdisiplin la.. Semoga Fasha terus berjaya ya.. Dan semoga perkahwinan mereka kekal bahagia..

  ._.

2 comments:

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^