Selamat tengah hari semua.. Dah makan? Belum?? Saya pun belum juga tau... Rasanya saya takkan makan nasi... Sedih, pilu, terharu, sebak bercampur menjadi satu... Tapi, saya teringatkan kuih raya yang seorang teman bagi tadi. Dalam satu tupperware.. Special tau... Dia bawa 2 bekas tadi - 1 untuk dimakan bersama rakan sekelas, 1 pula untuk saya.. Dia tahu saya suka makan kuih raya. Hihi.. Terima kasih ya!^__^
Sebenarnya saya keseorangan saja dalam kelas ni. Menyiapkan kerja yang tak siap-siap. Minggu ni memang sibuklah. Semakin akhir tahun, semakin sibuklah kami nanti. Disebabkan kesibukan ini dan saya tak sempat nak balik/ keluar makan, saya makan ni jelah. Inilah penyelamat perut saya buat masa ni. Sebab tu saya sayang teman saya tu.. Kerana kuih raya ni la, saya tak rasa lapar. Hehe..
Saya tak tahu pula apa nama kuih raya ni. Yang saya tahu, makan je. Syukur ada makanan.. Bersemangat sikit buat kerja...^__^v
._.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^