Saya tak jadi balik kampung semalam, sakit kepala. Maklumlah tak cukup tidur kerana menyiapkan kerja kursus (saat-saat akhir okey!). Selepas tidur sepanjang hari, malamnya saya menjadi aktif. Alang-alang tak balik kampung, saya melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh JPP IPG Kampus Tun Abdul Razak yang tercinta ini. Malam Merdeka Raya!=)
|
Sehari sebelumnya, kami menghias gerai masing-masing.. Setiap kumpulan ada gerai..=) |
|
Antara rakan yang hadir |
|
Ini dia kada raya yang saya buat! Cincai je, tiada bakat.. Yang ini hasil pertama. |
|
Kedua.. Mood agak okey masa ni, sebab tu lukis 'cantik' sikit. |
|
Ketiga.. Semakin cincai pula.. |
|
Dan keempat... Semakin malas nak melukis. Haha! |
|
Ini pula kad raya yang lebih besar dari tadi. Saya disuruh buat, buat jelah macam ni.XD |
Gambar di bawah pula gambar-gambar Malam Merdeka Raya.. Jom lihat...^__^
|
Rakan sekelas perempuan yang datang hanya Anne (yang berbaju putih tu) sahaja, termasuk saya hanya dua orang. Yang lain balik kampung berkepit dengan mak. Hehehe... Jangan marah sayang ~ |
|
Dia ni normal, tapi dia suka buat muka pelik. Eh, Jo, saya baru perasan kamu menyibuk di belakang. Haha.. |
|
Pensyarah kami, Encik Md Nasir..=) |
|
Yang bertudung hitam tu ialah Puan Habibah Noor.. Dia sangat baik.. Selepas sembahyang Jumaat nanti kami pergi beraya ke rumah dia pula. ^_^ |
|
Mereka berdua ni, rakan sebilik. |
|
Antara junior yang bertandang ke gerai kami. Yang paling kanan tu, junior Sains Sosial, Sasha..=) |
|
Menikmati juadah.. |
|
Masa ni, wakil kumpulan kami (Aboy) mengucapkan kata-kata kemerdekaan. Tapi saya malu nak ambil gambar di depan tu, ambil dari belakang saja. Snap! Gambar kepala Pawi (halus-halus) turut masuk. |
|
Nampak tak lelaki berbaju merah yang kelihatan seperti bersenam tu? |
|
Dia bukanlah bersenam, tetapi berlagak seperti inductor. Hehe.. Masa ni kami menyanyikan lagu Tanggal 31. |
|
Bersemangat nampaknya.. |
|
Lagu Negaraku! |
|
Nampak tak insan yang berdiri di sebelah 3 orang gadis bertudung tu? Dialah pengarah IPG kami, Bonda Hamsiah bt Abdullah Masni. Untuk pengetahuan semua, beliau ialah Cina Islam..=) |
|
PISMP 1109!!!^__^ Paling senior sekarang ni. Haha.. Saya jugalah tu.. |
|
Kumpulan GSTT.. Teruskan perjuangan anda!=) |
Memang seronok. Sebenarnya, saya agak sakit kepala pada masa tu. Tapi, daripada saya terperap sahaja di bilik (makin menambahkan sakit kepala!) lebih baik saya keluar dari sangkar sekejap dan bergaul dengan warga IPG. Tak lama lagi saya tamat pengajian dan mungkin tiada peluang lagi untuk berinteraksi sesama guru pelatih. Jadi, saya menggunakan peluang ini sebaik-baiknya. Hehe..
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE-55...^____^V
._.
Oh bestnya ad event merdeka sndiri.. jual ap dkt gerai2 tu?
ReplyDeleteTak ada jual apa-apa..
Deletemakanan yang ada seperti kek lapis, kekacang dan sebagainya memang disediakan kepada para tetamu yang datang..=)
wah meriahnya sambutan merdeka.. best kan ada kwan ramai2,
ReplyDeletesalam merdeka ye =)
best best best!>_<
Deletesalam merdeka juga buat babycomel..=)