Followers

Friday, August 10, 2012

Nak Jadi Burung Yang Macam Mana?

Selamat pagi ~

Dua hari yang lepas, pensyarah bertanyakan soalan kepada kami perempuan : Andainya kamu menjadi burung, kamu burung yang macam mana?

Maka, ada yang menjawab burung yang bebas, burung hutan, burung terancam.. Hehe.. Apabila sampai ke giliran saya, saya belum lagi menjawab. Maknanya ada rakan yang tolong jawabkan la.. Betul jawapan tu! Memang dah ada dalam otak fikiran saya.. Jawapan saya ialah,

"Burung di dalam sangkar."

Pensyarah tersebut kelihatan terkejutlah. Mana taknya, orang lain bagi jawapan burung bebas, saya pula jawab burung dalam sangkar. Kemudian, dia bertanya kenapa saya menjadi burung dalam sangkar. Jawapan saya,

"Sebab banyak 'kurungan' daripada pelbagai pihak."

Kemudian, pensyarah tersebut tanya lagi. Nampaknya dia memang berminat nak tahu kehidupan saya ni. Haha! Soalannya berbunyi begini, kamu suka tak jadi burung dalam sangkar tu? Jawapan saya,

"Pastilah suka. Saya lebih suka dan lebih rela menjadi burung dalam sangkar."

Panjang lagi hujah saya sebenarnya, tapi saya malas nak banyak cakap. Nanti apa pula kata orang yang selalu menceritakan tentang saya di Facebook. Huahahaha! Main-main je ye, jangan marah~

Saya teringat lagu budak Indonesia (saya lupa namanya) semasa saya kecil dulu. Nama mereka ialah Saskia, Geofani dan entah siapa lagi seorang tu. Lupa dah. Baca liriknya.=)

Wahai kau burung dalam sangkar
Sungguh nasibmu malang benar
Tak seorangpun ambil tahu
Duka dan lara di hatimu

Wahai kau burung dalam sangkar
Dapatkah kau menahan siksa
Dari kekejaman dunia
Yang tak tahu menimbang rasa

Batin menangis hati patah
Riwayat tertulis penuh dengan
Titisan air mata
Sungguh ini suatu ujian
Tetapi hendaknya kau bersabar
Jujurlah kepada Tuhan
 
Nota kaki : Lagu ni bukanlah menunjukkan diri saya sebenar ye...
 
._.

10 comments:

  1. pelik jer. kenapa nak jadi burung dalam sangkar? tak bebas pun, sedih laa tengok burung lain terbang tinggi2, kita duk dalam sangkar jer :')

    ReplyDelete
  2. burung dlm sangkar bebas dpd sebarang ancaman luar..=)
    makan, pakai, belaian, semua cukup.=p

    ReplyDelete
  3. oo. cmtu pulak kekdahnya,,.. KA suka burung yg terbang bebas tu ! hehe

    ReplyDelete
  4. hehe..
    sy sorang jelah yg nak jd burung dlm sangkar..

    ReplyDelete
  5. saya pun nk jadi burung yg dalam sangkar, disayangi, dibelai, makan semua cukup.. walaupun mungkin tak bebas, tapi rasa selamat je kan..

    ReplyDelete
  6. babycomel,
    wah, dah ada teman saya..>_<!

    Mad,
    kmk blit kpg hujung minggu tok..=)

    ReplyDelete
  7. eee...mun kmk, mek maok jd burung yg bebas di udara. x terkurung...hikss :D

    ReplyDelete
  8. eee...mun kmk, mek maok jd burung yg bebas di udara. x terkurung...hikss :D

    ReplyDelete
  9. eh, ktk dh terikatlah..
    cney mok ngkah laki ktk??=D
    mun ktk burung yg bebas pun, ktk dh berpunya..hehe..

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^