Followers

Wednesday, September 5, 2012

Elaun Guru Pelatih IPG Bakal Dimansuhkan?


Hai~

Dah makan? Saya, sudah. Makan mi campur telur tadi. Kenyang sudah. Hehe..

Kali ini saya ingin berkongsi satu isu yang mungkin agak lapuk untuk diketahui - Elaun guru pelatih di IPG bakal dimansuhkan. Saya mendapat tahu mengenai isu ini sejak beberapa minggu yang lepas. Kami pernah membincangkan pro dan kontranya semasa dalam kelas.

Bagi yang masih belum tahu tu, kami di IPG ni diberi elaun. Untuk yang masih pra, elaun mereka sebanyak lebih kurang RM300 la. Untuk yang masuk degree pula, lebih kurang RM700. Bagi kami yang masuk degree ni, elaun diberi setiap enam bulan sekali. 6xRM700=RM4,200. Kaya la sekejap. Kononnya.. Haha..

Eh, menyimpang pula. Dengarnya, elaun akan dimansuhkan dan diganti dengan PTPTN. Tapi belum pasti lagilah. Kalau jadi, maknanya junior tahun depan akan meminjam duit dari PTPTN seperti di universiti juga. Dengan kata lain, IPG akan dikorporatkan seperti IPT.

Dengarnya juga, selain pemansuhan elaun, tawaran akan dibuka kepada semua (seperti IPT juga) dan tiada jaminan untuk mendapat tempat sebagai seorang guru di sekolah (juga seperti IPT). Maknanya kena bersaing menjadi yang terbaiklah kan..

PADA PANDANGAN SAYA la, memang elok juga sebenarnya. Pada masa inilah kita dapat lihat siapa sebenarnya yang benar-benar ingin menjadi guru, dan siapa sebenarnya yang minta masuk IPG hanya kerana elaun seperti yang selalu digembar-gemburkan.

Selain itu, kualiti seseorang guru juga akan meningkat. Maklumlah kena bersaing untuk menjadi yang terbaik kan.. Motivasi juga meningkat kerana kita akan rasa "mesti keluar bekerja untuk membayar hutang PTPTN".. Kesannya, jika isu ini menjadi kenyataan, sekurang-kurangnya adillah untuk warga IPT kan..=)

Pendapat je tau.. Bukanlah saya mementingkan diri (mentang-mentang saya akan tamat belajar hujung tahun ni kan..), adik-beradik, saudara-mara dan kawan-kawan saya pun teringin nak masuk bidang pendidikan ni tau.. Jadi, saya masih memikirkan kepentingan pihak lain..

Oleh itu, bersyukurlah ya wahai kita yang sedang menjalani latihan perguruan sambil menikmati elaun sekarang ni.. Hargailah bantuan dan keselesaan yang kerajaan bagi.. ~Sekian~

._.

8 comments:

  1. hurmm ada bagusnya juga program nie kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus sebenarnya..
      tapi tak pastilah sama ada ianya akan dilaksanakan atau tidak..=)

      Delete
  2. Betul tu, ad juga kawan2 aku yg ingin menjadi guru dgn alasan elaun guru tinggi.. walhal salah niat dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan kalau yang berniat lain tu dapat masuk IPG, dia dah menutup peluang kepada mereka yang betul-betul nak jadi cikgu... Kesian kan...

      Delete
  3. da hbs xpew..yg mnanggong ttp akn mnaggong..
    bgos mmg bgos..tp xde gne untuk wrtakn IPG sbgai IPT..lau IPG sdri pntdbrn bkn ke arah IPT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, IPG ada induknya sendiri.. kalau nak korporatkan IPG, banyak lagi masalahnya..=)

      Delete
  4. hai .. nak tnya ..kalau misalnya guru ipg gagal dlm temuduga spp or pergi mngajar ke sekolah swasta ..ada tak kena byr apa2 dgn kerajaan ? i mean, kan slama kita study di ipg, ipg la yg tanggung kita.. so kita kna byr mereka semula ? mcm ptptn ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak.. kalo gagal temuduga spp, blm dpt posting lg.. kena lulus temuduga dulu br dpt posting.. tp soal bayar balik tu, xdalah pula..

      Delete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^