Followers

Saturday, September 1, 2012

Tanda-tanda Di Sebalik Ketumbuhan Jerawat

Selamat pagi~

Pagi ini juga, muka saya ditumbuhi dua biji jerawat. Sedih tau, jerawat ni merupakan perkara yang sensitif bagi saya. Lepas jerawat, parutnya pula. Takut sangat kalau jerawat ni tumbuh! Sakit!T__T

Sebenarnya kan, ketumbuhan jerawat ni bukan sahaja menunjukkan perubahan hormon, malah ianya juga menunjukkan tanda-tanda dalaman kita yang kurang sihat. Mari kita lihat :

1. Dahi – Haba badan melampau dan peredaran darah kurang baik. Minda dan badan mungkin terlampau letih. Stress. Cara mengatasinya, pupuk tabiat tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang cukup dan minum air banyak.

2. Hidung – Jerawat di batang hidung menunjukkan kita mungkin mengalami masalah tulang belakang. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman kurang normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.

3. Dagu – Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

4. Pipi kiri – Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

5. Pipi kanan – Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

6. Pada badan (belakang/ depan) – Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Tapi dalam banyak-banyak rujukan yang saya cari, tiada pula menyatakan tanda bagi jerawat yang tumbuh di bahagian atas mulut (tempat misai tumbuh tu...).. Mungkin saja-saja je tumbuh.=p
Rujukan : http://tipssihat4u.blogspot.com/2011/04/jerawat-punca-dan-nasihat_29.html

2 comments:

  1. Jerawat ni mcm dh sebati dgn diri ak plak =.="
    bila hilang satu keluar lagi yg baru hak2
    especially di hidung, agknya patut la ak selalu sakit2 belakang hak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. faktor pemakanan juga kot..
      hehehe..
      kena rajin guna toner dan bedak sejuk..=p

      Delete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^