Followers

Monday, September 3, 2012

Untungnya Jadi Cikgu?


Letih dengan kerja kursus, saya kembali semula kepada blog kesayangan saya ni. Blogwalking, walaupun tak mampu nak baca entri kawan alam maya yang lain, tapi selepas melalui kesibukan ini saya akan kembali semula untuk mengaktifkan diri. Bukan apa, saya manfaatkan peluang ini untuk aktif sebaik-baiknya kerana tahun depan dah mula kerja dah. Tak dapat nak aktif lagi..=)

Baru tadi saya melawat blog seorang cikgu, Suara Simpang Kiri. Ceritanya ialah mengenai seorang gadis (Rujuk di SINI)yang dikatakan agak keterlaluanlah.. Tajuknya, "Untung Laa Sape Jadi Cikgu". Tapi itu pendapat dia.. Saya nak bagi komen pada blog dia tu, tapi rupa-rupanya dia dah tutup blog. Sempat juga saya baca entrinya. Saya hormati pendapatnya itu, tapi saya ingin tekankan, tak semua guru macam tu.. 

Ingat, kita ni pandai membaca, menulis dan mengira ni kerana guru. Bukan hanya guru di sekolah, tapi juga guru agama, mak kita yang ajar kita membaca di rumah pun dikatakan guru juga tau.. Tapi orang yang berkerjaya sebagai seorang guru ni seorang yang terlatih. Mereka (termasuk saya la) dah belajar pedagogi tentang kanak-kanak, tentang kemahiran untuk mengajar, melalui pengalaman semasa praktikum dan mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu termasuklah kerja kursus, kajian tindakan (kalau di universiti kita panggil 'tesis') dan pergi kuliah juga seperti di universiti.

TAPI, kerana nila setitik rosak susu sebelanga kan? Guru merupakan kerjaya yang sentiasa dipandang oleh masyarakat. Kerana seorang dua yang membuat hal, nama guru terjejas. Kerjaya lain seperti engineer, polis dan macam-macam lagi pun  ada yang buat hal, tapi rasanya gurulah yang mempunyai kesan yang paling teruk. Pada pendapat sayalah. Kerana apa? Kerana, gaji guru boleh tahan, kalau sekolah cuti guru pun cuti, kerja pula tak lama (Kira-kira dari pukul 7 hingga 2 petang) dan sebagainya. Sebab itulah ramai yang pandang serong pada kerjaya guru ni. KECUALI kita yang bekerja sebagai guru, kita bersyukur kerana jadi cikgu.=)

Saya pilih guru kerana saya minat. Percaya atau tidak, saya bercita-cita menjadi cikgu sejak Tahun 1 lagi. Kan ada buku laporan tu.. Dari Tahun 1-6, cita-cita saya ialah GURU. Faktor lain, mungkin sebab mak saya cikgu. Sejak kecil juga, saya selalu mengajar kawan-kawan dalam kelas. Kiranya saya menjadi rakan bimbingan la..

2007, saya mendapat tawaran di IPG Kampus Tun Abdul Razak ni. Saya bersyukur sangat kerana sudah separuh cita-cita tercapai. Mulanya, saya tak terfikir pun tentang elaun yang kami dapat. Lama-lama apabila fikiran dah semakin matang kan, sekali lagi saya bersyukur kerana diberi elaun. Kalau saya masuk U masa tu, sudah tentu saya pinjam duit dari PTPTN. Jadi, yang dapat tawaran IPG ni, kita harus bersyukur. 

Kini sudah lebih kurang 5 tahun di IPG ni, nilai keguruan dalam diri saya semakin kuat. Hasil dari kuliah, praktikum dan internship yang saya jalani. Tahun depan saya mula mengajar, saya harap saya dapat kekalkan momentum diri ini. Sejujurnya, saya ingin mendidik anak bangsa supaya menjadi INSAN. Tak apalah kalau memang tak pandai-pandai, asalkan sifat kemanusiaan, budi pekerti dan keimanan itu masih ada. Faham kan? Zaman sekarang ni... Tau-tau jelah.. Hmmm...

***Miss Liyana Adnan, insaflah.. Adakah kamu nak maksudkan, kamu bekerja semata-mata nak bayar gaji kami yang mahal ni? Kalau kamu dah kahwin dan ada anak nanti, kamu akan faham..=)

 Sekian ya.. Kalau ada apa-apa pendapat, silalah komen.=)

._.

12 comments:

  1. Huhuhu bengong kot dia tu... Dah dia dah tulis yg dia tak boleh nak handle strees, maybe dia buat entry tu masa strees la kot... Hahaha semua kenyataan dia salahkan cikgu... Sakit pula hati ni baca blog dia... Mana tak nya, ayah sya cikgu yg mendidik budak luar bandar, yg tinggalkan anak bini dia kat rumah, dan berjumpa cuma 3 bulan sekali, dia boleh cakap cikgu tak ikhlas bekerja... Kenapa dia tak kaji pula yang engineer tu makan rasuah walaupon gaji kompom kompom besar giler.. Huhuhu lantak dia la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapa en.Ameng cikgu rupanya ye..
      Siapa yang tak terasa kan..
      saya harap dia dah insaflah..
      mula2 saya marah juga, geram dengan kata-kata dia tu..
      tapi apabila saya dapat tahu dia tu anak yatim piatu, saya maafkan dia..=)

      Delete
  2. saya jd cikgu bila hujung tahun je...tolong tanda kertas jawapan pelajar mak...slalu kena tegur sbb komen sy pada kertas jawapan tu lebih dari mcm seorang cikgu..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! Sama la kita, saya pun jadi penyemak tak bertauliah kalau waktu cuti sekolah dulu.
      mungkin itu salah satu faktor saya nak jadi cikgu kot..XD

      Delete
  3. Setiap pekerjaan ada susahnya ada baiknya.. bagi seorang yg bukan guru, aku rasa dia tak tahu mcm mana susahnya menjadi seorang guru..
    nak2 sekarang ni nk denda pelajar pun takut disaman dek parentsnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..
      sampaikan yang tak salah pun boleh jadi salah..
      kesian cikgu..
      tapi tengoklah mcm mana orang yang saman-saman cikgu yang tak salah ni..=)

      Delete
  4. kalau belum baligh, barulah status anak yatim tu diambil kira... ni dh tua bngka, anak yatim piatu apa pulak...
    aku cikgu, memang rs nk nitis air mata baca blog dia... wpun dia dh minta maaf, tapi tak semudah itu nak memaafkan, sebab hati dh terguris, susah nak maafkan on the spot... kalo aku mati dulu, tak sempat nak maafkan ko liyana, ko merangkak la di akhirat nanti, mintak maaf kat semua guru yg masih trasa ati dgn ko,,, sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabarlah ya..
      setiap kerjaya ada cabarannya..
      begitu juga kerjaya guru, kerjaya yang dipandang tinggi ni pun ada juga dugaannya untuk mengekalkan martabat guru ni..
      semakin teruk hinaan orang, kita kena semakin kuat untuk menghadapinya..
      perbaiki segala kesilapan dan kelemahan..=)
      saya dulu pun marah juga dengan dia ni, tapi apabila mendapat tahu dia ni anak yatim piatu, sejuk je rasa hati..
      saya fikir, mungkin tiada orang ajarkan dia betapa kita harus menghormati guru..
      kita belajar dari kesilapan : melentur buluh biarlah dari rebungnya.. maafkanlah dia..=)

      Delete
  5. Saya guru, dah 6 tahun. Keluar rumah 6.30 pg balik rumah 6.30 ptg. Nasib baik balik awal 4.30 ptg dan kebanyakan guru macam saya. Mana penulis dapat info cikgu kerja 7 am - 2 pm? Ada buat kajian ilmiah? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun cikgu juga. :)
      Cikgu di pedalaman. Turun kerja 6.30, loceng dibunyikan pukul 7.00 pagi. Balik tengah hari pukul 1. Kalau ada kelas petang, 2.30-3.30. Kalau tiada, rehat saja di rumah. Sambung ke aktiviti kokurikulum pukul 3.30-4.30 pula. Haha.. Malam memang sentiasa buat kerja. Apapun, saya memang cikgu. Tak payah buat kajian ilmiah. :))

      Delete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^