Followers

Wednesday, October 10, 2012

Program Kesihatan Pergigian

Hai! Selamat pagi pembaca..=)

Dua hari lepas (8-9 Oktober 2012), kami PISMP 1109 Semester 8 dan DPLI ambilan.. (lupa) menyertai Program Kesihatan Pergigian di IPG Kampus Tun Abdul Razak ni.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani (dibantu oleh DPLI) dan Bahagian Kesihatan Pergigian, Samarahan. Keseluruhannya, memang menyeronokkan dan banyak perkara yang telah saya pelajari. Kalau saya ada waktu senggang nanti saya kongsi bersama anda semua ya! Jom lihat gambar di bawah ini :

Kami sekumpulan. Bergambar bagi tujuan penyediaan video interaktif. Kami berlakon.. Tapi suara saja.. Yang betul-betul berlakon ialah gigi-gigi yang comel tu..=p

Jangan cemburu, kami mendapat barang percuma semasa kursus gigi tu. Inilah pakej saya.. Berus gigi warna merah jambu. Haha!

Yang ini pula pakej kepunyaan rakan sebilik. Hijau la berus gigi dia.. Eh, gunalah Colgate! Bagus tau.. Saya memang pengguna setia Colgate!=)
Kami juga ada pertandingan melukis poster. Inilah hasil lukisan kumpulan saya. Si pelukisnya, siapa lagi kalau bukan saya (eh, bukan berlagak tau..). Lukisan 'smiley' kecil paling kanan tu mewakili kaum India, seterusnya Singh, Melayu, Cina dan... Cuba teka apakah itu. Sebenarnya kaum Iban, tapi tak pandai nak lukis hiasan atas kepalanya tu.. Menjadi bahan ketawa tau..T_T

Cantik tak?? Kumpulan ini (dari PISMP PS - kelas saya!) mendapat tempat ketiga..=)
Tempat kedua! PISMP ye.. Untuk pengetahuan, video interaktif mereka turut ada nombor. Ala-ala K-pop tau... Lucu je.. Hihihi...

Juara!!! PISMP juga tau...^_^

Untuk video interaktif pula, kumpulan PISMP Sains menjadi juara. Kreatif tau! Tempat kedua, video interaktif ala-ala K-pop - PISMP PS (kelas saya!) dan tempat ketiga... ... 

Saya pun tak faham kenapa mereka dapat nombor tiga. Banyak lagi video yang lebih bagus sebenarnya.. Mungkin penilai tak mahu bias, jadi bagi sajalah pada mereka. Sekurang-kurangnya ada menang kot.. Sungguh... Tak tipu. Huhu.. Sekian saja ya..=)

._.

8 comments:

  1. LIYA
    Kalau gosok gigi jangan kuat-kuat
    Takut jiran salah faham
    Dan buat kenyataan ADA
    SUARA ANEH DARI SAMARAHAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, takdalah jiran nak salah faham..=p
      suara aneh tu?
      memang saya ada dengar..=)

      Delete
  2. Replies
    1. memang bagus tau..menimbulkan kesedaran tentang gg..=)

      Delete
  3. Cantiknya lukisan poster tu. Kreatif betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi yang cantik2, tapi tak larat nak ambil gambar semuanya..=p

      Delete
  4. eeee...mintak mek sikit brg free ya. hehehe :D Untung bdn...hikss

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^