Followers

Friday, October 12, 2012

Tujuh Sebab Mengapa Saya Kedekut!

Selamat pagi dan salam Jumaat..^__^

Saya sebenarnya tak kisah sangat pun berkongsi barangan dengan rakan-rakan, apatah lagi kawan rapat.. Dengan kawan tak seberapa rapat pun saya tak kisah sangat, begitu juga dengan adik-adik junior di IPG ni. Antara barang-barang yang pernah saya pinjamkan ialah :
  1. Alat tulis (pen, pensel, pembaris, stapler, pemadam dan sebagainya.
  2. Baju/ seluar (selalunya orang pinjam apabila perlu pakai baju sama warna dalam kumpulan untuk aktiviti tertentu).
  3. Blazer ( Apabila bertugas semasa perhimpunan/ big event).
  4. Pinggan, sudu, garfu
  5. Buku-buku rujukan
  6. Makanan (saya bagi saja, bukannya pinjamkan ye.. Haha)
  7. Payung (selalunya nak minta berkongsi payung semasa hujan. Haha)
  8. Dan lain-lain lagi, yang saya lupa..=p

Benda-benda sebegitu tak salah dikongsi kan? Takkan habis pun.. Masalahnya, saya akan menjadi kedekut apabila :
  1. Barang yang dipinjam tak diberi balik. Contohnya buku rujukan TITAS yang dipinjam oleh junior, sampai sekarang tak diberi balik. Saya dah lupa dah siapa orangnya..T_T. Sudah berapa tahun dah ek? Ni yang buat saya trauma nak bagi orang pinjam barang ni..=(
  2. Barang yang dipinjam, dikembalikan tetapi BUKAN dalam keadaan asalnya. Contohnya marker pen yang dipinjam 12 batang, apabila diberi balik cuma tinggal 10 batang sahaja. Geramnya.... Grrrrr....
  3. Yang ni dahsyat. Baju/ blazer yang dipinjam, diberi balik tapi dalam keadaan KOTOR! Kicaplah, tanahlah.. Oi cik adik, tak cuci elok-elok ke? Mentang-mentang la bukan baju sendiri ye... Nak buli saya pula ye... Takpa, karma...
  4. Pinjam barang, tapi berbulan-bulan tak bagi balik. Selepas berkali-kali diminta, barulah bagi balik. Itupun dah macam barang untuk dikitar semula. Kecewa tau.... 
  5. Buat-buat lupa ke? "Eh, ada ke saya pinjam barang kamu?" Hmmm... Tak tahu nak kata apa lagi. Lain kali perlu isi borang dan tandatangan dululah sebelum meminjam barang..
  6. Barang yang dipinjam, hilang. Lepas tu buat-buat tak tahu. Selamba saja.. Sedih tau, barang tu bukannya percuma ya.. Saya beli guna duit mak, duit elaun.. Rasanya elaun kita sama je.. Bukannya saya dapat dua kali ganda pun...
  7. Yang ini selalu berlaku. Pinjam pen, lepas tu dibiarkan begitu sahaja di atas meja orang lain, tak bagi balik. Lepas tu saya sendiri ambil balik pen tu. Kalau saya marah pula, dikatanya saya pemarah. Ingat saya ni kaya ke..?
  8. Dan lain-lain yang saya lupa. Hehehehe... Kontroversi ke cerita saya ni? Errr..

Promosi sikit. Sekarang ni, kerajaan Malaysia dah bagi bantuan dalam bentuk Baucer Buku 1Malaysia. Semuanya sama rata ye.. Jadi, apa lagi. Belilah barangan yang kita perlukan. Sekian, terima kasih..=)

._.

4 comments:

  1. Don't be stingy. Org kedekot msk neraka.

    ReplyDelete
  2. yakah??
    nampaknya tak jadilah saya nak jadi orang kedekut ni..=p

    ReplyDelete
  3. Stinginess is one of two traits despise most by Arabs during Al Jahilliyyah era. Another is cowardice.

    And two attributes praised most by Arabs are generosity and bravery. In fact till this days Arabs still lived by this maxim.

    There's a story about Hatim Al Tayyi'. He lived during Al Jahilliyyah just before the prophethood of Muhammad SallalLahu 'Alayhi Wasallam. He was known for his generosity.

    One a guess come to him. As the customary among Arabs they will slaughter a beast and have a feast to honour their guess. This still happening till this day. It was the time of summer draught, so he has nothing to slaughter but his most beloved horse, which among the best in Arabia. Being the generous man he was, he slaughter his horse anyway.

    So while he was feasting his guess the guess told Hatim his intention. He come for Hatim's horse and negotiate the price. He came to buy Hatim's beloved horse. Hatim left with no choice told him the true story.

    When Islam came, it does not eradicate all the traits in Al Jahilliyyah. Some of the praiseworthy attributes are kept in place and strenghtened. Only the blameworthy attributes was exterminated.

    As the result generosity and bravery still among the most charished good attributes among Muslims and Arabs until today. And cowardice and stinginess are among the most despise of bad attributes.

    There's many verses from Al Qur'an and also Hadith dealing with these issues.

    RasullulLah SallalLahu 'Alayhi Wasallam said: “What disease is worse than stinginess?” [Sahih Bukhari]

    The Messenger of Allah SallalLahu 'Alayhi Wasallam said: “The most evil (traits) in a man are: severe stinginess and uninhibited cowardice.” [Sunan Abu Dawud]

    And he taught us this dua' as Allah’s Messenger SallalLahu 'Alayhi Wasallam, would often pray,

    “O Allah! I seek your protection from anxiety and grief,from incapacity and laziness, from stinginess and cowardice, and from the burden of debt and the domination of people.”{Bukhari}

    How to remedy this disease?

    Remember death.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..
      insaf...
      saya sebenarnya memang selalu berkongsi barang, tapi orang tak menghargai barangan yang saya kongsikan. Kecewa juga sebenarnya..
      baru je berniat nak jadi orang kedekut, tapi tak ingin lagilah..
      Terima kasih ya..
      ingatkan saya selalu..=)

      Delete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^