Itulah alasan yang diberi oleh seorang insan..
Tadi, saya menggunakan akaun Facebook mak saya untuk upload gambar bahagia dia dengan ayah saya. Sambil tu, saya baca-baca la pos orang, komen-komen dan tengok gambar.. Hehe..
Selepas tu, saya tertarik dengan pos pak cik saya. Dia memang jenis yang bersikap patriotisme juga la.. Haha.. Posnya lebih kurang macam ni (nak copy, tak boleh, melanggar hak asasi.=p) :
Pagi ini saya terlihat seorang pekerja membuang kotak rokok kosong atas lantai. Saya menegurnya supaya tidak berbuat demikian tetapi dia menjawab, "Kalau saya tak buang sampah ni atas lantai, cleaner tak kerja.."
Apa yang membuat saya tertarik nak kongsikan di sini ialah, saya berkobar-kobar apabila membaca jawapannya. Jawapan pak cik saya berbunyi begini :
"Kalau awak tak buang kotak rokok tu atas lantai, maka kerajaan tak perlukan cleaner.. Kerajaan boleh guna duit yang dikhaskan untuk bayar gaji cleaner tu untuk membayar gaji dia dengan lebih tinggi.."
Itulah yang membuat saya tertarik. Sebelum ini, saya pernah juga menegur seseorang yang membuang sampah di sebuah shopping complex dan dia menjawab sedemikian. Lain kali, kalau berlaku lagi perkara sedemikian, saya jawab begitulah. Haha! Lepas tu, pak cik saya kata :
Maka pekerja tu (mungkin tak puas hati) kutip balik kotak rokok kosong tu...
Kita rakyat Malaysia dah semakin kurang kesedaran. Semakin maju, semakin tak bersyukur kan? Bangkitlah kita semua, jangan "tidur" lagi.. Percaya atau tidak, terdapat pihak tertentu yang menunggu peluang untuk mengambil kesempatan atas kelalaian kita. Jadi, sedarlah..=)
._.
Tweet
Suka dengan entri nie. Mendalam betul kata-kata drpd pakcik akak.
ReplyDeletebagus kan? tak terfikir pun dgn jwpn sedemikian..=p
DeleteWah.....
ReplyDeleteBlog awak best la.
Cuba tgk link nie. Klu yg mcm ni kategori maner tu?
http://usezworkshop.blogspot.com/2012/10/sanggup-kencing-tak-basuh.html
Setau sye kan non muslim from srwk n sabah dorang ni lps kencing basuh jgk. Tp klu yg semenanjung ni maen pancut2 jer mcm amoi penang nie. Pas2 trus sarong. My experience mse kt UiTM Samarahan dlu. Dlu i blajar kt srwk.
Selamat berkenalan.
ow, isu pompuan jepun pakai pampers tu ka? mereka tu lbh kpd nak ikut fesyen kot.. fesyen pakai lampin.. hehe..
Deletemuslim ke, non muslim ke, hal tu merupakan soal kebersihan yang wajib diamalkan.. samalah juga seperti mandi.. bukannya yang muslim je mandi..hehe.. tp ada juga yang tak pentingkan kebersihan tu, mcm tu la jadinya.. *sekadar pendapat la..=)
Btol ckp awak 2. Mmg kita ke Malaysia kne mandi kerap psl cuaca kita panas n lembap.
ReplyDeleteNi bkn issue pompuan jepun pakai pampers la.... Ni issue psl amoi cina kt Penang kantoi kencing dlm lif kt apartment dia. Siap ada video clip dr CCTV lgi. Dh kuar citer nie kt dlm the star.
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2012/10/24/north/12216739&sec=north
Agak nyer kt apartment sy sye duduk nie pon mcm 2 jgk pas bau lif n tangga mmg hancing. Aishhhh bengang......
Naper sye punya blog id kuar unknown nie?
sebab link yang encik/cik sebelum ni, pasal pompuan jepun pakai lampin...hehehe...
Deletesaya dah buka the star tu.. mungkin dia dah tak tahan sangat kot.. tapi...memang pengotorlah. ishhhh.... memang memalukan kaum hawa..
di asrama kami ni pun bau hancing. tapi bau kencing kucing la.. biasanya kucing jantan yang suka pancut sana-sini...sebab mereka berebutkan kawasan, dan kecing sebagai menandakan kawasan mereka.
kalau di taman atau tangga kawasan perumahan macam tu, memang ada juga bau hancing. memang ada manusia yang 'sama taraf dengan binatang' ni.. sama taraf dengan kucing jantan. Hehehe...=p
saya pun tak tahu kenapa blog encik/cik jd unknown. tadi saya cuba buka profile encik/cik juga pun, kosong je.. ingatkan memang anonymous.. Bagi jelah link blog encik/cik.. nanti saya follow..=)