Followers

Thursday, February 28, 2013

Nilai Seorang Pelajar

Hai!

Kali ini saya ingin luahkan isi hati saya mengenai perbezaan di antara pekerja dengan pelajar. Agaknya kita semua berasa begini kan?

1. Semasa belajar dulu, saya tak pernah risau tentang duit. Sekarang ni, asyik-asyik memikirkan duit yang tak cukup.

2. Semasa belajar dulu, saya ramai kawan. Sekarang, duduk seorang diri menghadap laptop. :p

3. Semasa belajar dulu, saya sihat dan cergas. Hampir setiap petang joging. Sekarang, lemak mula 'tumbuh' di sana sini. 

4. Semasa belajar dulu, jadual pemakanan saya teratur. Sekarang, sehingga pukul 2.10 petang ini saya belum makan tengah hari lagi. 

5. Semasa belajar dulu, otak saya sentiasa berfikir ligat untuk menyiapkan tugasan. Sekarang, rasa macam apa je..

Sebenarnya, saya belum bekerja tetap lagi. Untuk apa mengeluh kecewa, kerana saya menganggap ini ialah ujian daripada-Nya. Menjadi guru ganti sudah cukup menyenangkan hati saya. Saya seronok di sini, malah anak-anak murid di sini cukup menghormati kita sebagai seorang guru.

Sampai di sini saja ya! Saya nak balik ke rumah. Kalau semalam saya di sekolah sampai ke petang (gerak kerja kokurikulum), hari ini saya nak duduk di rumah. Malam nanti pula bekerja keras menyediakan perancangan untuk esok. Fighting!!! :)

Tolong saya klik ini.. Hee..

._.         

Tuesday, February 19, 2013

Hala Tuju Kini



Salam sejahtera dan selamat pagi pembaca sekalian.. :)

Agak lama saya mendiamkan diri dalam dunia blog ni. Rindu juga nak menulis, tapi masih belum ada kesempatan kerana sukar untuk melayari internet di kampung. 

Untuk pengetahuan semua, sehingga kini saya masih belum mempunyai kerja tetap. Bunyinya agak menyedihkan, namun saya terima sahaja dugaan hidup ini. Apapun, hal ini bukanlah seteruk mana. Bagi saya, masih banyak lagi perkara buruk yang lebih teruk daripada 'pengabaian' ini. Hehe..

Kini, saya bertugas sebagai guru ganti di SK St. John Bau. Hari ini sudah masuk hari kedua saya di sini. Saya tetap bersyukur, walaupun sekadar guru ganti. Masih tetap setia dengan profesion kegemaran saya - guru dan mengajar anak-anak murid yang masih mentah dan nakal (tapi comel).

Saya juga bernasib baik kerana broadband yang saya beli beberapa hari lalu (Terima kasih ibu kerana sponsor saya broadband!) dapat diguna pakai di sekolah ini. Kalau di rumah, satu bar pun susah nak dapat. Adui.. Betul-betul budak kampung! Haha..

Pembaca sekalian, doakan semoga saya berjaya ya! Terima kasih dan semoga kita semua berbahagia.. :)


._. 

Blog Terbaik!!!^__^