Hai!
Kali ini saya ingin luahkan isi hati saya mengenai perbezaan di antara pekerja dengan pelajar. Agaknya kita semua berasa begini kan?
1. Semasa belajar dulu, saya tak pernah risau tentang duit. Sekarang ni, asyik-asyik memikirkan duit yang tak cukup.
2. Semasa belajar dulu, saya ramai kawan. Sekarang, duduk seorang diri menghadap laptop. :p
3. Semasa belajar dulu, saya sihat dan cergas. Hampir setiap petang joging. Sekarang, lemak mula 'tumbuh' di sana sini.
4. Semasa belajar dulu, jadual pemakanan saya teratur. Sekarang, sehingga pukul 2.10 petang ini saya belum makan tengah hari lagi.
5. Semasa belajar dulu, otak saya sentiasa berfikir ligat untuk menyiapkan tugasan. Sekarang, rasa macam apa je..
Sebenarnya, saya belum bekerja tetap lagi. Untuk apa mengeluh kecewa, kerana saya menganggap ini ialah ujian daripada-Nya. Menjadi guru ganti sudah cukup menyenangkan hati saya. Saya seronok di sini, malah anak-anak murid di sini cukup menghormati kita sebagai seorang guru.
Sampai di sini saja ya! Saya nak balik ke rumah. Kalau semalam saya di sekolah sampai ke petang (gerak kerja kokurikulum), hari ini saya nak duduk di rumah. Malam nanti pula bekerja keras menyediakan perancangan untuk esok. Fighting!!! :)
Tolong saya klik ini.. Hee..
._.
Dah lama tak nmpk Liya..
ReplyDeleteall d best Liya..:))
ya, sebab di kampung jarang online..
Deletedoakan saya ye kak.. :)
hi cikgu.
ReplyDeletehehehe..
ktk dah habis study ka?
dah habis study dah, michelle..
Deletekinek tok tunggu posting jak..=)
sama la tu..dulu suka bersukan hari-hari keluar pelu..hari ini suka berperuk dlm rumah hari-hari kumpul lemak huhu
ReplyDeletementernak lemak. :p
Deletebest lah baca kenangan Retta ni, ingat jadi guru bukan mudah..sesungguhnya banyak aspek kena fikir agar P&P lebih berkualitiu dan berkesan..
ReplyDeletebetul tu.. tapi orang selalunya ingat jadi cikgu memang mudah.. hanya guru sahaja yang dapat memahami susah senang pekerjaannya. :)
Delete