Followers

Tuesday, February 19, 2013

Hala Tuju Kini



Salam sejahtera dan selamat pagi pembaca sekalian.. :)

Agak lama saya mendiamkan diri dalam dunia blog ni. Rindu juga nak menulis, tapi masih belum ada kesempatan kerana sukar untuk melayari internet di kampung. 

Untuk pengetahuan semua, sehingga kini saya masih belum mempunyai kerja tetap. Bunyinya agak menyedihkan, namun saya terima sahaja dugaan hidup ini. Apapun, hal ini bukanlah seteruk mana. Bagi saya, masih banyak lagi perkara buruk yang lebih teruk daripada 'pengabaian' ini. Hehe..

Kini, saya bertugas sebagai guru ganti di SK St. John Bau. Hari ini sudah masuk hari kedua saya di sini. Saya tetap bersyukur, walaupun sekadar guru ganti. Masih tetap setia dengan profesion kegemaran saya - guru dan mengajar anak-anak murid yang masih mentah dan nakal (tapi comel).

Saya juga bernasib baik kerana broadband yang saya beli beberapa hari lalu (Terima kasih ibu kerana sponsor saya broadband!) dapat diguna pakai di sekolah ini. Kalau di rumah, satu bar pun susah nak dapat. Adui.. Betul-betul budak kampung! Haha..

Pembaca sekalian, doakan semoga saya berjaya ya! Terima kasih dan semoga kita semua berbahagia.. :)


._. 

12 comments:

  1. mek penah juak jd guru ganti dolok.
    best juak ow :D

    btw,gud luck k deng ^^

    ReplyDelete
  2. Be strong, Herma!
    And may you get the best in your life :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you bang syam..
      kan bagus kalau saya sama umur dgn bang syam kan, tentu saya dah kerja sekarang.. huhu..

      Delete
  3. lama x singgah.. doakan yg terbaik for u yer dik

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. saya pun dah lama tak singgah ke blog akak.. kalau saya ada masa lapang, saya singgah ya!:)

      Delete
  4. ptt lamak lu x ngga ktk molh entry..^_^ apa2 pn kmk doakan supaya ktk berjaya....try ur best k..=)

    ReplyDelete
  5. hhmm..x kisahla guru gant pun..asalkan kerja halal..akak cadang kan herma bukak kelas tiusyen katkmpung..mesti ramai budak2 yg inginkan tiusyen...dulu masa anak akak masih kecil,akak juga kelas tiusyen kt kampung...x ambik ramai pun..cuma 10 je...ajar Math ngan sains masa tu..dapat gak nampung duit dapur

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Tie ni kan?? Akak dah tukar nama dah.. lama sangat dah saya tak buka blog.. hehe..
      pernah juga saya terfikir nak buka kelas tuisyen, kak.. tapi rumah saya jauh di hujung kampung.. Huhu..

      Delete
  6. hamba sama gak umur ngan syam. tapi tak sama posting pun? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tuan hamba lambat masuk belajar la.. sapa suruh masuk tingkatan 6.. hehe..

      Delete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^