Followers

Saturday, March 16, 2013

SK Long Segaham, Belaga

Hai! Salam malam Ahad semua.. 

Saya ingin berkongsi khabar gembira kepada pembaca semua.. Akhirnya, selepas agak lama sabar menunggu, saya telah ditempatkan di SK Long Segaham, Belaga sebagai guru Interim di sana. 

Apakah itu interim? Pada fahaman saya, interim ni seperti guru sandaran terlatih.. Saya masih belum menjalani temu duga SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran), oleh itu jawatan saya sebagai guru di sana masih belum tetap lagi.

Sebagai interim ni, banyak jugalah kekurangannya. Antaranya, yang paling utama ialah berkenaan gaji. Tangga gaji masih rendah agaknya, entahlah, saya sendiri tak faham.. :D

Selain itu, agak sukar untuk meminta cuti (contohnya Cuti Rehat Khas dan cuti sakit) kerana guru interim ni masih belum tetap jawatannya.

Yang paling tak bestnya ialah, guru interim ni "masih tergugat kedudukannya".. Yang saya dengar la.. Sebab, masih ada lagi rakan-rakan yang lain yang masih belum mendapat tawaran sebagai guru interim ni..

Eh, dah tiada rasa nak jadi cikgu ke? Jangan macam tu.. Kalau dah minat nak jadi cikgu, semuanya harus diharungi.. Macam-macamlah cabarannya.. Kini saya sedang menghadapinya.. :)

SK Long Segaham, Belaga sedang menanti..

#20 Mac 2013, saya akan menjalani temu duga SPP. Doakan kejayaan saya.. :)

._.

12 comments:

  1. Belaga tu dkt mana Liya?..
    tak pernah dgr..
    Ok la dapat tu..
    Dpt jugak pengalaman n gaji..

    Semoga jd ckgu yg baik..:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. pedalaman sarawak, kak..
      x jauh dr kapit..
      terima kasih kak..:)

      Delete
  2. wah..best ktk dpt offer keja ya, even blm ttp..tpi skrng2nya ktk ada pengalaman keja jadi cikgu bh..

    apa2pn semoga ktk berjaya temuduga ya klk k.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Tahniah, impian telah benar-benar menjadi satu kenyataan.
    Interim tu biasa setahun aje....
    Selamat memasuki gerbang pendidikan

    ReplyDelete
  4. moga berjaya menjadi guru yg baik ye. all the best dik

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. doakan yang terbaik utk sy.. :)

      Delete
  5. Senior kamek pun ruk dapat keputusan yang sama. Tapi kebanyakan cdak ya dapat kat Baram nun kamek nengar.

    ReplyDelete
  6. hope u are happy w ur working environment.

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^