Followers

Tuesday, March 5, 2013

Tolonglah... Tolong Fikirkan Anak-anak Kita..

Hai! Selamat tengah hari.. :)

Saya ingin berkongsi satu pengalaman yang saya lalui semalam. Semoga dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua walaupun kisah ini tidaklah sehebat mana.

Semalam, saya ke Kuching bersama ibu saya. Kami berjalan-jalan di sekitar E-mart, Matang. Selepas puas berjalan-jalan, (saya berjaya membeli sehelai baju - satu lagi bentuk pembaziran yang sepatutnya dapat saya elakkan..T_T) kami pun balik..

Dalam perjalanan balik, lalu-lintas agak sesak la.. Sebab jam pada masa itu menunjukkan pukul 5 lebih. Orang baru balik kerja.. Tapi taklah jammed sangat, masih dapat memandu secara perlahan. Tak jauh di depan saya, ada sebuah bas.

Kemudian, bas tersebut berhenti di perhentian bas. Disebabkan trafik agak perlahan, saya sempat melihat seorang mak cik keluar dari bas tersebut. Pada masa inilah saya menyaksikan peristiwa yang amat mengejutkan saya!

Mak cik tersebut membuang plastik yang berisi sampah (tin kosong dan makanan ringan) ke dalam sungai! Apakah.. Dengan selambanya dia membuang sampah tersebut ke dalam sungai.....

Selepas itu, saya berfikir "Patutlah kalau kawasan ini banjir, begitu banyak sampah.." Saya terus membincangkan hal ini dengan ibu saya. Marah, kecewa, sedih. Kalau diperhatikan, sememangnya sungai di kawasan tersebut dicemari sampah-sarap.

Wahai pembaca, kalau kita berasa marah/ sedih/ kecewa, sememangnya kita mempunyai kesedaran diri. Tapi kalau ada dalam kalangan kita yang berfikir "Ingatkan kisah apa tadi...", cubalah fikirkan masa depan kita dan anak-anak kita.

Dunia ini hanyalah sementara. Kita hanyalah peminjam segala nikmat dunia ini. Tolonglah, sayangilah bumi kita. Saya akui, saya tak mampu nak berhabis wang ringgit untuk membersihkan kawasan itu, tapi sekurang-kurangnya saya ada kesedaran untuk tidak membuang sampah di tempat yang tak sepatutnya. 

Tolonglah ya! Terima kasih. :)

._.     

5 comments:

  1. kadang-kadang perlu dilihat juga mentaliti sesetengah org...bkn semua bfikiran positif....
    fikir kesenangan diri tanpa amik tau akibat kemudian ari...

    ReplyDelete
  2. Bila dah terhantuk, baru nak tergadah. Bila dah selalu ada banjir kilat, baru sibuk nak kutip sampah. Tapi, selalunya kesedaran tu tak bertahan lama. Pupuk kesedaran dari awal (usia kanak-kanak) mungkin lebih membantu dalam usaha menyedarkan masyarakat.

    ReplyDelete
  3. Bila dah terhantuk, baru nak tergadah. Bila banjir kilat berlaku disebabkan parit tersumbat oleh sampah, baru nak ambil tindakan. Tapi kesedaran begini biasanya tak bertahan lama... Memupuk dari awal dari usia muda mungkin boleh membantu.

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^