Followers

Friday, November 8, 2013

Segong's Handicraft, Gift and Souveniers


Salam sejahtera pembaca yang dihormati. :)
Di sini saya ingin berkongsi gambar-gambar hasil kraftangan masyarakat Orang Ulu yang dijual di sebuah kedai kraftangan. Kali pertama saya masuk ke dalam kedai ini, saya terpesona.. Warna-warni gitu!






Kedai ini menjual pelbagai jenis barangan, dari bersaiz kecil sehinggalah ke bersaiz besar. Semasa saya mula-mula masuk, terdapat sekumpulan pelawat dari Semenanjung. Beberapa orang wanita dilihat sedang tawar-menawar mengenai harga pakaian tradisional dengan tuan punya kedai. Harga memang boleh dirunding! :)
 





Selepas kedai dah agak lengang sikit, saya pula mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan tuan punya kedai. Ada sebab mengapa saya tertarik untuk berbual dengannya. Hehe.. 


Ini dia! Nama kedainya; SEGONG'S HANDICRAFT, GIFT AND SOUVENIERS. Segong merupakan nama kampung saya. Kampung saya terletak di Bau manakala kedai ini pula terletak di Bintulu! Apabila ditanya pada tuan punya kedai, rupa-rupanya kami sama kampung. Dia kacukan Bidayuh-Cina, bermastautin di Bintulu. Seronok juga bertemu dengan orang sekampung di tempat orang..


Selepas jalan-jalan dalam kedai tu, saya membuat keputusan untuk membeli parang panjang untuk bapa saya sebagai hadiah hari jadinya yang lepas. Tapi saya lupa nak ambil gambar parang tersebut kerana teruja sangat nak balut dan pos. Haha! 

Harganya selepas tawar-menawar, RM500. Siap dengan ukiran dan tanduk rusa sebagai hulu parang. Kalau parang yang sarungnya bermanik-manik, murah lagi.. Dalam RM300 macam tu. Tapi nampak 'ayu' pula..

 
 
Selain itu, saya juga membeli gelang manik untuk mak. Macam gambar kat atas ni juga, warna hijau putih. Harganya, RM60. Buatan sendiri. Cantik juga, buatannya kemas. 

Okay, selamat malam! :)

._.

4 comments:

  1. Uhh, cantik nye. memang cantik ler barang2 dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan.. saya masuk kedai tu, memang susah nak keluar semula.. :p

      Delete
  2. Best nye..akak ada jugak kwn org Bidayuh-Iban..tapi kebanyakkn nya Iban la..bole jugak la faham skit2 kalau dieorg ckp Iban skrng..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahasa iban senang je kalau kita selalu dengar.. di sini ada juga cikgu semenanjung dah pandai cakap iban.. hehe..

      Delete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^