Followers

Sunday, April 25, 2010

Momot in Memory ...

Malam ini memang saya agak sibuk dengan penyiapan amali PJM3106. Walaupun bukan main banyak lagi gambar rajah yang saya label-label, tapi kalau ada ujian, confirm saya tak dapat jawab pun, melainkan kalau saya belajar bersungguh-sungguh! Ketika boring-boring dan berehat seketika, saya melihat gambar-gambar lama dalam laptop. Lihat juga gambar-gambar lama saya tahun 2007-2008-2009. Memang masih muda ketika itu. Hihi.. Sekarang dah berumur 21 tahun, nampaknya saya kena beringat, yang saya ni bukannya semakin muda pun.. Bila-bila masa penyakit datang menyerang walaupun hanya kecil.. Melenconglah pulak. Cakap pasal 'Momot' ni, ianya ialah seekor kucing jantan peliharaan keluarga kami. Kucing ni sebenarnya ada 6 adik-beradik : Maman, Momot, Manja, Putih, (yang lain saya lupa sebab mereka mati semasa masih kecil lagi..). Momot memang comel sekali, walaupun namanya momot. Selepas beberapa minggu mengharungi hidup, hanya 3 ekor sahaja yang mampu bertahan iaitu Maman, Momot dan Putih.

Suatu hari pada waktu cuti (hujung tahun lepas), saya mendapati ada sedikit kecederaan pada bahagian belakang Momot. Saya ingatkan hanyalah sakit biasa, mungkin ianya ada bergaduh dengan kucing jantan yang lain walaupun masih kecil. Selang beberapa hari, luka tersebut semakin dalam dan menjadi lubang kecil. Saya mula berasa sebak apabila Momot mengalami kesukaran untuk berjalan dan kedua-dua kaki belakangnya memang seperti tidak dapat berfungsi lagi. Semakin lama, lubang itu semakin bernanah. Saya hanya mampu menahan air mata melihat penderitaan Momot, andainya saya mampu, memang saya akan menghantarnya berjumpa dengan doktor haiwan demi mengurangkan penderitaannya itu. Bapa saya berusaha untuk mengubatinya dengan menggunakan kaedah tradisional dengan menyapu daun ubat. Beberapa hari kemudian, luka tersebut agak sembuh, tapi Momot tetap tidak dapat berjalan seperti biasa. Hmmm... Sebak rasanya mengingatkan penderitaan Momot tu. Kemudiannya, semakin hari luka Momot bertambah teruk dan nanahnya meleleh. Kami tidak dapat nak berbuat apa-apa. Kami hanya menyediakan kotak untuknya berehat dan makanan yang sedap untuknya. Namun, Momot seperti tidak berselera untuk makan. Selepas itu, bapa saya membawa Momot ke tempat kerjanya untuk dirawat di sana. Saya tahu, sebenarnya bapa saya tidak mahu kami bersedih melihat penderitaan Momot. Bulan Januari 2010, saya meneruskan perjuangan sebagai seorang guru pelatih. Balik saja ke kampung pada hujung minggu, bapa saya memberitahu berita yang amat menyedihkan, Momot sudahpun mati selepas tidak makan untuk beberapa hari. Saya sungguh terharu... Momot baru sedang meningkat dewasa, tetapi terpaksa mengalami penderitaan sebegitu. Kini, adik-beradik Momot yang lain; iaitu Maman dan Putih sudah besar. Maman sudah selamat melahirkan 3 anak pada minggu lepas.

Saya teringat pula kisah-kisah bayi atau kanak-kanak yang mengalami penderitaan dan penyakit.. Pernah juga saya terbaca dalam berita, ada ibu bapa yang sanggup meninggalkan anak di rumah kebajikan kerana anak tersebut tidak mempunyai mata dan hidung (kalau tak silap). Sampai hati mereka! Sedangkan itu ialah zuriat mereka sendiri.. Dan kisah pembuangan bayi yang semakin berleluasa.. Hampir setiap hari berita berkenaan pembuangan bayi dipaparkan, ibarat virus H1N1 yang tidak sudah-sudah. Apakah...?



Momot, kau dalam ingatan ...

._.

1 comment:

  1. saya pun ada banyak kucing yang mati. memang sedey lah bila kucing dah mati. ikan mati pun sedih jugak. my mama siap menangis bila kuntum (ikan kaloi) kitaorang mati. kata my mama, "lepas ni jangan lagi kita bela ikan yang besar2 saiznya sebab kalau dia dah besar, n dah nazak, memang kesian sangat tengok dia menderita".

    tapi yang paling sedih kucing yang dah pergi dulu si Iran. dia "pergi" semasa tido kat atas katil saya. hmmm...
    bila my mama kol yang kucing tu dah tak ada, rasa sebak sangat. sebab saya sendiri pun sukakan kucing tu. masa dia nak naik atas katil saya, my mama cakap iran tak dapat nak lompat naik atas. nampak memang kesian bila tengok kucing tu cuba naik atas katil tu dalam keadaan dia sakit macam tu kata mama. jadi dia tolong angkat kucing tu naik atas katil. rupa2nya dia dah nak pergi... iran memang suka main kat atas katil saya. ='(

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^