Followers

Thursday, April 1, 2010

Nak Sihat?? (Untuk Perempuan Saja...)

Saya melayari internet tadi, buka ehoza.com dan masuk bahagian kesihatan. Kemudian saya menemui petua yang saya baru tahu. Saya nak share jugalah, memandangkan ianya perkara yang baik dijadikan sebagai panduan. =)

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, bolehmengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan,malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

Saya dapat dari : http://www.ehoza.com/v4/forum/panduan-kesihatan/32331-untuk-gadis-gadis-yang-nak-sihat.html

Dalam komen kat ehoza.com tu, ada yang bertanya,"Boleh caya ke?"
Tapi ada yang menjawab, "Ambil mana yang logik dan ketepikan yang tak logik."
Jadi, begitu juga saya. Memang ada juga kebaikannya perkara di atas ni. Saya ni kadang-kadang terlalu banyak tidur, terlalu banyak gembira dan terlalu banyak masa lapang. Banyak lagilah yang terlalu banyaknya.. Yang tidak banyaknya ialah minum minuman berais. Hihihi.. Dah nak tidur sekarang. Selamat malam! ^^

1 comment:

  1. rasa-rasanya macam dua tiga tips kat sini bleh diamalkan oleh lelaki jugalah. hehe!
    ada jugak logiknya bagi sesiapa yang tak percayakan ni. =)

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^