Selepas mandi, rebus telur. Makan dengan nasi. Begitulah saya, asal isi perut saja. Yang penting perut tak rasa lapar. Saya sediakan makanan cukup-cukup untuk dimakan saya seorang sajalah, jangan membazir. Nak ajak kawan/roommate makan bersama pun, saya makan telur je..Sungguh tak berkhasiat! Tapi sekarang ni, pukul 9.15pm, saya baru habis makan burger! Perut laparlah pula, maklumlah makan sikit je petang tadi..Huhu..
Imbas kembali, hari ni memang banyak masa terbuang. Ada satu lagi KKP yang belum dihantar, BMM3101, tapi saya.. Hmm.. Maklumlah ada penyakit MALAS! Mulai esok, saya nak mula buat KKP Bm tu. Nak buat sekarang, masih rasa malas lagi ni. Malam ni nak tidur awal juga, esok ada gerko (saya ni ahli KRS). Kami dah ada uniform, tapi belum mula pakai lagi sebab ada orang yang belum tukar uniform mereka (ada yang ketat sangat, ada yang lengannya panjang sangat etc.). Saya tak sabar-sabar pula nak pakai full uniform ni. Tapi kasut saya besarlah pula.. Apa boleh buat. Ada juga baiknya kaki bersaiz kecil (kaki saya saiz 4-5 jerr), tapi saiz 4-5 untuk kasut but susah nak cari! Maklumlah kaki Cinderella. Huahaha..!!
Sekarang ni, saya nak sambung menonton drama korea. Best ceritanya. Hero tajuknya.. Pernah tengok tak? Hihi.. Selamat malam! =) Tweet
lain kali makan tu jangan la sikit sangat. makan lebih skit... asal kita berhenti makan sebelum kenyang. dah memadai =)
ReplyDeletejangan kenyang sangat pulak!
kaki cinderella ke??? =P