Followers

Tuesday, May 25, 2010

Tumbuhan yang Mengingatkan Saya Kepada Kisah Lama!





Dulu-dulu, di kampung tumbuhan ni tumbuh melata.. Dan semasa tengah jalan-jalan ka, berbasikal sekitar kawasan rumah, memang akan terjumpa pokok ni. Saya dan adik-beradik yang lain akan cari buahnya yang sudah masak (berwarna kuning), lap-lap pada baju dan makan macam tu saja. Manis, rasa macam buah ceri je.. Mengimbas kembali kenangan itu, memang seronok. Adakalanya, kami akan berbasikal hingga ke jambatan tak jauh dari rumah (kami memang tak berani nak jalan jauh, jambatan tu pun tak sampai setengah kilometer dari rumah). Kami akan duduk tepi jambatan, berbual-bual di situ. Kadang-kadang ada juga kawan sepermainan menjadikan suasana lebih seronok. Sekarang dah tak rapat sangat lagi dengan rakan sepermainan tu, masing-masing mempunyai haluan yang berbeza. Huhu...

Sekarang ni,susah nak nampak pokok tu lagi,pembangunan di kampung semakin pesat.. Apatah lagi kini kami sudah berpindah ke kawasan petempatan baru. Memang ada pokok tu, tapi dah tak banyak lagi.. Rindu dengan nostalgia lalu.. T_T

._.

Saturday, May 22, 2010

Uji Personaliti

Sedang online, saya terjumpa artikel ini. Saya pun cuba-cubalah, memang agak samalah juga, walaupun bukan 100%. Hehe.. Nak cuba? Sediakan sehelai kertas dan pen. Cubalah...=)

Situasi:
Anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

Sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu
(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

Anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu (dari 1-10 anak kunci)

Anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan. Pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?
(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

Anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu? (Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

Atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu? (Penuh / Setengah / Kosong)
(9) Pasu itu diperbuat daripada apa? [(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]

Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu? (1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

Anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu? (kecil / sederhana / besar)
(12) kotak itu diperbuat daripada? (cupboard/ kertas / kayu / logam)

Tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa? (logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu? (putih / kelabu / coklat / hitam)
(15) Apa yang kuda lakukan? (diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16) TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


Jawapan saya:
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan? Dengan ibu saya.
(2) nyatakan apakah haiwan itu? Fikir punya fikir, tetap anjing yang saya fikir.
(3) tindakan anda terhadap haiwan itu? Saya pandang je anjing tu…
(4) nyatakan bilangan kunci itu? Saya jawab 10.
(5) adakah rumah itu berpagar? Saya imagine rumah tu berpagar…
(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup? Tertutup
(7) apakah bentuk meja itu? Bulat
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu? Kosong
(9) Pasu itu diperbuat daripada apa? Seramik
(10) Berapakah laju air itu? 7. Nombor yang saya suka…
(11) Apa ukuran kotak itu? Besar,macam keranda.
(12) kotak itu diperbuat daripada? Kayu jer…
(13) jambatan diperbuat daripada apa? Kayu juga.
(14) Apakah warna kuda itu? Mestilah putih…
(15) Apa yang kuda lakukan? Diam dan tenang
(16) TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh daripada kuda.
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?
-Saya pilih (iii).

Berikut adalah tafsiran :
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi petanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Macam mana??? Hehe...

._.

Debaran ...

Esok, dan lusa datang.. 24 Mei 2010 hari penentu (chewah!)...
Baru bangun tidur ni, mula tidur sejak jam 10 pagi tadi,
selepas ulangkaji PSS3106...
Tak banyak sangat nota yang saya ulangkaji..
Soalan spot pun takda...
Apa lagi, baca semua jelah...
Tapi tidur tadi, sungguh buang masa...
Nak bangun masak mi (yeke?)
Tapi air paip takdalah pula..
Aduhai...
Tahan jelah..
Makan pisang je sebagai alas perut..
Pisang kan berkhasiat..
Selepas makan pisang,
layan blog dulu..
usaha cari soalan spot, mana tau ada jumpa...
Tapi takda...
Waaa.. Belajar lagi pasni..
Jangan terlalu bergantung pada soalan spot...
Apapun, belajar itu nikmat..
Belajar tambah ilmu..
Banyak ilmu tambah maju..
Huhuhu...*_*


Dengan bangganya mempersembahkan nota yang saya baca! :p


._.

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu Buat Para Ibu ^_^

Hari ni saya duduk dalam bilik je, takkan pergi ke mana-mana melainkan pukul 1 nanti, saya ke Gym IPG KTAR demi tugas yang tidak dapat dielakkan. Hari ini Hari Ibu. Saya mengucapkan Selamat Hari Ibu buat mummy saya, semoga beliau dilanjutkan usia dan sentiasa sihat ceria selalu. Sebenarnya semalam lagi saya dah ucapkan selamat hari ibu pada mummy saya, sebab saya ingat semalam hari ibu. Hehe.. Tapi orang tu beritahu yang hari ni lah hari ibu. Jadi saya pun melayari internet untuk kepastian tarikh sebenar Hari Ibu ni.. Daripada dapatan yang saya peroleh, dinyatakan bahawa "This Mother's Day date was declared by US President Woodrow Wilson on May 8, 1914 when he signed a Joint Resolution designating the second Sunday in May as Mother's Day." (Saya malas nak translate dalam BM.=p)Jadi, apa pendapat kalian? Bila tarikh sebenar Hari Ibu? Menurut pemahaman saya, Hari Ibu disambut pada minggu kedua dalam bulan Mei, 7 hari selepas sambutan Hari Pekerja. Jadi, Hari Ibu jatuh pada 8 Mei 2010, bersamaaan dengan hari Sabtu. Tapi generally, orang sambut Hari Ibu pada hari Ahad, jadi ucapkanlah 'Selamat Hari Ibu' pada bila-bila masa je,yang penting kita semua sayang ibu kita. Hoho..>_<

._.

Friday, May 7, 2010

Tips Untuk Kaum Hawa ^^

Saya tertarik dengan artikel yang saya jumpa ni. Memang patut pun dipraktikkan!=)

1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
6. Jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Sumber : http://kakibusuk.jimdo.com/ouch-wanita/

._.

Thursday, May 6, 2010

Menguji Personaliti Anda :)

Saya menemui artikel ini semasa saya sedang online mencari apa-apa sahaja artikel yang menarik untuk dibaca. Memang menarik jugalah. =)

One day, you get lost in the wilderness while travelling. It gets dark and
you have no choice but to seek refuge in a small hut nearby. The owner
tells you all his rooms are haunted. Which room will you choose? (it is
going to be very interesting.. ha ha haha)

The room where:

A) a human head stares at you maliciously from outside your window
B) the bathroom door creaks open and close, and there are sounds of a
woman sighing
C) the bed starts rocking violently whenever you try to sleep on it
D) a headless ghost sits at the foot of your bed when you awake in the
middle of the night

MAKE ONE COMFORTABLE (?!) CHOICE BEFORE YOU SCROLL DOWN FOR THE
EXPLANATION. IT’S QUITE AN INTERESTING ANSWER...





A) A human head stares at you maliciously from outside your window.

Explanation: You need a lot of private space and are more suitable to
work alone. You look for stability i.e. a job that is not easily
affected by external factors and provides steady income. E.g. Doctor,
lawyer, SOHO, teacher, administrator.

B) The bathroom door creaks open and close, and there are sounds of a
woman sighing.

Explanation: You prefer a stable job that does not require you to run
around or meet people. You are willing to be subjected to pressure from
your bosses if that lets you sit in an air-conditioned office all day.
E.g. Civil servant, engineer, computer engineer, accountant.

C) The bed starts rocking violently whenever you try to sleep on it.

Explanation: You are an active person who cannot sit still and does not
like to be restrained. You are easily adaptable to a job which is full of
changes and not routine. E.g. Marketing, insurance, sales,deliveryman,
chauffer.

D) A headless ghost sits at the foot of your bed when you awake in the
middle of the night.

Explanation: You suit jobs that need you to meet people, especially large
crowds. Your job will depend on these people, but you will not know who
they are E.g. superstar, politician, PR, counter/frontline sales.

Sumber : http://www.perkahwinan.com/index.php?action=printpage;topic=86.0

Tuesday, May 4, 2010

Anak-anak Lulu yang ComeL ... ^_^

Saya suka belek gambar lama, lagipun dapat juga mengembalikan pahit manis memori yang lalu dan dijadikan sebagai panduan serta teladan pada masa hadapan. Kali ini, saya tampilkan lagi gambar kucing kerana saya sememangnya suka sangat dengan kucing ni. Hehe.. Mungkin selepas cuti saya akan masukkan gambar anak buah saya (minggu lepas, kazen saya telah melahirkan anak lelaki dan mak saya kata, bayi tu putih macam kazen saya,tetapi hidungnya mancung dan ada lesung pipit macam ayahnya)

Gambar yng ingin saya upload ni gambar yang tahun lepas, Mac 2009. Saya ambil gambar tu guna kamera digital yang taklah mahal sangat, RM600 lebih je harganya tetapi gambar yang diambil memang cantik sekali! ;)







._.

Blog Terbaik!!!^__^