Letih, sakit kepala.. Hari pertama kami, disambut dengan air pasang. Seronoklah juga, tengok kerenah budak-budak bermain air lalu kena marah oleh cikgu di situ. Hehe..
Perhimpunan, diikuti dengan memperkenalkan diri di hadapan pelajar dan para guru. Saya orang pertama lagi tu! (malu-malu). "Salam sejahtera dan selamat pagi.. Saya H****, anda semua boleh panggil saya Cikgu H****."
Cikgu-cikgu di situ tanya dari mana saya berasal pula. Maklumlah selepas memberitahu nama, saya terus ke tempat di mana saya berdiri, memberi ruang kepada rakan yang lain untuk memperkenalkan diri. Terpaksa lah ke depan lagi, beritahu dari mana saya berasal. Malu!!! Rasa panas je muka.. Hik hik...
Hari pertama, kami tak mula mengajar pun.. Minta seberapa banyak maklumat yang perlu, berbincang dengan guru pembimbing bila kami mula masuk mengajar, minta tips-tips dan cuba untuk beramah mesra dengan guru-guru di situ.
Dengan budak-budak pula, buat muka serius. Maklumlah orang kata, first impression. Kalau terlalu mesra dengan budak pada hari pertama, takut pula mereka membuli kita. Jadi, lebih baik buat muka serius dululah.
Selepas rehat, ada masuk kelas Tahun 6, maklumlah minggu depan dah mula mengajar mereka PSK. Jadi cikgu PSK Tahun 6 pun memberi peluang kepada saya dan rakan untuk suai kenal dengan budak dulu. Dah tabiat, saya tak dapat nak buang muka senyum saya. Sekejap serius, sekejap senyum.
Apapun, saya berharap agar sebulan praktikum ini, saya dapat menambah baik mana yang patut. Selamat Berjaya buat diri saya!!^_^
._.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^