Followers

Sunday, March 20, 2011

Perjuangan Bermula Esok!!!

(ambik dari abang google)

Esok... Hari mendebarkan bakal bermula.. 21 Mac 2011, di mana saya akan memasuki alam yang berbeza. Alam di mana saya akan berdepan dengan pelbagai kerenah. Alam yang saya impikan selama ini..

Esok, saya dah mula menjalani praktikum.. Gementar! Tapi tak sabar-sabar pun ada juga. Sedar tak sedar, rupa-rupanya saya dah berumur 22 tahun. Dah boleh mengundi rupanya. Ingatkan masih remaja lagi.. Hehe.. Tapi, di sekolah, saya akan kekal berjiwa remaja. Berdepan dengan kanak-kanak, melayani kerenah mereka..

Esok, bermulalah kelas sosial yang baru, antara saya dengan guru-guru di sekolah, antara saya dengan budak-budak, antara saya dengan kakitangan di sekolah. Say berharap saya dapat melakukan yang terbaik..

Esok, perjuangan saya sebagai bakal pendidik akan bermula. Dan berakhir pada 14 April 2011. Tapi tak semestinya perjuangan saya sebagai pendidik akan berakhir ya! Perjuangan dah lama dah bermula, tetapi esok bermulanya perjuangan menjalani praktikum. Hehe..

Selamat berpraktikum buat rakan-rakan yang di PISMP 1109! Semoga berjaya.. Apa perasaan anda? Seronok? Takut? =)

._.


No comments:

Post a Comment

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^