Followers

Sunday, May 22, 2011

Berdebar Untuk Esok..

Ya, memang berdebar menghadapi esok. Tak seperti debaran sehari sebelum menghadapi peperiksaan EDU3106 yang lepas. Esok, peperiksaan bagi subjek major, iaitu PSS3109. Berdebar! Dan sekarang ni saya masih tiada mood untuk meneruskan ulangkaji. Mengantuk + lenguh-lenguh badan + boring. Berehat sebentar. Semoga saya dapat menghabiskan semua soalan peperiksaan dengan jayanya. Ada 4 hari lagi perjuangan. Apa yang saya pelajari selama ini, banyak yang saya dah lupa walaupun seringkali menumpukan pelajaran dalam kelas. T_T

Jiayou Liya Jiayou!!! (Kata orang itu.)

._.

Saturday, May 21, 2011

Petang Yang Indah ~

Suatu petang yang indah...

Semasa menahan kelaparan, saya terfikir nak makan makanan yang pedas-pedas. Tapi berlaukkan ikan. Kebetulan 2 orang rakan ajak keluar ke Desa Ilmu untuk membeli makanan, lalu saya pun menyenaraikan apa yang saya ingin beli. Stok makanan masih ada. Saya merancang nak makan linut esok. Jadi, apa bahan yang sesuai untuk dimakan dengan linut agaknya? Dalam almari saya ada mi Mamee perencah ayam, sardin dalam tin dan kacang panggang dalam tin. Tak sesuai langsung. Apa yang sesuai dengan linut mestilah pedas dan masam. Jadi, saya memasukkan cili dalam senarai barang yang saya ingin beli. Cili, sayur berdaun (maklumlah jarang makan sayur kalau di bilik aja) dan juga buah pisang.

Balik dari Desa Ilmu, saya membuka tapau saya. Saya tapau nasi ikan masam manis. Nyum3... Tapi, saya nak makan pedas. Jadi, saya ambil pinggan kecil, masukkan kicap dan potong cili kecil-kecil. Sambil saya makan nasi, saya cicah sambal yang cukup simple ini. Fuh!! Memang nyaman. Teringat pula pada kampung. Kalau di kampung nak makan pedas-pedas, tentu ditentang keras oleh si adik perempuan. Dia tak tahan pedas. Huahaha..

Akhirnya habis juga nasi. Saya makan dengan begitu berselera sampaikan mesej dalam handphone sampai pun saya dah tak layan lagi. Berpeluh juga akhirnya. Maklumlah makan pedas. Boleh tahan juga. Sedap!^_^

Kenyang, tiba-tiba terfikir, 'Apakah kebaikannya makan cili?' Yang saya tahu dari orang, cili ni kalau dimakan banyak boleh menyebabkan apendiks. Betul ke? Saya malas pula nak google cari kenyataan tersebut. Tetapi saya rajin pula mencari apa itu kebaikan cili.

Kebaikan Makan Cili

  1. Buah cili yang pedas merangsang metabolisme dan meningkatkan suhu badan. Oleh itu, peredaran darah akan menjadi lebih lancar. =)
  2. Melalui apa yang saya baca, komponen dalam cili dapat mengurangkan, mengatur dan mengeluarkan lendir daripada paru-paru untuk menyembuhkan bronkitis, influenza, masuk angin dan asma. Patut la kalau kita makan pedas, hingus asyik-asyik menjenguk ke luar.
  3. Komponen dalam cili seperti flavoid dan antioksidan dapat melindungi tubuh daripada penyakit barah. Yang saya tahu, antioksidan itu untuk awet muda?
  4. Komponen dalam biji cili pula mampu mencegah jangkitan pada sistem pencernaan. Maklumlah bijinya sangat pedas. Ishh..
Rujukannya boleh didapati di sini. Selama ini, saya makan cili tetapi taklah banyak sangat sebab saya takut kena apendiks. Setakat ini, semasa saya rajin-rajinkan diri mencari kaitan cili dan apendiks, saya belum menemuinya lagi. Okeh! Saya nak mula ulangkaji sekarang. Macam banyak je lagi yang perlu saya baca. T_T

Jumpa lagi dan jaga kesihatan untuk kebaikan masa kini dan masa depan!=)

._.

Sramat Onu Ayuh

Kudu-kudu onu ragi, cuti reh tia otto neh. Oku meh doi sabar-sabar tia rie roo de bori, man boos man boos, nyamut Gawea. Sramat Onu Ayuh Gawea nudu suo-suo odop ingat de nyamut Gawea. Ma doras nuok idoh keh, doi kira reh, arak keh, coca-cola keh. Suo eh pun doi paguh saan kesihatan (Oni kesihatan daan sina daya yeh? Meh komut ku tia. Hehe)

Ma gogeh ninga oku nuris itih daang sina daya. Singaji ku bih. Dah reh daya bisingai, suo 'L' jadin 'R' geh tia. Aruo ragi tiun sina ku ragi. Makin eh ngam. K reh, oku rie brajar tia. Brajar rajin-rajin, sa result ku paguh. Odopku geh de rami natong eh. Tata!!=)

._.

EDU 3106

19 Mei sudah berlalu, begitu juga peperiksaan bagi subjek EDU3106 - Budaya dan Pembelajaran. Soalan-soalan yang dikemukakan, memang boleh tahan. Ada juga soalan yang dikemukakan berbentuk pengetahuan am. Contohnya, 'apakah contoh program bagi pelajar berpendidikan khas?' Dah la 5 markah. Jawapan-jawapan saya ialah :
  1. Program Sukan (sepatutnya saya letak paralimpik.T_T)
  2. Kemahiran kraftangan
  3. Program kebudayaan (Entah betul entah tidak.)
  4. Program pendidikan khas (Kononnya ikut soalan)
  5. Program kemahiran sara diri contohnya melukis dan mengurut (Huahaha)

Pengajarannya, kita mesti peka dengan keadaan sekeliling. Kita bukan hanya perlu tahu aktiviti berkenaan orang biasa, kita juga harus tahu aktiviti yang dilakukan oleh orang kurang upaya.... Apapun, saya harap saya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini. Doakan yang terbaik buat diri saya. Good luck buat rakan-rakan yang lain!=)

Thursday, May 5, 2011

Blog Yang Berguna..=)

Walaupun sibuk dengan minggu Kajian Sosial, tetap meluangkan masa membaca blog. Lebih-lebih lagi blog yang melibatkan dunia masa kini. Semakin banyak blog yang saya buka, semakin banyak pengetahuan baru yang saya dapat. Semakin banyak pengetahuan baru, semakin insaf dan rasa takut menyelubungi diri.

Kebelakangan ini, saya berminat untuk membaca blog dan berita yang memaparkan kisah Osama bin Laden dan Muammar al-Gaddafi. Kisah 'The Arrival' yang kawan sumbangkan kepada saya, banyak membuka minda dan fikiran yang selama ini jauh terpesong.

Balik semula kepada kisah Osama bin Laden dan Muammar al-Gaddafi, banyak blog yang berguna dan menarik untuk dilawati. Di bawah ini saya sertakan link kepada pembaca sekalian. Semoga terbuka hati untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia masa kini. Peace!

._.

Blog Terbaik!!!^__^