._. ._. ._.
Tweet
Followers
Friday, September 30, 2011
Cerita Tentang Tandas
Cerita ini berlaku pada hujung minggu yang lepas.
Kalau saya bercerita tentang tandas pada mak saya, dia akan
terkejut. Kenapa pula dia terkejut? Saya ceritakan yang saya hanya buang air
besar 3 kali sahaja dalam seminggu. Lalu, mak saya menyerahkan 2 pek teh - Natural Clenx Tea (teh
menguruskan badan agaknya, yang saya selalu nampak di bilik seorang teman.
Hehe..), disuruhnya saya minum teh tersebut 1 pek 1 malam. Dia jamin saya akan
buang air besar pada keesokan harinya. Saya dengan penuh keyakinan minum teh
tersebut pada malam harinya sebelum saya tidur. Dengan harapan saya akan
membuang segala ‘sisa’ pada keesokan harinya. Bukan nak kurus ya! Nak kata saya
ni dah cukup kurus, tak juga. Tapi kata orang, sedang-sedang. Cuma pendek.
Heheh..
Keesokan harinya, saya bangun awal. Kononnya bersedia untuk
ke tandas. 1 jam, tiada rasa. 2 jam, tiada. 3 jam, saya hampir-hampir nak tidur
balik. Jam seterusnya, saya bangun mandi, menjalani kehidupan seperti biasa.
Saya langsung tak membuang air besar. Saya memberitahu mak berkenaan hasil teh
tersebut. Berikut merupakan jawapan paling selamat dari mak :
“Kamu langsung tidak mempunyai lemak dalam perut, sebab tu
teh tersebut tak berkesan langsung! Nak cuba ubat bom tak?
TAK NAK!!!! Ubat bom? Tahu tak? Ubat yang berbentuk bulat,
kemudiannya dicucuk pada lubang *tuuttt****, dalam masa beberapa saat kita akan
ke tandas. Adik saya pernah mengalaminya semasa kecil. Mak cucuk je ubat tu ke
lubang untuk dia kentut, dalam masa tak sampai 2 saat dia akan berlari ke
tandas dan, BUOSHHHH!!! Memang menakjubkan. Sekarang ni mak sarankan saya guna
ubat tersebut. Saya tak nak. T_T
Kak Sunshine pernah sarankan supaya saya makan buah prune.
Setakat ini saya langsung tak memandang pun buah prune. Sunsweet tu kan, kak?
Agaknya, saya akan ke Desa Ilmu nanti, pergi Everrise, beli Sunsweet tu.
Sembelit, sembelit, sembelit. Usaha minum teh pada hujung minggu tu tak
berjaya, saranan mak untuk ambil ubat bom tak diguna pakai.
Kalau difikir-fikirkan, sememangnya saya tak mengambil makanan berkhasiat kalau saya di asrama. Makan buah? Seminggu sekali agaknya. Kalau di kampung saja saya makan buah. Cukup puas kalau di kampung. Ada betik, pisang, nanas. Semuanya saya suka. Sayur? Makan di luar, jangan selalu. Elaun cuma cukup-cukup untuk lebih kurang RM50 seminggu untuk makan. Yang lain-lain untuk beli barang, buku (saya suka kumpul buku, tapi tak baca habis. Bagi kat anak je kelak. Huahaha).
Duit, cukup memang cukup, tapi makanan yang dijual kebanyakannya nasi ayam sahaja. Saya bosan. Apabila saya bosan, saya akan makan apa saja asal kenyang. Mi, biskut, kekacang, coklat.
Kalau difikir-fikirkan, sememangnya saya tak mengambil makanan berkhasiat kalau saya di asrama. Makan buah? Seminggu sekali agaknya. Kalau di kampung saja saya makan buah. Cukup puas kalau di kampung. Ada betik, pisang, nanas. Semuanya saya suka. Sayur? Makan di luar, jangan selalu. Elaun cuma cukup-cukup untuk lebih kurang RM50 seminggu untuk makan. Yang lain-lain untuk beli barang, buku (saya suka kumpul buku, tapi tak baca habis. Bagi kat anak je kelak. Huahaha).
Duit, cukup memang cukup, tapi makanan yang dijual kebanyakannya nasi ayam sahaja. Saya bosan. Apabila saya bosan, saya akan makan apa saja asal kenyang. Mi, biskut, kekacang, coklat.
Sunsweet, tunggu saya di Everrise!
._.
Wednesday, September 28, 2011
Monday, September 26, 2011
Thursday, September 15, 2011
Majlis Ramah-tamah Aidilfitri
Majlis Ramah-tamah Aidilfitri anjuran Jabatan Kajian Sosial semalam meriah! Saya bertugas sebagai AJK Makanan, jadi saya beruntung kerana dapat mencuba pelbagai jenis kek lapis yang begitu membangkitkan selera semasa membantu pensyarah memotong kek. Jadi, sambil potong kek, saya mencuba kek tu. Konon-kononnya kalau beracun, kami (saya, Kak Chah dan Rachel) yang kena dulu. Tapi sampai sekarang masih sihat walafiat..^_^
Perut tak boleh penuh sangat, sebab nak makan makanan berat lagi. Apabila makanan berat dah sampai, baunya sangatlah semerbak! Ada sate, rendang ayam, sayur campur (ke?), sambal asam, sosej, honeydew.. Tak sabar-sabar rasanya nak makan. Sambil menunggu kedatangan tetamu kehormat (Pengarah IPG Kampus TAR), saya mengambil gambar. Suasana di Hari Raya..=p
Teman rapat saya - Kak Chah dan Rachel.^__^
Saya minum air kosong je walaupun air sirap dan air bandung turut disediakan. Diet konon. Huahahaha..
Gambar semasa orang tengah menjamu selera pula, saya tak ambil langsung kerana saya bertugas di bahagian makanan. Selesai saja bertugas, saya terus menyantap! Nyum3....
._.
Thursday, September 8, 2011
Patah Hatiku...
Patah hatiku apabila permainan Angry Birds tak dapat diinstall dalam laptop saya. Semuanya gara-gara...
Ini merupakan cubaan kali ketiga saya untuk mendapatkan permainan ini dan bermain puas-puas dalam laptop saya. Nampaknya, usaha saya tetap tak berhasil. Saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Angry Birds... Saya tak dapat melayanmu...T_T
# Dicedok dari Google
Tak ingin layan sangat patah hati, saya membelek-belek gambar. Tak lain tak bukan, gambar kucing yang saya belek. Kali ini, saya membelek gambar anak-anak Siti yang diambil sebelum cuti raya yang lepas. Layan...^__^
....... COMEL!!!!!!>_<.......
._.
Tweet
Sunday, September 4, 2011
Takziah..
Selamat pagi..
Malaysia menghantar misi menghantar bantuan ke Somalia dengan harapan untuk mengurangkan beban rakyat di sana yang menderita kebuluran.. Tetapi amat menyedihkan kerana mereka pulang dengan membawa jenazah. Tembakan curi yang mengakibatkan kematian seorang wartawan Bernama serta kecederaan seorang lagi wartawan sememangnya mengejutkan. Siapa agaknya yang melakukan serangan tersebut? Agak geram juga, wakil Malaysia sampaikan tak beraya bersama keluarga kerana mahu menyelesaikan misi negara. Tetapi inikah balasannya..? Saya terharu apabila mendengar berita di TV3 bahawa arwah Noramfaizul Mohd Nor meninggalkan 2 orang anak kecil berusia 3 dan 8 tahun. Sebak rasanya... Saya harap semoga anak-anak arwah berjaya kelak, dapat membalas jasa ibu mereka yang bertungkus-lumus membesarkan mereka seorang diri..
Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
._.
Tweet
Saturday, September 3, 2011
Maxis vs Hotlink
Maxis dengan Hotlink ni, sama ke, berbeza? Saya keliru.. Tadi saya nak mendaftar online melalui laman web Maxis, tapi tak dapat pula.. Ish3...
._.
Subscribe to:
Posts (Atom)