Ini adalah ruangan untuk pencinta kucing yang memahami.
Hai..
Selepas kejadian pembuangan kucing / usaha untuk mengurangkan jumlah kucing di asrama ini berjaya, kehidupan saya bertambah membosankan. Ya, Siti dan anak-anaknya yang comel tu dah dibuang kerana dikatakan membawa masalah kepada pekerja kebersihan di sini. Mungkin najis mereka? Atau mungkinkah mereka suka menyelongkar sampah-sampah sehingga 'tumpasnya' tong sampah yang gagah berdiri? Mungkin.
Saya berasa sedih, kecewa. Saya kasihankan Siti dan anak-anaknya. Anak-anaknya masih kecil. Saya ingin membawa mereka balik ke rumah, tapi kucing di rumah sudah empat ekor. Lagipun, kalau saya membawa mereka balik, saya nak main dengan siapa di sini? Saya suka melihat kerenah Siti dan anak-anaknya. Comel dan begitu mencuit hati.
Selepas 'perginya' kucing-kucing tersebut, saya rasa lebih sunyi. Saya agak pendiam (yakah?), saya kurang bercakap dengan manusia. Saya lebih suka bercakap dengan kucing. Walaupun kucing-kucing di sini berbangsa Melayu atau Iban (sebab sini merupakan kawasan tempat tinggal Melayu dan Iban), tapi saya bertutur menggunakan bahasa Bidayuh dengan mereka.
Contohnya, si Puma. Kalau dah pukul 7 malam, dia akan menunggu di luar bilik saya. Saya selalunya akan memberi keropok kucing pada kucing-kucing di sini. Saya beli di Giant, Tabuan. Murah saja berbanding Friskies atau Whiskas. Hehe.. Balik semula kepada si Puma tadi. Saya akan tanya dia,
"Oni neh Puma? Pirai keh? Kajon dio tiep, oku ngin pinguman mu."
(Apahal Puma? Laparkah? Tunggu ya, saya bagi makanan kamu.")
Siti dengan anak-anaknya dulu pun macam tu. Saya suka bercakap-cakap dengan mereka. Kadang-kadang bertanya khabar, kadang-kadang tanya apa yang mereka lakukan. Rakan sebilik saya sangat memahami. Dia sendiri pun adakalanya bercakap dengan si Timing. Hehe..
Kepada Siti dan anak-anak, semoga kamu semua dapat membiasakan diri dengan suasana baru. Selamat tinggal..Huhu..
._.
No comments:
Post a Comment
Jemput datang lagi yaa...^__^