Semalam, semasa dalam perjalanan ke bilik pantri untuk mengisi air minuman, saya terbaca satu kertas iklan yang dilekatkan pada tiang asrama iaitu ;
Maths Fun Fair 2011
Wednesday, 19 October 2011
8.00pm - (dah lupa sampai pukul berapa)
Saya mula merancang untuk menghadirkan diri esok. Sekadar untuk berhibur dan bermain dengan Matematik, lagipun token untuk setiap satu permainan hanya 20 sen sahaja. Selain untuk berhibur, saya memberi sokongan kepada opsyen Matematik ini, iaitu kelas abang saya yang comel tu. Haha!
Pagi ini, saya melalui lagi tiang tersebut. Tapi kertas iklan tu dah tiada! Saya masuk ke bilik pantri untuk ambil air minuman lagi dan masak air. Apa yang saya lihat di bilik pantri tersebut?
Kertas iklan 'Maths Fun Fair' yang dah koyak.
Saya kehairanan. 'Bagaimana pula kertas iklan tu boleh berada di sini?' Fikir saya. Saya mula memikirkan perkara yang kurang elok.
- Mungkin ada orang cemburu dengan salah satu kelas Matematik?
- Mungkin ada perselisihan antara individu?
Tapi, pagi-pagi macam ni, saya tak mahu fikir macam-macam yang kurang elok. Jadi, saya bersangka baik dan memikirkan,
Mungkin ada orang selesema yang terbersin sehingga terkeluarkan hingus yang banyak semasa di bilik pantri tersebut. Disebabkan dia tidak membawa tisu atau sapu tangan, dia terpaksa menggunakan kertas iklan tersebut. Hehe..
Semoga kita sentiasa dapat mengharungi hari-hari kita yang kian mencabar ini dengan penuh keikhlasan hati dan penuh kesabaran..^__^
Sedikit catatan ini ditujukan kepada Abang Syam, jom balik Sarawak ambil gambar Fun Fair malam ni!=p
._.
Tweet
Alamak, kenak x padah awal2? Boleh tempah tiket belon tek..hehe
ReplyDeleteAlololo..
ReplyDeleteJangan menangis udah la..=p
Salam, terima kasih krn memberi komen diblog saya. Blog anda menarik.
ReplyDelete