Followers

Wednesday, February 29, 2012

Anak Tunggal

Anak si Orak tinggal seekor sahaja. Dari 3 ekor, mati seekor demi seekor dan akhirnya tinggallah si Cewek seekor. Dia ada misai ala-ala Datuk K tu. Hehe... (Warna hitam di mulutnya!=D)







._.

Tuesday, February 28, 2012

Bilik di Hostel Unimas. 'Cantik'!!!

Pada minggu lepas, adik saya mendaftarkan diri di pejabat asrama selepas 2 bulan bercuti (kalau tak silaplah). Apabila dia semak-semak nama, alangkah bertuahnya dia mendapat bilik untuk 2 orang. Kalau sebelum ni, dia tinggal di bilik yang menempatkan 3 orang dalam 1 bilik, dan sangatlah sempit. Besar lagi bilik di asrama saya ni. Dengan penuh rasa bersyukur, kami terus ke bilik adik saya tu. Tapi, agaknya 'susu dibalas dengan tuba'?? =D








Apa yang ada di situ?
~ baju yang tak dibasuh
~ pakaian dalam yang dah berkulat
~ tuala wanita yang dah dipakai (memalukan!!!)
~ tilam busuk
~ puntung rokok
~ kosmetik seperti gincu, minyak wangi dan pensel mata
~ contact lens 
~ sisa-sisa makanan dan minuman 
~ buku rujukan
~ kain tudung dan sejadah!!! (mencemarkan nama agama saja)
~ bau yang... Entah, tak dapat nak disebut melalui kata-kata.
~ benda-benda pelik.

Kalaulah kami masih mengamalkan ilmu yang tak elok, dah lama kami kenakan ilmu terhadap orang yang meninggalkan bilik ini.  Tapi, semoga mereka mendapat balasan yang setimpal kelak. Memalukan nama orang terpelajar!

Untuk pengetahuan semua, kami sudah membuat laporan. Tapi, nak tahu tak apakah jawapan pihak pengurusan hostel? 

"Mereka sudah tak tinggal di hostel lagi. Kami tak dapat buat apa-apa."

TAK DAPAT BUAT APA-APA?? Kan mereka masih belajar di situ? Susah ke nak cari mereka dan kenakan tindakan terhadap mereka? Adik saya sampai termuntah semasa membersihkan bilik tu tau!!!

Kesimpulannya, di mana-mana pun terdapat orang seperti ini. Tak kira di kedai makan ke, bilik sewa ke, ataupun di bilik hostel IPT!

._.

Thursday, February 23, 2012

Sepupuku Dah Pergi Jauh....

Baru tadi mak saya telefon. Dia memberitahu saya, sepupu saya yang sudah lama menderita kanser payudara meninggal dunia awal pagi tadi. Pukul 4 pagi macam tu. Saya rasa sebak.. Baru minggu lepas kami melawatnya, tapi keadaannya memang lebih teruk berbanding tahun lepas. Sebelum ni dia berisi, tapi semenjak menderita kanser tersebut, badannya semakin kurus. Lebih memilukan apabila saya teringatkan anak-anaknya yang masih kecil.. 3 orang anaknya. Mereka sudah tiada ibu lagi.. Kini, mereka cuma mengharap kasih dari ayah, datuk, nenek dan pak cik mak ciknya sahaja. 

Kanser payudara memang ditakuti semua wanita. Kerana penyakit tersebut, ramai yang kehilangan orang tercinta. Tapi ada juga yang berjaya sembuh kerana dapat dikesan awal. Wanita sekalian, jagalah makan, sentiasalah membuat pemeriksaan walau hanya memeriksa sendiri.

Saya berharap rohnya bersemadi dengan tenang. Esok dia akan dikebumikan di Kampung Serasot, Bau. Bapanya orang kampung tu. Mak saya kata, "Ada juga baiknya dia pergi, dia dah lama menderita penyakit tersebut." Tapi saya kasihankan anak-anaknya! Mereka masih kecil dan memerlukan belaian kasih sayang daripada ibu mereka...='(

._.

Friday, February 17, 2012

Musuh Dalam Selimut

Dikhianati. Ditikam dari belakang. Pengalaman pertama sememangnya amat pahit untuk dilalui. Tapi ianya dijadikan sebagai iktibar. Musuh dalam selimut. Sentiasalah berhati-hati. Mereka ada di mana-mana, tak kiralah di sana ke, di sini ke ataupun di sisi kita. Mereka amat licik, depan mulut manis ibarat madu tapi belakang pula siapa yang tahu. 

Pengajarannya, sentiasa berhati-hati walau di mana kita berada.

._.

Tuesday, February 14, 2012

Saya Dah Jatuh Cinta!

Kali pertama mendengar lagu ni, saya terus jatuh cinta! Lagunya seperti senandung orang dulu-dulu. Yuna memang hebat!^_^


Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa di hatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa di hatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa di hatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu
._.

Sahabat Yang Disayangi...

Bangun tadi, saya teringatkan perkara semalam. Serba-salah ada, geli hati pun ada. Gara-gara Facebook, seorang sahabat yang saya sayangi telah menghubungi saya. Berlaku salah faham apabila seorang lagi sahabat meletakkan kata-kata yang menyebabkan dia terasa. Malah, kebetulan pula perkara yang membuatkan dia terasa itu melibatkan saya.

Semasa saya dihubungi, saya memang tidak tahu apa-apa langsung. Saya terkejut dengan perkara tersebut. Siasat punya siasat, rupa-rupanya hanya salah faham. Sahabat yang meletakkan kata-kata tersebut bukanlah tujukan kepadanya. Begitu kebetulan, sememangnya kebetulan. Saya berusaha menjelaskan perkara sebenar kepadanya, selagi dia tak percaya selagi itulah saya berusaha. Demi hubungan kami berdua. Saya harap tiada lagi salah faham. 

Pengajarannya, jangan terlalu mudah terasa dengan apa yang dikatakan di Facebook. Selagi kita tak salah, jangan risau ya.. Saya sayang kamu.(-.-)

._.

Friday, February 10, 2012

Tolong Temubual Malique Boleh Tak?

Kepada kakak dan abang wartawan, boleh tolong temubual Malique tak? Tolong tanya beliau, apakah maksud tersirat di sebalik lagu Aku Maafkan Kamu (yang diduetkan bersama Jamal Abdillah tu). Saya suka mendengar lagu ni. Saya sentiasa cuba nak memahami maksud yang ingin disampaikan, tetapi terlalu mendalam. Hanya mereka yang meminati puisi/ sastera sahaja yang memahaminya kot. Yang saya faham, lagu ni seperti ditujukan kepada orang yang suka sangat bising-bising tu. Kemudian mereka dimaafkan kesilapan mereka. Saya suka.=)

Tajuk Lagu : Aku Maafkan Kamu (Malique & Jamal Abdillah)

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
._.

Blog Terbaik!!!^__^