Followers

Sunday, April 29, 2012

Mendaki Gunung Singai Hari Ini~~

Gunung Singai. Gunung kebanggaan kami.=)

Dari kiri : Nisau, Kakuong dan mak cik saya, mak Nisau.

Lama dah tak mendaki gunung!

Tangga. Senang kan?

Untuk orang Kristian, bolehlah naik sambil berdoa..=)

Adik saya.=)

Cantik kan?

Saya menamakan ini pokok 'rabbit' sebab macam telinga arnab!

Cantiknya ciptaan Tuhan...

Si Nisau

Haha!

Dah sampai!=)



Nak peluk, tapi takut kena gatal-gatal.

Eeee~~
Yang berbaju merah tu ialah pak cik saya, keluarga sebelah kiri tu ialah tauke kedai, bos pak cik saya.=)

Hoho.. Pakai selipar je..=p

Sebelum balik rumah, singgah minum air kelapa dulu!

Nyum, nyum, nyum...


._.

Tahun Lima SK Pati 2012

Bukan nak pilih kasih, tapi gambar keseluruhan Tahun 5 jelah yang saya ada. Belum minta dari kawan-kawan praktikum yang lain lagi. Hehe.. Tahun 5 SK Pati, cikgu rindukan kamu semua...=)

Mula-mula seronok dapat bergambar..=p

Minta maaf ya, sangat kabur. Masa tu Atidah sedang memadam papan tulis.

Debu kapur yang menutup dahi Wan tu. Hehe..

Guna self-timer ni, sebab tu agak.... Emmm....

Masih terdapat murid kesayangan cikgu yang tak nampak muka...

Hartikah, kesat air mata ka???

Sayang kamu semua..=)


._.

Wednesday, April 25, 2012

Midin Masak Kari Lembu

Sebelum ni pun ada juga budak sekolah petik sayur midin dan bagi saya. Saya masak dengan kari lembu tin, sedap!^_^

Kali ini, saya nak kongsikan pengalaman saya masak midin dengan kari lembu tin serta nasi beras hitam. Simple tapi nyaman beb!

Ceraikan daun midin dari batangnya dulu..

Segar kan??

Jangan lupa sediakan kari lembu tin. Wee's ni jenama kegemaran saya.^^

Masak beras hitam dulu. Biar lebih air supaya ianya lembik ala-ala bubur. Tapi jangan lembik sangat!
Inilah midin masak kari lembu tin! Kalau nak tambah selera, boleh tambah minyak bijan.

Nyam, nyam, nyam!!!

Sebelum makan, jangan lupa....

Minuman yogurt! Saya suka jenama Bliss, tapi kali ini nak curang sekejap.=p

Terima kasih budak-budak SK Pati! Saya sayang kamu semua..=) 

._.

Monday, April 23, 2012

Ketam Ungu??

Ketam ungu
Comel kan ketam ni? Warna ungu, dijumpai di sebuah kepulauan terpencil di Filipina. Saya paparkan di sini sebab saya suka warna ungu dan ketam yang 'berpakaian' ungu ni nampak comel pula!>_<

._.

Sunday, April 22, 2012

Ingin Nak Pergi Ke Zoo~

Semasa menonton Kdrama Boys Over Flower ni, ada bahagian di mana Gu Jun Pyo dan Geum Jan Di dating di zoo bersama seorang budak yang Geum Jan Di kena jaga. Kerja sampingan agaknya, sebagai babysitter. Apabila melihat haiwan-haiwan yang dipaparkan, saya teringin nak pergi ke zoo melihat haiwan-haiwan tersebut.Sebelum ini, saya dah pernah melawat Semenggoh Wildlife Centre dan Matang Wildlife Centre. Pengalaman tersebut memang membuatkan saya teruja kerana saya suka melihat telatah haiwan-haiwan liar di situ. Tapi di Semenggoh, ada juga orang utan yang jinak dan boleh dipegang.=)

Cuma, tempat-tempat yang saya dah lawati tersebut tidak terdapat haiwan-haiwan liar seperti dalam Kdrama di bawah :

Jun Pyo sedang menunggu Jan Di

Bangau kah ni??

Jun Pyo yang cemburu kerana Jan Di asyik melayan budak tersebut.

Saya tak pernah melihat zirafah secara live!

Zirafah yang sedang makan besi penghadang tu comel sangat!>_<

Gembira!!
Ada tak meerkat di Malaysia??
Kalau saya dah kerja nanti, saya nak melancong ke Zoo Negara bersama keluarga saya. Tak pernah pergi sana. Hehe.. Sekian, terima kasih.

._.

Sugarbun Atau KFC? Atau SCR?

Apabila terpandangkan kotak berlabel KFC di tong sampah sebentar tadi, saya terfikirkan perbezaan Sugarbun dan KFC. Hehe.. Dulu, sebelum saya mengenali Sugarbun, saya memang makan di KFC. Nak kata selalu sangat, tak juga sebab ayam KFC ni agak buat saya terasa 'leju'. 

Selepas makan ayam KFC tu, saya rasa kenyang yang agak luar biasa dan mengambil masa yang lama untuk makan daging ayam semula terutamanya ayam goreng. Nak kata tak sedap, tak juga. Mungkin lapisan tepungnya sangat tebal. Mungkin? Kadang-kadang ada sesetengah tempat, ayam KFCnya sangat berminyak. Kena joging berjam-jam untuk membuang kalori dalam tubuh selepas makan ayam KFC yang berminyak tu. Macamlah saya ni rajin joging!=D

Sugarbun pula, sampai sekarang saya tak pernah leju. Sejak mengenali Sugarbun, saya dah tak mengunjungi restoran KFC lagi. Pandang pun tak nak. Haha! Sedap ayamnya. Walaupun tak sebesar ayam KFC, tapi sedaplah. Dan harga juga berbaloi. Kalau ayam KFC, isi ayam tu tiada rasa. Kulitnya saja yang sedap. Tapi kalau ayam Sugarbun ni, rasanya sampai ke isi!=)

Terdapat beberapa tempat kegemaran saya di sini iaitu di 1TJ BDC, Tabuan Jaya dan MJC Batu Kawah. Di Boulevard pun ada Sugarbun, tapi saya jarang pergi sana. Tempat di mana layanannya paling bagus bagi saya ialah di Tabuan Jaya. Pekerja sana sangat mesra. Hehe..

SCR? SCR di Desa Ilmu ni, emm.. Malaslah saya nak komen. Kena saman pula nanti. Pergilah sendiri dan cuba rasa sendiri bagaimana layanan pekerja di situ terhadap pelanggan. Hehe.. Tata!

._.

Wednesday, April 18, 2012

Monday, April 16, 2012

Licik Sang Musang

Diambil dari sini.
  Pabila pagi datang menjelma
Kokokan Sang Ayam bergema
Sang Lembu tersedar dari lena
Mulalah Sang Musang dengan akalnya

Musang datang dengan lembutnya
Pesona mata Sang Lembu terpana
Duduk Sang Musang membawa cerita
Lembu mendengar simpati menjelma

Mula Sang Musang membuka hikayat
Kisah dijaja sepanjang hayat
Menagih simpati Sang Lembu diayat
Perlahan-lahan Sang Lembu dijerat

Muka Sang Musang indah pesona
Andai dibelah berkerak hatinya
Namun Lembu tetap membuta
Ayat Sang Musang sudah beraja

Datang Sang Ayam menadah telinga
Tumpang simpati mendengar cerita
Dalih Sang Musang membawa bicara
Terjerat Sang Ayam sudah tergoda

Sang Musang datang dengan dalihnya
Menjaja dongeng usah percaya
Wahai Lembu, Ayam teruja
Melihat Sang Musang cantik bergaya

Sang Musang pulang dengan tawanya
Riang gembira cerita dijaja
Biarlah muka nampak sucinya
Asal mereka mudah digoda

Pulang Musang berisi agenda
Apa bicara esok harinya
Menjerat Lembu dan Ayam sahaja
Andai berjaya kelak binasa

._.

Saturday, April 14, 2012

Selepas Yang Itu, Yang Ini Pula!

Salam sejahtera dan selamat pagi ~ ~

Dua hari yang lepas, saya telah berjaya menghabiskan penontonan Korean Drama (Kdrama) City Hunter buat kali ke.. entah keberapa. Bagi yang tak suka Kdrama yang asyik-asyik menonjolkan babak romantis, drama ini sangatlah sesuai untuk ditonton. Ianya mengisahkan dendam yang tak berkesudahan oleh seorang pak cik dan anak muda yang boleh tahan rupa parasnya. Haha! Tapi cara mereka membalas dendam sangatlah berbeza. Pak cik tersebut sangat kejam, manakala anak muda tadi membalas dendam dengan cara yang elok - mencari kesalahan jenayah orang yang didendaminya (kebanyakan mereka terlibat dengan rasuah!) Maklumlah cerita ni berkait rapat dengan parti politik dan kerajaan. Jadi, perkara biasa la rasuah ni. Hehe..

Macam biasa la, ambil dari pak cik Google...


Habis dengan cerita City Hunter, saya membelek-belek lagi beg disk saya. Jumpa! "Boys Over Flowers". Heronya? Diimport dari drama City Hunter! Jadi, sekarang ini saya melayan drama ni pula. Watak anak muda ni dalam kedua-dua cerita amatlah berbeza. Kalau dalam Kdrama City Hunter tadi dia sebagai hero di pandangan masyarakat; dalam Kdrama Boys Over Flower pula dia sebagai pujaan sebab kaya, tetapi sikapnya macam hantu. Tapi (lagi), sikapnya beransur-ansur menjadi baik selepas jatuh cinta pada seorang gadis 'biasa' (commoner). Dan seterusnya cinta mereka banyak kali dilanda badai... Biasa la drama Korea...=D

Selamat berhujung minggu!^_^

Ni pun sama juga, ambil dari pak cik Google....


._.

Tuesday, April 10, 2012

Debaran Pertama Sudah Berlalu!

Hari ini sememangnya hari yang mencabar bagi saya. Hari ini merupakan penyeliaan bersama bagi subjek major, iaitu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Walaupun dipandang rendah, tetapi saya dapat melakukan yang terbaik. Saya bersyukur kerana tidak mengalami sebarang masalah semasa penyeliaan tersebut. 

Apa-apapun, saya begitu berterima kasih kepada mereka yang membantu serta memberi sokongan moral kepada saya. Kepada mereka yang memandang rendah terhadap saya, saya doakan semoga mereka insaf dengan perbuatan mereka itu. Mereka sepatutnya memberi sokongan moral, bukannya mengungkit semula kesilapan lepas yang tak seberapa. Sedihnya hati saya, hanya Tuhan yang tahu.

Hari Khamis akan datang ni, penyeliaan bersama bagi subjek minor pula iaitu Bahasa Melayu. Walaupun bunyinya mudah, tapi penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi subjek ini bukanlah semudah yang disangka. Bagi saya, lebih mudah untuk merancang aktiviti P&P bagi subjek major. 

Selepas penyeliaan subjek minor, barulah saya akan berasa lega dan mengajar seperti biasa. Apapun, saya tak hanya mengajar dengan 'gempak' semasa diselia sahaja, saya sentiasa memikirkan aktiviti yang menarik untuk murid-murid kesayangan saya. 

Doakan kejayaan saya. =)

._.

Blog Terbaik!!!^__^