Followers

Monday, September 10, 2012

1 Jari Kaki Cedera. Patutkan Saman?


Selamat petang dan salam sejahtera ya..

Saya ada satu kisah dan sekarang ini dalam dilema. Ceritanya begini.. Adik perempuan saya dah mula kuliah di U hari ini. Dia menyewa di luar (kawasan perumahan, 1 bilik RM450) bersama seorang kawan, Ita (nama samaran). Sebelum ini, adik saya dah membayar deposit bilik sewa tersebut sebanyak RM450. Apabila mereka diberi kunci bilik, adik saya sekali lagi membayar RM450 untuk sewa bulan ini. 

Tauke rumah sewa tersebut menerangkan perjanjian/ syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah :
  1. Mesti tinggal selama 1 semester (lebih kurang 6 bulanlah kan..). Kalau pindah keluar, wang deposit (RM450) takkan dikembalikan.
Semalam, adik saya dan Ita mengemas bilik mereka. Semasa mengemas tu, Ita ke dapur untuk membasuh tangan. Tanpa diduga, sinki tempat membasuh tangan itu patah dan jatuh menghempap jari kaki Ita. Mungkin sinki tu diperbuat daripada simen kot.. Jari kaki Ita berdarah dan dia dibawa ke hospital. Doktor menyatakan jari kakinya (Jari kedua selepas ibu jari tu.. Jari kaki telunjuk ke..?) retak. Adik saya kata, luka tersebut terpaksa dijahit. Ngilu pula bila nak menyambung cerita ni....

Menurut penyewa yang dah lama tinggal di situ, sinki tersebut sudah lama bergoyang dan tauke sewa rumah itu tahu. Tapi tiada tindakan diambil untuk memperbaikinya. Pagi tadi, tauke tersebut datang ke rumah dan meminta maaf. Dia berjanji akan membawa Ita ke hospital untuk membuka jahitannya kelak. Dia juga berjanji untuk memperbaiki sinki tersebut. 

Masalahnya di sini, adik saya dan Ita nak pindah keluar dari rumah tersebut. Mereka baru saja pindah masuk semalam dan mereka ingin meminta balik duit RM450 yang dah diberi kepada tauke itu. Baki RM450 lagi, biarlah hangus sebab dah masuk dalam perjanjian. Tadi mereka dah bincang dengan tauke tersebut, tapi tauke tersebut enggan membayar balik. 

Jadi, macam mana ya? Boleh ke ugut tauke tu dengan kata-kata "Nak ambil tindakan mahkamah" supaya dia beri balik duit sewa RM450 tu? Yang RM450 tu lagi, biarlah dia makan je duit tu... Siapa ada pendapat? Ita benar-benar ingin pindah keluar dari rumah tersebut. Dia dah trauma.. Kesian tau... Baru semalam masuk ke rumah tersebut, dah berlaku hal macam ni... Huhu...


._.

8 comments:

  1. saman je ,gertak sikit tauke tu wahahaha....btw penyanyi kat blog ain tu bukan ain law ain suara sedap cam tu dah jadi penyanyi muehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha....
      dah ada cara penyelesaiannya tadi...=)
      ingatkan suara ain, macam dirakam je..
      hehe...

      Delete
  2. Patut bgthu je polis... Sebab pompuan... Takut nti ade ape ape yg berlaku tuan rumah buat

    ReplyDelete
  3. saya tak tau lah kalau pasal syarat2 sewa beli ni sbb xpernah ada pengalaman. perihal undang2 pun xpandai. cuma, risau jgk lah kan. baru sehari dah jadi camtu.. semoga adik awak cepat sembuh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan adik yang cedera, tapi kawan adik..
      kesian tau, dia orang jauh...orang perak..
      mak bapa dia risau sangat...
      kesian saya tengok dia...
      nasib baik ada mak bapa saya tolong pujuk dia..
      nangis-nangis dia...
      huhu...

      Delete
  4. minta balit duit ya, dah kaki retak.. haiya.

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^