Followers

Tuesday, September 11, 2012

Masalah Selesai : Pindah Rumah


Hai!

Belum tidur lagi? Jangan selalu lambat tidur, nanti muka nampak lebih tua dari usia... Hahahaha... Yelah, lepas ni saya tidur... Sebelum tu, saya nak update blog dulu. Line broadband Maxis sangatlah laju ni.. Buang tabiat agaknya.. Sebab itulah saya nak manfaatkan kelajuannya dengan update blog..=p

Bersambung dari kisah jari kaki kawan adik saya yang cedera tadi (Klik SINI untuk kisah sebelum ini). Kan sebelum ni tauke rumah sewa tu tak mahu mengembalikan wang sebanyak RM450 tu.. Adik saya guna teknik mengugut. Dia kata "Kalau madam tak kembalikan wang kami, saya telefon mak bapa saya suruh mereka datang sini. Kami nak buat report polis."

Nak tahu apa reaksi madam tu? Dia terkejut.. Sebenarnya tadi, adik saya agak takut juga kerana tauke tu bercakap dengan meninggikan suara dan beriya-iya tak mahu mengembalikan wang mereka. Selepas mengugut, tauke tu terus bersetuju dan mahu mengembalikan wang tersebut pada keesokan harinya.

Berkenaan kawan adik saya (Ita) tadi, saya sangat kasihankan dia.. Dia orang jauh, orang Perak. Datang menuntut ilmu di sini, kalau perkara sebegini berlaku, kesian sangat.. Sudah tentu mak bapa dia risaukan dia.. Saya dan adik-beradik yang lain sangat beruntung kerana kami menuntut ilmu di tempat yang dekat saja..

Tadi, saya sibuk membantu adik saya memindahkan barang-barang mereka ke rumah sewa baru (rumah mak cik saya je! Haha..). Ita disuruh berehat saja. Maklumlah jari kakinya masih berbalut. Jalan pun masih tempang.. Kesian kan...

Rumah baru mereka!

Itu dia Ita!
RM450 tu, biarlah hangus. Saya sendiri pun tak ingin lagi memandang ke rumah sewa tu. Dah la biliknya sempit, keselamatan pula tak terjamin. Pindah ke rumah sewa baru ni, saya harap mereka lebih selamat dan gembira..=)

Selamat malam dan semoga mimpi yang indah-indah!^_^


._.

12 comments:

  1. Replies
    1. aok..
      murah gik dpd menyewa blit sempit tauke yg tamak ya..
      nya modified rumahnya (dpd 3 blit kpd 10 blit) utk disewa..

      Delete
  2. kesian nya .. naseb bek ada ktk nolong ;)
    follow ktk ctuk ^^

    ReplyDelete
  3. alhamdulillahh dah dpt rumah baru ..
    hurmm letihlah sikit mengemas ..
    bab2 mengemas nie selalu buat kita tension kan ;)

    ps : akk baru 30+ dik .. cer teka berapa
    ngehx3

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..
      lebih2 lagi kalau sibuk dengan perkara lain pula..
      berapa umur akak ek?
      32 agaknya?
      lagipun anak2 akak dah besar bh.
      hehe..

      Delete
  4. - Kalau dekat Mesir dulu, pernah kene halau dengan tuan rumah sebab kami nak pindah sebelum kontrak 2 tahun habis.
    - Dah duduk 1 tahun 4 bulan, kontrak 2 tahun jadi tinggal 8 bulan lagi.
    - Kami nak pindah sebab tak tahan dengan kerenah tuan rumah. Jadi bila nak pindah tuan rumah cakap dia hanya akan bagi pindah kalau bagi bagi sewa 8 bulan lagi sebanyak 8000EGP, padahal dalam kontrak cakap kalau langgar kontrak duit deposit je burn.
    - Jadi dia halau, tukar kunci rumah supaya kitorang tak boleh masuk, habis semua barang baju, passport, bag, buku dalam rumah.
    - Seminggu gak duduk merempat kat rumah orang. Jadi kes polisla, haha rasa cam pengalaman manis pulak bila fikir balik. Banyak membantu dalam mematangkan dirini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tamaknya tuan rumah...
      syukur juga kan, sebab ada orang sudi tumpangkan en.arham seminggu tu..
      memang betul, pengalaman menjadikan kita lebih matang dan tabah dalam menjalani kehidupan..=)

      Delete
  5. org ya nak ngambik kesempatan jak ya...
    sik suka org macam ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la...
      biar jak nya makan duit ya..
      hidupnya xkan senang2..

      Delete
  6. Kena sentiasa berhati-hati sebelum mengambil sesuatu keputusan. Kekadang orang suka ambil kesempatan di atas kesenangan orang lain

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^