Followers

Friday, September 28, 2012

Air Klorin Di Tempat Orang, Air Sungai Di Tempat Sendiri…

Lebih baik di tempat sendiri! Hehe.. Selamat pagi yaa.. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana telah ‘mencabul’ peribahasa Melayu – hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.

Sebenarnya, saya ada satu cerita. Ceritanya lebih kurang beginilah.. Saya tinggal di asrama ni lengkap dengan segala kemudahan. Bekalan air bersih, bekalan elektrik, bayaran yuran asrama yang murah (RM60 je sebulan), kipas yang sentiasa ‘on’ 24 jam (haha!!), tilam yang selesa, dapat bersenam kerana saya tinggal di paras empat dan pelbagai keselesaan disediakan. Seronok kan?

Tapi, tapi.. Walaupun di rumah ada kekurangan, saya lebih suka di rumah sendiri! Kenapa? Kalau tinggal di asrama, terpaksa menghadapi kerenah manusia yang pengotor! Tak basuh pinggan mangkuk selepas makan, tak flush tandas selepas buang air, lubang longkang yang tersumbat kerana ada manusia yang membuang sisa makanan ke dalam lubang longkang tersebut; begitu juga dengan sinki,  pakaian yang tak berbasuh berhari-hari dan ditinggalkan di bilik air dan sebagainya.

Menyanyi semasa mandi? Pelik. Seram tau.. Tak takut ke? Lebih-lebih lagi kalau tiba-tiba saja menyanyi lagu yang… Errr… Suara, memanglah merdu.. Saya suka, tapi janganlah menyanyi di bilik air. Saya takut mendengarnya.. Pernah sekali, saya tengah membuang air besar, tiba-tiba terdengar suara orang menyanyi. Seram… Lepas tu, saya berdehem dengan kuatnya kerana tahi macam tak nak keluar je. Selepas tu, si penyanyi tersebut berhenti menyanyi. Ha, barulah saya dapat membuang air besar dengan lebih lancar! Hahaha…

Kalau di rumah, saya tak perlu menghadapi kerenah orang sebegini. Saya tak kisahlah kalau di kampung tak guna bekalan air klorin, saya lebih suka keadaan yang bersih dan selesa tanpa mereka yang pengotor ni! Selamat hari Jumaat..^_^
 
._.

8 comments:

  1. Kita terus pilih hujan batu, sebab tu kita tak dapat menakluki ekonomi dunia. Nampaknya banyak peribahasa kita yang kena tukar supaya Melayu menjadi hebat sebagaimana orang-orang Jepun itu.

    Air sungai, air terjun ...duluok,tetapi sekarang penuh dgn bakteria, logam berat, kencing tikus, kencing biba, dan aneka buangan daripada kilang2 dan taman perumahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya bermula daripada kesedaran diri.. tanpa kesedaran diri, betapa berat undang2 pun tiada guna..

      Delete
  2. Euww. sangat-sangat pengotor. Kita dah biasa dengan suasana yang bersih, so bila kat tempat lain tetiba dengan suasana baru yang kotor, mesti akan rasa tak selesa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la, memang sangat pengotor tau.. dah tau sinki tersumbat kan, masih juga basuh pinggan mangkuk di situ..

      Delete
  3. erk.. sebab ya selalu kenak histeria..

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^