Followers

Monday, October 1, 2012

Bajet 2013 - Elaun Dinaikkan???

Selamat pagi dan salam sejahtera.. Selamat hari Isnin dan selamat mula bekerja juga..^__^

Semua dah sedia maklum, Bajet 2013 telah selamat dibentangkan oleh Perdana Menteri kita, Dato' Sri Najib Razak. Saya tak sempat nak menonton pembentangan bajet tu, tapi saya sempat menontonnya di Berita TV3 pada jam 8 malam tu..

Dengarnya, elaun untuk pra perkhidmatan bakal dinaikkan? Tahniah ye diucapkan kepada adik-adik sekalian! Anda semua berhak untuk menikmatinya. IPG, separa perubatan dan lain-lain yang saya lupa. Sebelum ini, saya pernah menulis mengenai elaun yang bakal dimansuhkan. Nampaknya tak jadilah kan? Oleh itu, manfaatkanlah peluang yang diberi ni dengan sebaik-baiknya. Jangan nakal-nakal ya~~

Selain itu, pinjaman PTPTN diberi diskaun bagi pembayaran habis (ikut pemahaman saya la, kalau ada silap tolong perbetulkan..=p). Baucer buku ditambah nilainya, sebelum ni RM200 bertukar kepada RM250. Bantuan persekolahan RM100 untuk murid sekolah rendah dan menengah. Beruntung kan??^_^

Kebaikannya, dengan bantuan yang banyak tu, rakyat akan berbelanja banyak dan menambah pendapatan negara. Keburukannya, generasi muda akan 'malas' dan terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan. Oleh itu, pandai-pandailah kita memanfaatkan peluang yang diberi kan?

Sama-samalah kita berusaha maju ke hadapan demi negara yang tercinta ini. Terima kasih kepada PM kita kerana membentangkan bajet yang banyak memberi manfaat kepada kita semua. Bersyukurlah..=)

._.

9 comments:

  1. Alhamdulillah dan tahniah buat semua yg memperoleh manfaat...

    ReplyDelete
  2. pada yang mendapat faedah dari bajet terbaru nih tahniah la yer...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillahh
    syokk aar org kejee gomen ..
    kami2 kerja swasta nieee jugakk lopong huhuh

    ReplyDelete
  4. ye ke?dnga cte bdak IPG x dpt pon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapat apa? kalau baucer buku, dapat. Saya dah pun menikmatinya..=)

      Delete
  5. ipg tidak dapat kenaikan elaun. hanya pelatih di kementerian kesihatan . hal ini disahkan oleh pegawai KPM.

    ReplyDelete
  6. rasanya status kenaikan elaun IPG sama ada dinaikkan belum pasti lagi sebab dalam bajet 2013, antara skim yang disebut oleh PM kita adalah Peg Perkhidmatan Pendidikan Siswazah....lg pula hanya 20000 pelatih kesihatan yg diumumkan kenaikan pangkat, sdangkan dalam bjet ada menyebut 31, 135 pelatih..so baki 11, 135 pelatih tue pula kita masih x konfirm lagi siapa sebenarnya kn? :) doa ja lah pelatih IPG pun sama2 dpt knaikan k..

    ReplyDelete

Jemput datang lagi yaa...^__^

Blog Terbaik!!!^__^