Followers

Tuesday, November 13, 2012

Kenapa Mesti Negatif?

Hai~ 

Dah makan? Saya baru lepas makan. Kenyang sudah dan saya bersyukur kerana diberi rezeki.. Kemudian, saya melayari internet. Masuk ke web mynewshub untuk melihat berita terbaru dan terjumpa tajuk yang menarik.


Jersi baru Harimau Malaya! Peminat bola sepak ni, sudah tentu tahu kan? Saya bukanlah minat sangat, tapi sekurang-kurangnya tahu la perkembangan sukan semasa.. Hihi.. 

Baca punya baca, tengok tajuk pun dah pelik semacam. Dan habis baca entri tu, saya baca di ruangan komen. Lalalala... Saya dah agak dah.. Ramai yang mengkritik, tapi ada kritikan yang tak membina langsung..

Kenapa ya? Mereka dah berusaha untuk menaikkan nama negara, tapi kita pula memberi kritikan negatif. Begitu juga dengan Proton yang bekerjasama dengan Honda (kalau tak silap), pun kritikan negatif juga yang diberi. 

Balik semula kepada komen tentang jersi baru itu tadi, saya tertarik dengan komen seseorang : 

"brazil punye lagi simple..tp juara dunia lima kali.apa ada pada jersi?"

Pada saya, jersi itu melambangkan negara kita.. Orang luar tengok jersi itu, mereka akan kenal jersi negara kita..=)

Tapi, betul juga kata dia tu. Jersi baru pun nak dikritik. Apatah lagi kalau mereka tak menang ka, entah apa lagi.. Kesian mereka. Mereka dah banyak berusaha untuk negara tercinta.. Tempat kita berlindung ni.. Kita bila lagi ek?

Bagi saya, jersi baru itu ok je. Semoga mereka lebih bersemangat untuk berusaha kuat selepas ni. Semoga mereka terus berjaya dan menaikkan nama mereka. Jangan nakal-nakal! Heee...

# Sekadar pendapat..=)

._.   

Sunday, November 11, 2012

Aku Yang Tersakiti

Selamat pagi dan selamat hari minggu..=) Awal pagi tadi saya menghantar roommate ke terminal bas. Dah cuti dah... Rasa sunyi pula selepas menghantar dia. Huhu.. 

Dalam kereta, saya mendengar radio Hot.fm dan lagu yang didendangkan ialah lagu Judika - Aku Yang Tersakiti. Saya suka dengar muziknya, terutamanya bahagian chorus.. Best!!^_^

Jom layan!

Aku Yang Tersakiti (Judika)
 
Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Oh Tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

# Nyanyi seorang diri dalam bilik. Layan lagu ni.. Tapi lagu ni tak berkaitan langsung dengan saya!=p


._.

Saturday, November 10, 2012

Wanita Tiga Warna


Hai!

Selamat petang ya.. Nampak tak gambar kucing yang comel di atas ni? Kucing tiga warna! Percaya atau tidak, kebanyakan kucing tiga warna ini ialah betina dan setakat ini saya tak pernah jumpa kucing tiga warna yang jantan. Kenapa agaknya? 

Bukan hanya perempuan sahaja yang mempunyai pesonanya tersendiri, malah kucing betina pun begitu juga ow.. Kucing tiga warna ni memang cantik dan menarik. Begitu juga dengan wanita @ perempuan, mampu menarik mata-mata lelaki. 

Setiap wanita mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ada yang cantik, comel, senyuman menarik, bentuk fizikal yang cantik, bijak, tinggi budi bahasa dan sebagainya. Keistimewaan inilah yang membuatkan lelaki tertarik. 

Oleh itu, kita perempuan mesti pandai jaga diri ya!=)


._.

Microsoft Windows 8






Klik gambar atau klik SINI jika anda nakkan yang up-to-date ~~ =)

._.

Thursday, November 8, 2012

Hari Makan-makan!!!

Hai! Selamat petang.. 

Kali ini saya ingin mengabadikan gambar-gambar kenangan semalam. Sebabnya, saya tak tahu bila lagi kami akan bersama seperti ini. Dah nak masuk alam pekerjaan kan..=)

Pertama, Majlis Makan Tengah Hari Bersama Staf Perpustakaan IPGKTAR. Terima kasih kerana belanja kami.. Kami memang ahli yang setia.. Hihi..

Dari kelas kami seramai enam orang..=)

Makanan saya!!

Makanan saya dari sudut lain. Nampak tak kulit itik tu??? Haha..=p

Rojak rojak rojak.. Nyum nyum nyum!!!^^

Sebelum makan, kena makan tembikai dulu...=)

Staf perpustakaan IPGKTAR yang disayangi..

Lagi staf perpustakaan IPGKTAR yang disayangi..=)

Seorang bekas murid saya semasa praktikum. Anak Puan Habibah Noor Laili (saya panggil dia Pipi je.. Hihi)

Tisu hotel tersebut. Nak bawa balik, tapi tertinggal kerana seronok ambil gambar makanan. Huahaha!!

Kia Forte kot.. Sorry ye tuan punya.. Sekadar menganyam impian..=p


Seterusnya, balik dan berehat. Pada sebelah malamnya pula, selepas maghrib tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari rakan sekelas. 

Mr.A : Nak pergi makan steamboat tak?
Saya : (Maklumlah tak pernah pergi makan steamboat kan, saya pun jawab laaa) Nak!!!!
Mr.A : Kalau nak, ajak lagi perempuan kelas kita yang lain. Kita pergi beramai-ramai.

Malangnya tak ramai sangat yang nak ikut. Rancangan yang lambat sangat dirancang. Tapi demi tekak seorang rakan sekelas yang disayangi, kami penuhi hasratnya. Hihi... 

Jadi, makan-makan yang keduanya ialah steamboat! Tapi saya tak tahu apa nama tempat tu. Tak biasa.. Hehe.. Jom lihat gambar kami!
  

Bergambar dahulu sebelum isi perut!=p

Fairol ni sebenarnya nak bergambar dengan adik junior kat belakang tu.. Hahaha... Agak jauh kami cari steamboat, masih juga ada pelajar IPGKTAR..=D

Untuk semua makanan yang kami makan ni, kami bayar RM17 sekepala..=)




Nampak tak yang merah-merah tu?? Daging biri-biri... Terliur pula.. Ishhh... Ada beef dan kambing juga tau..=)


Inilah orangnya yang kepingin tu..=)

Selepas makan panas-panas, sejukkan perut dengan aiskrim pula!
   
Gambar-gambar yang lain tak dapat diupload atas permintaan pihak tertentu. Hihi.. Apapun, keesokan paginya memang banyak hasil pelaburan saya. Aduiii....

._.

Tuesday, November 6, 2012

Majlis Perpisahan PISMP 1109 PS 2012

Ayam masak merah
Nasi briyani
Kuah sate (tapi saya lupa ambil gambar sate)=p
Acar timun
Tembikai kacukan agaknya.. Warnanya merah kekuningan.

Dalca. Sedap!^_^
Air... Entah, saya tak sempat minum. Hihi..

Abang long kelas kami. Dialah yang menguruskan makanan ni.. Terima kasih Abang Wan..=)

Dari kiri : Jai, Rachel, kakak ipar (Cece)

Dari kiri : Fai, Lala, Lily

Dari kiri : Lily lagi, Kak Esah dan Azmi

Saya dengan Kak Effa..=)

Baca doa dulu sebelum makan..

Upacara 'menebang' kek bersama Encik Mazlan yang sporting..^_^
Fairol dengan roommatenya, Hafriz..

Makanan saya! Nasib baik ayamnya ada kulit..=p

Dari kiri : Kak Effa, Anne, Lin dan Fiza (Besties)

Kami semua juga perlu menyediakan ucapan.. Ucapan saya biasa-biasa je.. Tak pandai nak berkata-kata. Hehe..

Sepanjang lima tahun setengah kami bersama, pelbagai kenangan pahit manis kami lalui. Saya amat berterima kasih kerana kenangan bersama kawan-kawan sekelas telah mendewasakan saya. Pelbagai perkara telah saya pelajari, yang baik saya jadikan teladan dan yang buruk saya jadikan sempadan.

Saya juga menyusun sepuluh jari memohon ampun andai kata saya pernah tersilap kata-kata mahupun perbuatan. Saya sedar, saya seorang yang sensitif, terlalu manja dan mudah marah. Tapi saya tetap manusia biasa yang tak lepas dari kekhilafan. Saya sentiasa berusaha untuk memperbaiki kekhilafan saya itu.

Kalian, saya akan rindukan kalian. Saya tak tahulah kalian akan baca atau tidak post saya ini. Yang penting, hati saya sudah tenang. Saya maafkan segala kesilapan kalian terhadap saya dan saya doakan semoga kalian berbahagia dan berjaya mencapai cita-cita kalian. Jujur saya katakan, saya sayang sangat anda semua. Cuma tak terluahkan dengan kata-kata.

~Selamat malam~

._. 
 

Blog Terbaik!!!^__^