Followers

Wednesday, March 31, 2010

Kesukaan saya ... =)

1. Nama kesukaan
Nama saya sendiri, yang mom saya bagi. Tapi nama samaran yang saya suka ialah Skyliya.

2. Hobi
Tidur, asal ada masa lapang pada waktu siang, saya akan tidur. Tapi mesti bangun sebelum pukul 4 petang. Kalau tak, mewarisi kegilaan.. (Bak kata orang tu..)=p

3. Makanan kesukaan
Dulu saya suka kulit ayam, terutamanya ayam goreng/panggang! Tapi sekarang usia da meningkat dewasa, harus jaga kesihatan dari awal. Jadi, makanan kesukaan saya sekarang ialah buah-buahan. Pisang bagus untuk daya tumpuan! =)

4. Minuman kesukaan
Saya elakkan minuman bikarbonat. Saya lebih suka minum Malta, tapi sekarang dah jarang juga. Tiap-tiap petang selepas mandi, saya akan minum soya kotak. Nak minum soya yang ori (air tauhu), susah juga. Tapi soya memang sedap dan berkhasiat!

5. Buku kesukaan
Saya suka membaca. Novel, majalah, komik.. Semasa remaja, saya mengumpul buku Remaja (sejak form 3 hingga saya berusia 18 tahun). Masa kat sekolah menengah (berasrama), saya sanggup tak menjejakkan kaki ke kantin semata-mata nak kumpul duit beli majalah Remaja. Selain itu, saya juga peminat setia komik Shin Chan!! Sejak sekolah menengah juga, saya berkenalan dengan Shin Chan semasa berumur 14 tahun. Hihi.. Setakat ini, saya ada 49 episod komik SC. Sekarang, saya mengumpul wang untuk membeli buku-buku rujukan. Pentingkan apa yang penting dulu.

5. Movie kesukaan
Saya suka menonton cerita Twilight. Ceritanya ada dua, Twilight 1 dan New Moon. Kedua-duanya disumbangkan oleh orang tu, kerana dia tahu saya minat habis dengan cerita Twilight ni! Selain itu, saya juga minat menonton cerita Harry Potter. Setakat ini, saya cuma dah menonton 6 episod je..

6. Haiwan kesukaan
Saya sangat sukakan kucing!!>_<
Mom saya kata, sifat saya ni berjangkit dari dad saya. Tapi, saya tetap anak mak. Hehe....

7. Kesukaan yang lain
Saya suka hidu bau duit. Kalau saya pegang duit yang banyak, tangan saya akan menggeleter. Errr...

Selamat Malam!!!

Wednesday, March 24, 2010

KaDeT ReMaJa SeKoLaH

Hari ini batch 1109 ada GERKO, tiap-tiap hari Rabu. Gerko saya, Kadet Remaja Sekolah. Semasa isi borang untuk memilih gerko lagi saya dah meletakkan KRS sebagai first choice. Jika nak pilih BSMM (dulunya dipanggil PBSM), saya sebenarnya takut kalau melihat darah mengalir/luka. Silap-silap nanti saya sendiri yang perlu diusung, bukannya mangsa. Pandu Puteri pula, saya bukannya tak berminat. Saya inginkan sesuatu yang ebih mencabar fizikal dan mental. Jadi, saya memilih KRS, dan sememangnya menyeronokkan dan mencabar. Tiap-tiap minggu kami mengadakan perjumpaan, dan aktiviti yang dijalankan memang tidak pernah menghampakan. Pernah sekali kami melakukan aktiviti di luar, iaitu berkawad di sekitar Feri Point Samarahan. Selain itu kami turut melakukan sedikit kerja amal - mengutip sampah di kawasan sekitar.

Perjumpaan pagi tadi kami lebih kepada aktiviti kawad kaki. Sebelum itu ada juga aktiviti lain seperti nyanyian, ikatan dan simpulan serta bantu mula. Selebihnya, kami melakukan latihan kawad. Sebelum ni, semasa di sekolah menengah, saya merupakan ahli PKBM (Persatuan Kadet Bersatu Malaysia). Memang agak berbeza kerana kawad kaki dalam KRS sentiasa dimulakan dengan kaki kanan. Jadi, saya kenalah membiasakan diri...

Apa lagi ya? Saya nak memasukkan sedikit gambar dululah.=p





Tuesday, March 23, 2010

Jangan Jadi Pelupa ...

Saya memang agak pelupa, terutamanya untuk mengingati perkara yang tidak sebegitu menarik perhatian saya. Di bawah ini saya berkongsi beberapa petua untuk mengelakkan kita jadi pelupa. Sama-samalah kita amalkan..=)

@ Minum air atau makan makanan yang telah dicemari semut.
@ Membuang air kecil semasa sedang memberus gigi.
@ Mengumpat atau mengata. Tak baik tau... Saya sendiri akan berusaha untuk mengelakkannya..
@ Terlalu memikirkan tentang perempuan dan juga sebaliknya.
@ Terlalu memikirkan hal yang bukan-bukan.
@ Sentiasa berada dalam keadaan sedih atau berdukacita. Cerialah selalu..^^

Menguatkan Tenaga Tubuh Badan *_*

Saya suka membaca petua, terutamanya petua berkaitan kesihatan, kecantikan dan kecerdasan akal. Semasa sedang melayari internet tadi, saya terjumpa beberapa petua yang cukup menarik untuk dipraktikkan. Cubalah.. ;)

> Memakan daging
> Menghidu wangi-wangian
> Memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas
> Mandi dalam keadaan perut sederhana, tidak terlalu kenyang atau tidak terlalu lapar.
> Makan makanan yang manis.

Saturday, March 6, 2010

Tingkatkan Daya Ingatan =)

Semasa sedang mengemaskini My Document, saya terjumpa satu artikel berkaitan cara untuk meningkatkan daya ingatan. Memang cukup menarik untuk dicuba. Tak salah mencuba kan? Walaupun bukan semuanya, cubalah beberapa daripadanya :>

1. Fahami apa yang anda nak ingat.
2. Masa belajar tu, jangan belajar semuanya sekaligus. Bahagikan masa belajar.
3. Lafaz dengan kuat isi-isi penting.
4. Jangan lupa, anda harus percaya kepada diri sendiri. Saya Boleh!!!
5. Baca dan ulang berkali-kali. Bukan ulang pada masa tu saja, contohnya setiap pagi.
6. Kata kunci
7. Sebelum tidur, cuba untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari.
8. Berdoalah dan yakinlah pada-Nya.. ^_^

Lipstik Pulak Yang Beracun!!

Saya bangun awal pagi ni,tiba-tiba buang tabiat pada hhari Sabtu. Esok baru balik kampung, menjalani PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) di kampung. Online punya online, saya masuk ke 'CariGold Forum'. Banyak juga perkara menarik yang saya baca, maklumlah saya ni memang suka membaca.=p

Apabila saya masuk ke 'Girls, Ladies Room', saya terbaca satu topik berkaitan Dangerous of Lipstik. Saya tertarik jugalah, sebab saya ni memang pengguna lipstik yang tegar (bibir saya agak pucat kalau tak pakai lipstik, macam orang sakit je.). Di sini saya copy and paste saja dari forum tersebut, untuk menjamin keasliannya. hehe..

"Something to consider

next time you go shopping for
lipstick.....
This comes from someone
who works in the breast cancer unit at
Mt Sinai Hospital , in Toronto .
From: Dr. Nahid Neman
If there is a female you care anything about,
share this with her. I did!!!!!
I am also sharing this with the males on my email list,
because they need to tell the females
THEY care about as well!

Recently a lipstick brand called "Red Earth"
decreased their prices from
$67 to $9.90.

It contained lead.
Lead is a chemical which causes cancer.
The lipstick brands that contain lead are:
CHRISTIAN DIOR

LANCOME

CLINIQUE

Y.S.L

ESTEE LAUDER

SHISEIDO

RED EARTH (Lip Gloss)

CHANEL (Lip Conditioner)

MARKET AMERICA-MOTNES LIPSTICK.

The higher the lead content,
the greater the chance of causing cancer.

After doing a test on lipsticks,
it was found that the Y.S.L . lipstick
contained the most amount of lead.
Watch out for those lipsticks
which are supposed to stay longer.
If your lipstick stays longer, it is
because of the higher content of lead.

Here is the test you can do yourself:

1. Put some lipstick on your hand.

2. Use a Gold ring to scratch on the lipstick.

3. If the lipstick colour changes to black, then you know the lipstick contains lead.

Dioxin Carcinogens cause cancer,
especially breast cancer."

Penulisnyaialah Alia_Angel,2009.
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-68963.html

Saya menggunakan lipstik jenama Avon (sebab mak cik saya selalu beli dan hadiahkan kepada saya). Selepas membaca apa yang Alia_Angel katakan tu, saya terus ambik lipstik Avon tu dan cuba petua yang dia katakan tu. Takda apa-apa pun yang terjadi. Saya bukannya mudah percaya sangat, tapi takut jugalah apabila mendengar apa yang dikatakan tu.. Moga-moga dijauhkanlah dari perkara macam tu. Have a nice day!^^

Thursday, March 4, 2010

SaYa SaYaNg KuciNg

Sambil duduk-duduk ni, saya teringatkan seekor kucing yang hidup bahagia di asrama ni. Nama glamornya ialah Hasyim (atau Hashim kot,saya x pasti juga macam mana ejaannya). Tapi saya lebih suka panggilnya Pingu, sebab lebih cute bunyinya. Hehe..

Si Pingu ni seekor kucing jantan yang baru nak meningkat remaja, badannya pun taklah besar sangat. Ada kucing hitam yang liar di sini sangatlah besar. Pernah sekali dia bertarung dengan Pingu, kalah pula si Pingu, sampaikan Pingu jatuh dari paras 2 ke tingkat bawah. Nasib baiklah ianya tidak mengalami apa-apa kecederaan,cuma agak kotor terkena tanah. Kesian kan... Tak guna punya Pak Itam, buli budak remaja pula..

Si Pingu manja sekali, ia tak pernah memberontak ketika didukung dan dipeluk. Malah boleh tertidur lagi, diam je di pangkuan. Betapa comelnya! Tapi Pingu ni tak pandai nak berdikari. Setiap hari, memang minta makanan je kerjanya. Kalo dah lapar, bising.. Pagi tadi saya buka pintu bilik, terkejut tengok Pingu mengiau dengan lantangnya di hadapan pintu bilik saya. Kesian juga, tapi kalau pagi-pagi bukannya saya ada makanan dalam bilik. Sarapan pun minum susu je. Nak bagi susu kat Pingu, minta maaflah.. Susu mahal. Hehe..

Pingu ni, kalo malam-malam tidaklah aktif sangat. Biasanya kucing ni, kalau malam, memang aktif. Tapi Pingu lain. Kucing zaman baru katakan.. Kawan-kawan di sini pun ramai juga yang sayangkan Pingu, jadi tak perlu risaulah dengan stok makanan ya Pingu! Tapi ada jugalah yang tak suka, contohnya roommate saya. Tak dapatlah saya bawa Pingu masuk bilik, harus fikirkan roommate juga, betul tak?? Tempat kegemaran Pingu, rak kasut. Terutamanya rak kasut jiran saya. rak kasut saya, jaranglah dia singgah. Mungkin sebab saya tak banyak kasut untuknya baring kot.. haha..

Di bawah ini saya masukkan gambar Pingu, matanya begitu memikat..>_<









6 Lagi Produk Kosmetik Dikesan Beracun!

Petang-petang macam ni,memang saya akan selalu melayari internet, membaca Berita Harian Online sambil minum soya kotak. Buka saja Berita Harian Online tu, saya tertarik melihat artikel berkaitan produk kosmetik dan membacanya. Agak berdebarlah juga, maklumlah saya sendiri merupakan pengguna produk kosmetik masa kini. Lainlah kalau orang dulu-dulu,mereka guna produk buatan 'alam sekitar'. Tak pun, 'sabun kerajaan' atau dalam bahasa Bidayuh, kami kata 'sabun pritah'. Tak tau lah pula,kenapa sabun tu dinamakan begitu. Sabun garam yang panjang tu... Wangi baunya..

Berbalik semula produk kosmetik beracun yang dikesan tadi, ada 6 produk,salah satunya merupakan produk yang agak laris di pasaran. Di bawah ini saya 'copy n paste' dari Berita Harian Online :

6 produk kosmetik dikesan beracun

KUALA LUMPUR: Enam produk kosmetik keluaran empat syarikat dikesan mengandungi racun berjadual 'tretinoin' dan 'hydroquinone' yang boleh membahayakan kesihatan, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A Rahman.

Beliau berkata enam produk terbabit ialah Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beuty Renewel Night Cream, Chantique Whitening Night Cream, NV Toner Treatment No 1 dan NV Toner Treatment No 2.

Katanya, penggunaan Tretinoin dan Hydroquinone adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor.


"Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone juga memberikakan kesan yang sama kecuali perubahan pada warna kulit malah kulit menjadi hipersensitif.

"Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan turut menasihatkan semua pemilik stok supaya menghentikan penjualan dan penggunaan produk itu serta-merta dan penjual diingatkan bahawa pemilikan untuk jualan produk-produk itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Di bawah peraturan ini, individu-individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

"Syarikat-syarikat yang melakukan kesalahan pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.

Produk-produk tersebut dikilangkan oleh Re-X Products Co. Ltd Thailand, SKY Resources Sdn Bhd, Chemi Lab Cosmetic Industries dan Maxbeuty Industries Sdn Bhd. - Bernama
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20100304173320/Article/

Hal ini menjadikan saya agak takut untuk menggunakan produk kecantikan yang lain. Sekarang ni, saya dah tukar produk kecantikan (sebelum ni saya guna Olay,tapi disebabkan ada yang menyatakan moisturiser Olay tu ada somethinglah, saya pun tukar produklah.. Sekarang ni saya dah guna produk dari Malaysia, iaitu Safi. Dari pencuci muka hingga ke syampu, memang saya dah tukar ke Safi sekarang, sebab setakat ini Safi memang dijamin kesuciannya. Hehe..

Apa-apa pun, berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikan terutamanya kaum wanita. Kulit kita begitu berharga. :)

Blog Terbaik!!!^__^