Singgah blog dulu, untuk update blog ni. Letih amat, hari ni langsung tiada masa untuk berehat. Malam ni saya plan nak tidur awal. Lagipun semalam pun saya tidur lewat. Maklumlah minggu ini kami sibuk dengan pengurusan KPLI yang baru mendaftar masuk. Ramai juga kakak yang comel-comel!>_<
Nak tidur sekarang, tapi masih kenyang lagi. Makan mi je tadi. T_T
Apa yang saya buat hari ini? Banyak perkara yang saya lakukan pada hari ini, dan merupakan pengalaman yang cukup bermakna bagi saya.
- Dari jam 8 hingga jam 10, saya menjalankan tugas sebagai JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar) memantau dan membantu pensyarah yang memberi taklimat kepada KPLI. Melayan karenah mereka, kerana ramai yang suka bertanya. Haha!
- Selepas tu, saya masuk kelas. Menjalani kuliah seperti biasa. Pensyarah setia kami, Encik Mazlan yang memberi kuliah pada masa tu.
- Pukul 1 petang, habis kuliah. Kami bekas ahli Kadet Remaja Sekolah (tahun 2010) pergi ke bilik teratai, ada jamuan bersama pensyarah penasihat dan juga adik-adik muka baru dalam KRS. Yang perempuan beruntung kerana jumlah mereka agak ramai kerana kami KRS yang lama hanya terdapat 6 orang sahaja ahli. (Yang perempuanlah..)
- Pukul 2, sepatutnya saya pergi 'meramaikan suasana' di Dewan Sri Samarahan untuk majlis penutupan minggu pengurusan KPLI, tetapi saya baru dapat tahu ada meeting untuk kami yang kelas Sains Sosial. Jadi, saya ikut meeting tu dulu. Pilih jawatankuasa tertinggi untuk minggu Kajian Sosial pada bulan Mei akan datang. Tak sabar-sabar rasanya!
- Selepas berakhirnya meeting, saya bergegas pula ke DSS, menghadiri majlis penutupan tu. Apa yang saya buat di sana? Duduk-duduk jelah. Boring, jadi saya cuba nasib untuk minta kamera DSLR dari pensyarah Encik Abu Bakar. Secara tidak langsung, saya menjadi jurukamera. Nasib baiklah saya memang tahu guna kamera tu walaupun tak seberapa expert. Saya masih ingat lagi cara untuk 'bermain-main' dengan aperture, shutter dan ISO. Semuanya kerana jasa Tn.Hj.Khambali (pensyarah Teknopen yang ajar kami tahun lepas). Terima kasih encik! Jasamu dikenang!^____^
- Alamak, bapa saya call pula! Kami belum lagi habis majlis penutupan tu, bapa saya datang. Kalau nak tahu, kereta saya dah 3 hari tersadai. Betri memang dah weak. T_T Dalam tempoh masa kereta rosak ni, barulah saya tahu, siapa kawan yang sanggup bersama dan siapa pula kawan yang pentingkan diri. Pengajaran... Bapa saya tukar betri baru, duit saya kopak lagi. Aduss...
- Habis tukar betri, saya balik semula ke dewan. Rasa lain pula kalau balik begitu sahaja. Kesian kawan-kawan JPP yang lain.
- Majlis bersurai pada lebih kurang pukul 4 petang. Balik ke bilik, angkat jemuran, lipat baju sambil menonton cerita korea. Selepas lipat baju, saya makan biskut (minum petang!=p).
- Dalam saya berehat, rupa-rupanya masih ada juga urusan. Saya menghubungi orang sana-sini, dan hasilnya, esok saya terpaksa mengiringi KPLI pergi ke Klinik Voon untuk membuat medical check-up. Nampaknya esok pun belum tentu saya dapat rehat sepenuhnya...
- Pukul 6 petang, saya mandi. Basuh baju dan sidai. Siap semuanya, saya mula masak mi. Guna apa? Biarlah rahsia. Sini kan ada bilik pantry.. Apa-apa jelah.
- Saya ni makan agak lambat. Makan mi sepatutnya 15 minit je, tapi saya ambil masa 30 minit. Saya makan mi sambil tengok cerita korea. Hehe..
- Selepas makan, saya online.. Sekaranglah masa rehat saya. Selepas online ni, saya nak pergi berus gigi dan cuci muka. Lepas tu, nak tidur...^__^
Semoga esok memberi saya lebih pengalaman berharga untuk saya bersiap-sedia menjadi guru. Menjadi seorang guru, bukanlah senang tau. Mak saya guru, jadi saya tahu bagaimana rutin hariannya. Selain sebagai guru, beliau juga sebagai ketua panitia BM, guru SPBT, guru disiplin; dan sebelum ni dia pernah jadi warden. Memang banyaklah tugasnya. Belum lagi dilihat tugasnya yang lain, seperti membantu PK (kadang-kadang PK ni ada kerja yang dia tak tahu buat) jadi mak saya membantunya kerana beliau sudah ada pengalaman. Go Mummy, Go!!!
._.