Followers

Friday, August 31, 2012

Terima Kasih Abang..^__^

Salam merdeka..
Hari ini saya dapat menikmati broadband....MAXIS!! Terima kasih abang tersayang, Hardy Fediller...^__^

Untuk pengetahuan semua, tahun ini merupakan tahun pertama dia bekerja, sebagai seorang pendidik. Nasib baiklah dia tak lokek, bagi broadband ni pada saya untuk saya guna. Hihi.. 


Semoga dia tidak mengalami sebarang masalah berat di tempat kerja, sentiasa dimurahkan rezeki dan sihat-sihat selalu..=)
Bergambar dengan mummy kesayangan..^^

Ini dia 'my big bro'.^^

._.

Malam Merdeka Raya..^_^

Saya tak jadi balik kampung semalam, sakit kepala. Maklumlah tak cukup tidur kerana menyiapkan kerja kursus (saat-saat akhir okey!). Selepas tidur sepanjang hari, malamnya saya menjadi aktif. Alang-alang tak balik kampung, saya melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh JPP IPG Kampus Tun Abdul Razak yang tercinta ini. Malam Merdeka Raya!=)

Sehari sebelumnya, kami menghias gerai masing-masing.. Setiap kumpulan ada gerai..=)

Antara rakan yang hadir


Ini dia kada raya yang saya buat! Cincai je, tiada bakat.. Yang ini hasil pertama.
Kedua.. Mood agak okey masa ni, sebab tu lukis 'cantik' sikit.

Ketiga.. Semakin cincai pula..

Dan keempat... Semakin malas nak melukis. Haha!

Ini pula kad raya yang lebih besar dari tadi. Saya disuruh buat, buat jelah macam ni.XD

Gambar di bawah pula gambar-gambar Malam Merdeka Raya.. Jom lihat...^__^
Rakan sekelas perempuan yang datang hanya Anne (yang berbaju putih tu) sahaja, termasuk saya hanya dua orang. Yang lain balik kampung berkepit dengan mak. Hehehe... Jangan marah sayang ~


Dia ni normal, tapi dia suka buat muka pelik. Eh, Jo, saya baru perasan kamu menyibuk di belakang. Haha..

Pensyarah kami, Encik Md Nasir..=)

Yang bertudung hitam tu ialah Puan Habibah Noor.. Dia sangat baik.. Selepas sembahyang Jumaat nanti kami pergi beraya ke rumah dia pula. ^_^

Mereka berdua ni, rakan sebilik.

Antara junior yang bertandang ke gerai kami. Yang paling kanan tu, junior Sains Sosial, Sasha..=)

Menikmati juadah..
Masa ni, wakil kumpulan kami (Aboy) mengucapkan kata-kata kemerdekaan. Tapi saya malu nak ambil gambar di depan tu, ambil dari belakang saja. Snap! Gambar kepala Pawi (halus-halus) turut masuk.
Nampak tak lelaki berbaju merah yang kelihatan seperti bersenam tu?
Dia bukanlah bersenam, tetapi berlagak seperti inductor. Hehe.. Masa ni kami menyanyikan lagu Tanggal 31.


Bersemangat nampaknya..

Lagu Negaraku!

Nampak tak insan yang berdiri di sebelah 3 orang gadis bertudung tu? Dialah pengarah IPG kami, Bonda Hamsiah bt Abdullah Masni. Untuk pengetahuan semua, beliau ialah Cina Islam..=)
PISMP 1109!!!^__^ Paling senior sekarang ni. Haha.. Saya jugalah tu..
Kumpulan GSTT.. Teruskan perjuangan anda!=)
Memang seronok. Sebenarnya, saya agak sakit kepala pada masa tu. Tapi, daripada saya terperap sahaja di bilik (makin menambahkan sakit kepala!) lebih baik saya keluar dari sangkar sekejap dan bergaul dengan warga IPG. Tak lama lagi saya tamat pengajian dan mungkin tiada peluang lagi untuk berinteraksi sesama guru pelatih. Jadi, saya menggunakan peluang ini sebaik-baiknya. Hehe..

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE-55...^____^V

._.

Thursday, August 30, 2012

Kebanyakan, Bukannya KebanyakKan

Salam sejahtera..

Sementara menunggu jam 8.30 malam, saya ingin berkongsi ilmu untuk penambahbaikan penggunaan ejaan bahasa Melayu yang kita sering gunakan dalam blog kita. Seperti tajuk yang dipaparkan di atas, saya selalu melihat kita blogger sering salah eja - kebanyakan menjadi kebanyakkan. Sebenarnya, salah tau.. Kenapa? Okey, kita lihat contoh perkataan yang lain :
  1. kebaikan (bukannya kebaikkan)
  2. keburukan (bukannya keburukkan)
  3. kemasukan (bukannya kemasukkan)
  4. kerosakan (bukannya kerosakkan)
  5. keretakan rumah tangga (bukannya keretakkan)
  6. kelayakan (bukannya kelayakkan)
Dah tahu? Penerangannya, tiada kata apitan ke...kan dalam bahasa Melayu. Sebaliknya, ke...an barulah betul. Jadi, tak payahlah kita tambah "k" tu ya..=)

Keliru? Ada perkataan yang memasukkan 2 "k"? Alasannya, kerana kata dasar tersebut ditambah menggunakan kata apitan me...kan, men...kan. Contohnya :
  1. meletakkan (bukannya meletakan)
  2. mencantikkan (bukannya mencantikan)

Dah tahu? Sama-samalah kita belajar ya.. Demi memartabatkan bahasa Melayu baku kita.=)

Terima kasih kepada buku rujukan TATABAHASA DEWAN.^_^

._.

Gara-gara Facebook...

Selamat petang.. Bagi yang masih tidur tu (maklumlah tak ada kerja.. Haha!), bangun!!!

Saya suka blogwalking kalau ada masa terluang. Selepas blogwalking tu, saya akan meninggalkan jejak (komen la.. Hehe). Tapi, saya online guna wireless IPG saja. Dan kalau dah namanya online secara percuma, pihak kepunyaan wireless berhak block apa-apa saja yang dirasakan perlu. Dan inilah kesannya :



Nampak tak? Sepatutnya ada link "like" kalau tak silap. Tapi inilah tanda-tanda akses dihalang. Tiada link "like" tu. Huhu.. Saya suka baca blog mereka ni. Tapi, kena tunggu pukul 5 petang, barulah saya dapat buka mana-mana blog yang kena halang pengaksesannya. 

Bukan apa, pengaksesan Facebook hanya dibolehkan selepas pukul 5 petang. Jadi, saya boleh tekan link "close" bagi membolehkan saya mengakses blog mereka. Apa boleh buat ~ ~


._.

Tips Mengekalkan Persahabatan

Sepanjang tempoh saya di sekolah dan IPG ini, saya melalui pelbagai pengalaman pahit manis dalam persahabatan yang menjadikan saya lebih matang dan berpengalaman. Lebih-lebih lagi setelah lebih dari 10 tahun tinggal di asrama. Haha! Di sini saya ingin kongsikan tips yang saya amalkan tentang bagaimana untuk mengekalkan persahabatan. Sekadar pendapat saya ye.=)

  • Tidak terlalu rapat dengan seseorang. Contohnya, kita ke sana ke mari hanya dengan sahabat itu sahaja. Sebabnya, jika terlalu rapat dengan seseorang itu, sahabat yang lain sukar untuk mendekati kita.
 
  • Jangan mengaibkan sesama rakan. Contohnya, si A menceritakan perihal si B kepada si C. Kemudian, apabila si A berjumpa si B pula, dia mengaibkan si C. Apapun, tak eloklah. Apa perasaan kita pula kalau kita diaibkan oleh rakan kita? Sedih dan kecewa kan?
 
  • Jangan terlalu ego. Dengan kata lain, kita perlulah saling mengalah dan memaafkan. Lebih-lebih lagi kalau sudah terang ianya merupakan kesilapan kita. Minta maaflah.. Kalaupun sahabat itu tak mahu memaafkan kita, sekurang-kurangnya kita dah minta maaf dengan seikhlas hati..=)
  • Jangan kedekut untuk memuji. Siapa yang tak sukakan pujian kan? Katakanlah si sahabat memakai baju baru hari ini. Tak salah kita memuji. Pujilah dengan ikhlas, sekurang-kurangnya kita peka terhadap sahabat kita tu. Kalau malu nak puji pun, beritahu macam ni, "Wah, awak pakai baju baru hari ini!" Senang saja kan? Hehe..
 
  • Cemburu tak salah, tapi biarlah cemburu yang positif dan bertujuan untuk memajukan diri kita. Katakanlah sahabat kita tu sangat cerdik dan selalu mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan. Kita cemburu tanda kita ambil berat tentang pelajaran kita. Jadi, tingkatkanlah prestasi diri. Jangan pula kita bermusuh dengan kawan kita tu. Minta tips kejayaan dari dia.
 
  • Senyuman itu penting! Sentiasa murah dengan senyuman, jangan murah dengan kemasaman di muka. Tapi ingat, jangan menipu diri sendiri. Kalau kita ada masalah, berterus-teranglah kepada sahabat bahawa kita mempunyai masalah. Taklah dia tertanya-tanya, "Kenapa muka dia masam je hari ini? Marah pada akukah?" Kesian sahabat itu..
 
  • Jangan mementingkan diri sendiri. Mungkin kita mendapat sahabat yang mementingkan diri, tapi kita jangan begitu. Tunjukkanlah contoh yang baik di hadapan sahabat kita itu. Suatu hari nanti, dia akan sedar akan sifat tak eloknya itu dan mengubahnya.
 
Inilah tips mengekalkan persahabatan dari saya. Ya, kita bukanlah sempurna. Saya sendiri penuh dengan kekhilafan, tapi sama-samalah kita berusaha agar persahabatan sentiasa terpelihara. 
 
Lagipun, memang senang untuk mendapatkan sahabat berketawa gembira, tapi sukar untuk mendapatkan sahabat yang mampu bersama kita sewaktu kita mengalami masalah atau kesusahan. 
 
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 ya..=)
 
._.

Wednesday, August 29, 2012

Saya Mengandung?(-_-)

Sepanjang hari ini saya sibuk dengan penyiapan kerja kursus yang perlu dihantar esok. Sepatutnya saya harus buat kerja awal untuk mengelakkan pertembungan kerja, tapi saya ni tak serik-serik lagi dan suka buat kerja saat-saat akhir. Jangan amalkan okey!

Letih, saya pun berehatlah baring-baring dan belek-belek gambar dalam telefon bimbit. Terjumpa gambar yang pelik ini!


Tengok, tengok! Nampak macam orang mengandung kan? Tapi masih belum sebesar perut Kak Zie dan Kak Sunshine la... Hahaha... Tak lama lagi mereka akan melahirkan anak. Anak sulung pula tu.. Semoga selamat semuanya...^__^

Eh, gambar di atas tu, bukan gambar saya mengandung ye. Mungkin fesyen baju tu yang membuatkan saya nampak mengandung. Tak pun, perut buncit selepas makan. Ahahahaha!!! Kahwin pun belum okey, ada hati nak memiliki anak sendiri. Jauh lagi. Kerja dulu. Sekarang nak sambung buat kerja. Selamat petang..=)

._.

Kegemaran Saya ~

Selamat pagi!^__^

Bersyukur kerana kita masih berpeluang untuk menikmati hari ini kan??=)

Lihat gambar di bawah ni :

Benda yang comel ini merupakan hadiah hari jadi daripada rakan yang cantik tu, Cik Angela Devi. Kacukan India-Iban tau..;)

Comel kan? Sekarang, kita tengok apa yang ada di dalamnya.

TADAAAA!!! Ini dia kegemaran saya. Mengumpul anting-anting aka barang kemas. Hahahaha! Kesian bakal suami saya nanti. Ini ialah Silver 925. Tak mampu nak beli emas. Huhu... Untuk pengetahuan kalian, saya tak dapat pakai barang kemas yang dihasilkan daripada benda lain selain daripada emas dan perak. Gatal-gatal kalau guna...T___T

Pilihan saya pagi ini ialah anting-anting bulat ni. Mak saya hadiahkan kepada saya sempena raya lepas. Mengada-ngada je minta hadiah raya. Haha! Disebabkan ianya masih baru, saya memang pakai ni tiap-tiap harilah.=p

Cantik kan? Saya bukan nak menunjuk-nunjuk, saya nak berkongsi kegemaran saya ni.=)


Semoga hari ini merupakan hari yang memberi pengalaman yang bermakna buat kita semua...^___^v

._.

Tuesday, August 28, 2012

"Semenanjung Anti Sarawak?"

Hmmm... Memang sensitif untuk dibincangkan. Saya terjumpa ni dalam New Straits Times tadi. Dipaparkan pada 25 Ogos yang lepas. 

Tak sangka pula ada perkara sebegini. Lalu saya log in Facebook saya.. Semua sudah sedia maklum, saya buka Facebook hanya untuk kegunaan kelas. Tapi kali ini salah guna sikit.. Rasa ingin tahu..=p

Tapi saya cari, tak ada pula. Dah dibuang kot.. Hahahaha! Lepas tu, taip saja 'anti', saya jumpa la pelbagai group yang menunjukkan betapa tak matangnya mereka. Ahlinya pula kelihatan seperti remaja je.  Remaja. Acuan negara.

Beberapa hari lagi kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-55. Kalaulah Malaysia ni manusia, tentu dia sangat kecewa lihat kita begini kan? Bagaimanakah agaknya acuan negara kita pada masa hadapan? Saya harap semoga Malaysia sentiasa dalam keadaan aman makmur dan sejahtera.. Sama-samalah kita berusaha berganding bahu.=)

** Saya banyak rakan dari Semenanjung tau.. Melayu, Cina dan India. Malah kami saling menghormati. Teringat pula seorang cikgu dari Semenanjung di tempat saya menjalani praktikum sebelum ni. Manja je suara dia. Hehehe... Tapi dia baik dan selalu bagi nasihat pada saya. Raya lepas dia kahwin tau.. Orang Kedah.. Tahniah ye kak... Semoga berbahagia... Kak Rocky (Kak Rokiah), jangan marah saya post pasal akak di sini...=p

 

Okey, log out dan buat kerja! LIYA RAJIN!! Wah~

._.

Telur Dadar Yang Hangit

Salam ~

Dah makan? Kalau dah, makan apa tadi? Minta sikit boleh? Hahaha... Saya pun dah makan, jadi jangan risau saya akan habiskan makanan kalian ye..=p

Telur dadar yang hangit. Itulah makanan saya tadi. Bukan hangus ye, hangit. Memang berbau hangit. Nampaknya masih kena belajar banyak. Siapa sudi ajar saya?? Hahahaha!!!


Psst... Nampaknya dah dua hari tak makan nasi. Tengok sampai bila saya boleh tahan. Huahuahua..=D
 
._.

Cara Cas Bateri Laptop Dengan Kreatif

Salam sejahtera ya.. Harap sihat-sihat selalu..=)

Nampak tak tajuk di atas ni? Bukan main gempak lagi.. Tapi, macam ni je.. Tak perlu tenaga yang lebih, tak perlu duduk, tak perlu guna tangan. Kreatiflah tu....=D

Sorry ye, stoking tu dah buruk, sebab tu warnanya macam tu. (Ciri-ciri perempuan yang malas memberus stoking.)

._.

Kuih Raya Tanda Sayang?

Selamat tengah hari semua.. Dah makan? Belum?? Saya pun belum juga tau... Rasanya saya takkan makan nasi... Sedih, pilu, terharu, sebak bercampur menjadi satu... Tapi, saya teringatkan kuih raya yang seorang teman bagi tadi. Dalam satu tupperware.. Special tau... Dia bawa 2 bekas tadi - 1 untuk dimakan bersama rakan sekelas, 1 pula untuk saya.. Dia tahu saya suka makan kuih raya. Hihi.. Terima kasih ya!^__^

Sebenarnya saya keseorangan saja dalam kelas ni. Menyiapkan kerja yang tak siap-siap. Minggu ni memang sibuklah. Semakin akhir tahun, semakin sibuklah kami nanti. Disebabkan kesibukan ini dan saya tak sempat nak balik/ keluar makan, saya makan ni jelah. Inilah penyelamat perut saya buat masa ni. Sebab tu saya sayang teman saya tu.. Kerana kuih raya ni la, saya tak rasa lapar. Hehe..

Saya tak tahu pula apa nama kuih raya ni. Yang saya tahu, makan je. Syukur ada makanan.. Bersemangat sikit buat kerja...^__^v

._.

Monday, August 27, 2012

Apa Kaitan Nanas dan Ulser?

"Kalau kena ulser mulut tu, jangan makan nanas."

Itulah yang orang-orang tua selalu katakan kalau dalam mulut kita tengah ditumbuhi ulser dan masa tu ahli keluarga tengah makan nanas. Maka, menelan air liur jelah. Tak dapat makan nanas sebab tengah ada ulser mulut. Kenapa ya? 

Saya suka makan nanas. Nak kata buah kegemaran, tak juga. Tapi nanas keluaran kampung kami memang manis dan sangat menyelerakan! Dua hari lepas, mulut saya baru saja ditumbuhi ulser. Eh, bukan mulut, tapi lidah. Sakit weih.. Nak cakap pun susah. 

Kebetulan pada masa tu, pak cik saya bagi buah nanas pada kami. Bapa saya pun potong la buah nanas tu dan suruh kami makan. Lepas tu, saya tanya, boleh makan nanas ke kalau kena ulser? Mak jawab, jangan. Itu petua orang-orang lama.

Kesiannya saya. Mak tahu saya suka nanas, lalu dia suruh saya bawa 4 biji nanas balik ke IPG. Lalalala... Tadi, sebiji nanas dah berbau. Dah masak benar nampaknya. Tapi, ulser masih ada!T__T

Tak tahan lagi, saya pun potong la nanas tu. Makan bersama roommate. Nyum nyum nyum... Dah tak kisah lagi. Hehe... Lepas makan tu, saya risau pula. Lalu, saya Google. Jumpa! Ini dia jawapan kepada persoalan saya ini. Lalalalala...

Tengok! Nanas jadi rawatan kepada ulser pula... Rujukannya di SINI.
Di sini dinyatakan antara punca ulser ialah alahan kepada nanas. Sebelum ni saya tak makan nanas pun. Mungkin ada beberapa orang yang alah la.. Hehe..=p

Di sini juga saya ingin kongsikan tips bagi mereka yang sering terkena ulser tu. Saya pun kadang-kadang diserang ulser ni, jadi saya dah biasa. Tapi disebabkan tips yang saya amalkan ni, ulser di mulut saya ni selalunya tak lama, ianya cepat sembuh.=)
  1. Berkumur guna Listerine sebelum tidur malam.
  2. Larutkan garam, celup dengan putik kapas dan sapu pada bahagian ulser tu.
  3. Semua tahu kan, madu amat berkhasiat. Amalkan minum air madu..=)

Selamat mencuba ya!

._.

Blog Terbaik!!!^__^