Followers

Sunday, April 25, 2010

Momot in Memory ...

Malam ini memang saya agak sibuk dengan penyiapan amali PJM3106. Walaupun bukan main banyak lagi gambar rajah yang saya label-label, tapi kalau ada ujian, confirm saya tak dapat jawab pun, melainkan kalau saya belajar bersungguh-sungguh! Ketika boring-boring dan berehat seketika, saya melihat gambar-gambar lama dalam laptop. Lihat juga gambar-gambar lama saya tahun 2007-2008-2009. Memang masih muda ketika itu. Hihi.. Sekarang dah berumur 21 tahun, nampaknya saya kena beringat, yang saya ni bukannya semakin muda pun.. Bila-bila masa penyakit datang menyerang walaupun hanya kecil.. Melenconglah pulak. Cakap pasal 'Momot' ni, ianya ialah seekor kucing jantan peliharaan keluarga kami. Kucing ni sebenarnya ada 6 adik-beradik : Maman, Momot, Manja, Putih, (yang lain saya lupa sebab mereka mati semasa masih kecil lagi..). Momot memang comel sekali, walaupun namanya momot. Selepas beberapa minggu mengharungi hidup, hanya 3 ekor sahaja yang mampu bertahan iaitu Maman, Momot dan Putih.

Suatu hari pada waktu cuti (hujung tahun lepas), saya mendapati ada sedikit kecederaan pada bahagian belakang Momot. Saya ingatkan hanyalah sakit biasa, mungkin ianya ada bergaduh dengan kucing jantan yang lain walaupun masih kecil. Selang beberapa hari, luka tersebut semakin dalam dan menjadi lubang kecil. Saya mula berasa sebak apabila Momot mengalami kesukaran untuk berjalan dan kedua-dua kaki belakangnya memang seperti tidak dapat berfungsi lagi. Semakin lama, lubang itu semakin bernanah. Saya hanya mampu menahan air mata melihat penderitaan Momot, andainya saya mampu, memang saya akan menghantarnya berjumpa dengan doktor haiwan demi mengurangkan penderitaannya itu. Bapa saya berusaha untuk mengubatinya dengan menggunakan kaedah tradisional dengan menyapu daun ubat. Beberapa hari kemudian, luka tersebut agak sembuh, tapi Momot tetap tidak dapat berjalan seperti biasa. Hmmm... Sebak rasanya mengingatkan penderitaan Momot tu. Kemudiannya, semakin hari luka Momot bertambah teruk dan nanahnya meleleh. Kami tidak dapat nak berbuat apa-apa. Kami hanya menyediakan kotak untuknya berehat dan makanan yang sedap untuknya. Namun, Momot seperti tidak berselera untuk makan. Selepas itu, bapa saya membawa Momot ke tempat kerjanya untuk dirawat di sana. Saya tahu, sebenarnya bapa saya tidak mahu kami bersedih melihat penderitaan Momot. Bulan Januari 2010, saya meneruskan perjuangan sebagai seorang guru pelatih. Balik saja ke kampung pada hujung minggu, bapa saya memberitahu berita yang amat menyedihkan, Momot sudahpun mati selepas tidak makan untuk beberapa hari. Saya sungguh terharu... Momot baru sedang meningkat dewasa, tetapi terpaksa mengalami penderitaan sebegitu. Kini, adik-beradik Momot yang lain; iaitu Maman dan Putih sudah besar. Maman sudah selamat melahirkan 3 anak pada minggu lepas.

Saya teringat pula kisah-kisah bayi atau kanak-kanak yang mengalami penderitaan dan penyakit.. Pernah juga saya terbaca dalam berita, ada ibu bapa yang sanggup meninggalkan anak di rumah kebajikan kerana anak tersebut tidak mempunyai mata dan hidung (kalau tak silap). Sampai hati mereka! Sedangkan itu ialah zuriat mereka sendiri.. Dan kisah pembuangan bayi yang semakin berleluasa.. Hampir setiap hari berita berkenaan pembuangan bayi dipaparkan, ibarat virus H1N1 yang tidak sudah-sudah. Apakah...?



Momot, kau dalam ingatan ...

._.

Wednesday, April 21, 2010

Pisang Sungguh Berkhasiat!

Sejak dari semalam, saya tiba-tiba mengidam nak makan buah pisang. Sayangnya pasar tamu tak buka, dan pisang yang dijual di tempat lain agak kurang segar kerana dah lalu masak dan ada pula yang masih hijau sangat. Tadi saya keluar lagi cari pisang di DI, tapi tak juga jumpa-jumpa. Kecewanya... Tak tahu lagi nak cari kat mana, terpaksa tahan jelah keinginan ni, esok lusa balik kampung dapat juga makan pisang.. Huhu...

Di sini saya sertakan khasiat buah pisang. Ibu saya suka makan pisang, boleh dikatakan tiap-tiap pagi dia makan pisang sebelum pergi kerja. Saya sendiri pun, kalau ada pisang, saya akan makan pada waktu pagi dan saya dapat menahan rasa lapar sehingga ke tengah hari. =)

Khasiat Buah Pisang

1. Kemurungan

2. PMS

3. Anemia

4. Tekanan darah

5. Mencerdaskan otak

6. Penghadaman

7. Mabuk akibat minuman keras

8. Heartburn

9. Morning sickness

10. Gigitan nyamuk - kulit pisang

11. Saraf

12. Ulser

13. Pengawal suhu badan

14. Perokok

15. Stress/Tekanan

16. Ketuat - kulit pisang

17. Buah kegemaran - Saja je tambah..=p

Rujukan : Nak baca secara lebih lanjut, pergi ke http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-khasiat-buah-pisang.html
Semoga berjaya! =)

._.

Kucing gemuk!!!

Ketika sedang membelek-belek gambar yang minggu lepas (semasa di kampung), saya tertarik dengan gambar seekor kucing gemuk. Comel!!!>_<
Kucing itu ditemui di rumah kawan sepermainan saya semasa kecil, saya panggil kawan saya tu Ninek. Nama kucingnya pula, saya lupa tanya sebab terlalu.. Boleh dikatakan teruja la, maklumlah saya ni peminat kucing. Saya uploadkan gambar kucing tu sebagai koleksi ya! =)




That cat said,"Oni pak sibuk2 bigamar duoh oku bow, tah puan nang oku buda ragi suo yeh!"
Lawa la kucing tu...Hehehe...

._.

Tuesday, April 20, 2010

Pokok Bungaku Yang Hidup Segan Mati Tak Mahu T_T

Pada beberapa bulan yang lepas, saya dan kawan baik saya telah berjanji untuk sama-sama menanam bunga di dalam bilik. Cukuplah dengan anak pokok bunga yang comel sekadar penghias bilik kami. Jadi, pada dua minggu yang lepas, saya pun bawalah anak pokok bunga dari kampung untuk menunaikan impian kami itu. Tapi saya tak bawa tanah! Malas juga nak pergi cangkul-cangkul tanah, lagipun kebetulan petang Sabtu itu memang hujan lebat. Maka bermulalah kehidupan 2 anak pokok bunga yang masing-masing dijaga oleh saya dan Rachel dengan hanya berbekalkan air sebagai 'makanan' pokok bunga kami tu. Pada minggu itu, memang anak pokok kami nampak macam 'demam' je, mungkin hanya dibekalkan air tanpa tanah. Jadi saya balik hujung minggu itu, saya beli gel bulat-bulat (tak tahu apa namanya) yang kalau diisi air, ianya akan mengembang. Saya beri pada Rachel satu paket, dan saya juga guna 1 paket. Walaupun daun-daun pokok bunga saya mula menguning, saya tetap tidak berputus asa untuk menyelamatkannya. Saya buang daun yang sudah kuning itu, dan hanya tinggal 2 kepig daun saja pada pokok tersebut. Huhu.. Dan hari ini, saya melihat perbezaan yang ketara pada anak pokok saya tu. Pucuknya sudah tumbuh sikit! Saya harap anak pokok saya membesar dengan sihat dan gembira.. Setiap hari (sebelum turun kuliah) saya akan meletakkan anak pokok saya itu di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari. Dan pada waktu petang pula saya akan letak balik di atas meja sebagai hiasan dan penghibur bagi saya (kerana saya sememangnya suka melihat tumbuhan hijau!). =)









._.

Thursday, April 15, 2010

Kuku Seseorang

Saya tertarik melihat kuku orang itu, kuku jari telunjuk sebelah kanannya agak 'kurang sihat'. Kalau dulu, memang agak teruk. Tapi sekarang dah ada perubahan, sebab dia ada sapu ubat. Kot.. Hihi.. Saya upload gambar kukunya di sini, sebagai kenangan. Harap dia tak marah ler...


Kenangan 2008

Semalam, ketika sedang belek-belek gambar dalam laptop, saya lihat juga gambar dalam folder 'Krismas 2008'. Dan saya terjumpa gambar candid my beloved cousin, yang lebih dikenali sebagai Nonong/Tonong. Sekarang ni dia kat Kolej Matrikulasi Labuan, melanjutkan pelajaran dan minggu depan baliklah dia ke sini. Lama dah tak bertemu muka dengan dia, mesej pun jarang-jarang. Semoga dia sukses selalu! =)





Nonong, cepatlah balik! Balik mandi sungai. Hehe.. Ma tiwas tiep, oku gan gamarmu dati. Gamar candid bih. Kona mun eh. =p

Friday, April 9, 2010

Kisah Semalam

Semalam saya agak sedih jugalah.. Banyak sangat perkara yang saya fikirkan, hinggakan takda mood nak bercakap pun. Kesempatan meluangkan masa bersama Rachel sedikit sebanyak dapat melegakan hati yang sedang 'huru-hara' ni. Balik semula ke bilik, muram lagi. Alangkah boringnya!!! Ketika sedang menyiapkan amali PJM 3106, Kak Esah pula datang bertandang ke bilik. Bosan katanya. Banyak perkara yang kami bualkan, termasuk hal kucing. Hoho.. Lepas tu dia pinjam drama Korea saya, maklumlah saya ni tak kurang hebatnya dalam mengumpul drama Korea pemberian orang tu. Orang lain ada juga la.. Tapi dia penyumbang terbanyak..

Hmmm, hari ini hari Jumaat. Saya dengar, esok macam ada kuliah ganti je, tapi macam belum pasti juga lerr.. Saya harap mood saya hari ni ok, sebab kalau mood tak ok ni, apa-apa pun saya tak mahu buat. Tapi selera makan tetap sama, tak berubah. Kalau tak silap, sekali je mood saya mengganggu selera makan, tak lama dulu. Apapun, saya harus ceriakan diri! Fighting!!!^_^

Tuesday, April 6, 2010

Tak Tau Nak Buat Apa...?

Hari ini saya terlalu banyak masa terluang. Kelas sampai waktu rehat saja, lepas tu takda pensyarah masuk. Selepas makan tengah hari, saya rehat-rehat lalu baring dan tidur sehingga pukul 3 petang. Biasanya saya akan tidur hingga pukul 4, tapi kali ini bangun awal sejam semata-mata nak inaikan kuku. Hehe.. Begitu senangnya saya hari ini, selepas inai kuku, saya menonton drama korea hingga pukul 5. Lepas tu baru bangun mandi dan cuci pakaian. Sebelum mandi tu, sempat jugalah main dengan kucing. Comel sangat.>_<

Selepas mandi, rebus telur. Makan dengan nasi. Begitulah saya, asal isi perut saja. Yang penting perut tak rasa lapar. Saya sediakan makanan cukup-cukup untuk dimakan saya seorang sajalah, jangan membazir. Nak ajak kawan/roommate makan bersama pun, saya makan telur je..Sungguh tak berkhasiat! Tapi sekarang ni, pukul 9.15pm, saya baru habis makan burger! Perut laparlah pula, maklumlah makan sikit je petang tadi..Huhu..

Imbas kembali, hari ni memang banyak masa terbuang. Ada satu lagi KKP yang belum dihantar, BMM3101, tapi saya.. Hmm.. Maklumlah ada penyakit MALAS! Mulai esok, saya nak mula buat KKP Bm tu. Nak buat sekarang, masih rasa malas lagi ni. Malam ni nak tidur awal juga, esok ada gerko (saya ni ahli KRS). Kami dah ada uniform, tapi belum mula pakai lagi sebab ada orang yang belum tukar uniform mereka (ada yang ketat sangat, ada yang lengannya panjang sangat etc.). Saya tak sabar-sabar pula nak pakai full uniform ni. Tapi kasut saya besarlah pula.. Apa boleh buat. Ada juga baiknya kaki bersaiz kecil (kaki saya saiz 4-5 jerr), tapi saiz 4-5 untuk kasut but susah nak cari! Maklumlah kaki Cinderella. Huahaha..!!

Sekarang ni, saya nak sambung menonton drama korea. Best ceritanya. Hero tajuknya.. Pernah tengok tak? Hihi.. Selamat malam! =)

Friday, April 2, 2010

Ape Nak Jadi? Nak Cerita Dulu Pasal KFC.

Alkisah, hari ni cuti Good Friday. Saya tetap juga bangun awal sebab mata dah automatik terbuka luas pukul 5.30 camtu. Tapi saya bangun mandi pada jam 6. Nak mandi jam 5.30 pula awal, sejuk! Selepas mandi ni saya ada banyak masa lapang. Teringat pula petua yang saya post semalam. Hehe.. Seperti biasa saya melayari internet, masuk ke web kegemaran saya, ehoza.com. Dan saya terjumpa cerita pasal KFC ni.. Maklumlah sebelum ni pun saya pernah trauma nak pergi makan kat KFC sebab saya dapat e-mail pasal ayam KFC yang ada ulat. Tapi tak dapat dipastikan kesahihannya la.. Ada gambarnya, memang meloyakan. Okey, sekarang ni nak cerita pasal airnya pula. Saya copy n paste jelah cerita dari sang pencerita tu..

This afternoon, me, my mother, and my daughters, when to KFC DESA PANDAN, KL. Tempted by the new promotion I ordered 2 cups of 'teh-tarik'/tea.



Enjoying our lunch as usual, and mom had sips of her still hot teh-tarik.. As for me, I waited until i finish my food to drink (so glad that I did coz I cant imagine drinking them). To my surprised when i opened the lid in hope to enjoy my teh tarik, I found 4 small cockroaches.



I am really disappointed by this incident since this is not the first time it happened - *the first time was about how I came back home to find my purchased of cheesy melts bread had greenish fungus on it!!!!!!!!!!!* Then I wrote in to customer service of KFC but nothing was much done. I was offered a meal *BRIBING ME?* in the same branch where they serves fungus bread to customers which was JUSCO CHERAS SELATAN KFC. uhh??!! For Real???



Now I wonder, is it because of its brand and its 'reputation' that KFC, GET AWAY with all this, even when they failed look into coffee machines/teh-tarik machines or whatever that they are serving (my brother had the same experience -yeah series of bad experiences I must say- where he found small roaches in his drink (coffee) in STADIUM CHERAS KFC but he was courteous enough that he only left a complaint to the branch manager) cleanliness? Is what they preach about their restaurants quality attributes CHAMPS - (Cleanliness, Hospitality, Accuracy, Maintenance, Product Quality, Speed of Service) are all scams just so their loyal customers would still go to them? So sick!! What does the service team of QA personnel (aka CHAMPS Recognition Specialist - HOW WOULD YOU EVEN BEGIN TO CALL THEM SPECIALIST) doing? and they even have LLYOD'S REGISTER QUALITY ASSURANCE HACCP - so called FOOD SAFETY Management Program or what?? - even recognized by the MINISTRY OF HEALTH with HALAL certs from JAKIM. Is it halal when there's cockroaches in it?



I am really disappointed - I must say it twice, coz who doesnt love KFC, from babies with their whipped potatoes, to young children like mine, to adult like me, and to elderlies like my mother, we all love KFC. BUT if I have experienced it twice, my family member did too, who knows what goes on in the kitchen of KFC. The thing is, I as a consumer, and a member of this public community, I felt that I have the responsibilities to tell on others out loud, to let them know, *if thats the only way KFC will take more serious actions since my first complaint failed* for goodness sake get a filter or something so roaches wont get to ur machines, but then again, roaches shouldn't be living in KFC anyway, it shows how CHAMPS they are.. I mean clean...



Consumers in Malaysia are almost unheard of. We hardly hear any complaints because we take things too lightly even when it come to our health and safety, or we just keep quite when this org bribe us with a meal, sadly... When you go to the newspaper against this big orgs, they wont put the story in coz this org have 'good repo' with them... so how do we improve????

And when I wrote in to KFC, I am accused to trying to damage the 'goodname' of KFC. As if I was the one to put the roaches in the drink. Coincidently, a family member is working under the same brand, ans was asked to dissolve this matter. And now without him being responsible for my actions, he is 'pressed' by the upper to stop this. I cant help to wonder, what if it happened to their own mother (whom mine had food poisoning, -diarrhea and slight vomiting the same night and was brought to the clinic- and their ownself, wouldnt they do the same as me?

I just want the right thing to happen. Since its not the first time, nothing will change if something is not done.


Regards,
MM

p.s is that why they put the lid on?? so if you open just a little on one side of the lid, you wont see the roaches in the drink??



I'll just leave you with these pics, so you be the judge of this.







Menjadikan saya trauma sekali lagi untuk pergi makan kat KFC!!! Tidak!!!!

._.

Thursday, April 1, 2010

Nak Sihat?? (Untuk Perempuan Saja...)

Saya melayari internet tadi, buka ehoza.com dan masuk bahagian kesihatan. Kemudian saya menemui petua yang saya baru tahu. Saya nak share jugalah, memandangkan ianya perkara yang baik dijadikan sebagai panduan. =)

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, bolehmengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan,malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

Saya dapat dari : http://www.ehoza.com/v4/forum/panduan-kesihatan/32331-untuk-gadis-gadis-yang-nak-sihat.html

Dalam komen kat ehoza.com tu, ada yang bertanya,"Boleh caya ke?"
Tapi ada yang menjawab, "Ambil mana yang logik dan ketepikan yang tak logik."
Jadi, begitu juga saya. Memang ada juga kebaikannya perkara di atas ni. Saya ni kadang-kadang terlalu banyak tidur, terlalu banyak gembira dan terlalu banyak masa lapang. Banyak lagilah yang terlalu banyaknya.. Yang tidak banyaknya ialah minum minuman berais. Hihihi.. Dah nak tidur sekarang. Selamat malam! ^^

Blog Terbaik!!!^__^