Pada hari Khamis, 14 April 2011 iaitu pada minggu terakhir saya di SK Kg Tg Tuang, saya dengan rakan seperjuangan iaitu Kak Cah telah menganjurkan sukaneka kecil untuk murid Tahun 2&3, serta Tahun 4&5. Kiranya '4 in 1' kerana ;
- untuk memenuhi kehendak Jabatan KS supaya membuat sekurang-kurangnya 1 projek
- saya mengajar PJ Tahun 2, manakala Kak Cah mengajar PJ Tahun 3 dalam masa yang sama (0820-0850), jadi kami menggabungkan kelas. Begitu juga bagi kelas Tahun 4&5 (pada jam 0850-0950)
- untuk subjek PSK (Pend.Sivik & Kewarganegaraan) Tahun 5, dalam RPTnya terdapat sub-tajuk sukaneka. Jadi, kami mengaplikasikannya dalam keadaan sebenar (kontekstual)
- mengeratkan ikatan antara murid. Maklumlah minggu terakhir di sekolah. Hehe..
Antara permainan yang kami anjurkan dalam masa yang singkat ini ialah :
-Untuk tahun 2&3, kami menganjurkan acara passing straw dan lumba kereta api yang melibatkan seluruh kelas.
-Untuk tahun 4&5 pula, kami menganjurkan acara tiup belon, lari berganti-ganti (stesen 1:Lari, stesen 2:lari bawa bola,stesen 3:lari lompar anak pagar, stesen 4:lari skipping), passing straw dan lumba kereta api.
Seronok menganjurkan sukaneka macam ni. Walaupun tekak dah kering dan sakit kerana agak susah untuk mengawal budak, tapi dengan cara ketegasan yang betul, kerja jadi senang. Walaupun kami hanya 2 orang sahaja, keseluruhannya memang berjaya. Kami tak mengganggu waktu cikgu yang lain, dan tiada apa-apa masalah yang kami hadapi. Syukur..^_^
Menyediakan borang pemarkahan, peralatan
Passing straw, murid Tahun 2&3
Lumba kereta api, murid Tahun 2&3
Penyampaian hadiah untuk murid Tahun 2&3
Giliran murid Tahun 4&5 pula! Meniup belon
Lari berganti-ganti
Passing straw
Comel~~
Lumba kereta api. Untuk pengetahuan semua, ada beberapa orang budak terseret gara-gara rakan di hadapan laju sangat. Saya nervous juga masa tu, takut ada yang cedera. Tapi nasib baiklah tidak ada, maklumlah padang..=)
Bergambar dengan murid Tahun 4&5
Peralatan yang kami gunakan.