Followers

Saturday, June 30, 2012

Apabila Badan Dah Lenguh...

Selamat pagi semua..

Kebelakangan ini, saya terlalu sibuk. Makan tak menentu, tidur tak menentu, rehat pun kurang. Asyik menghadap laptop dan menyiapkan kertas kerja dan apa-apa yang perlu untuk menyempurnakan Program Motivasi Sinar UPSR 2012 di SK Pati. Nasib baik la ada 3 orang lagi rakan guru pelatih yang turut membanting tenaga untuk program tersebut.

Semalam, kami mengemas dan menghias dewan. Program tersebut akan berlangsung pada Isnin ni, jadi kami adakan gotong-royong semalam. Nak bagi arahan pada budak untuk buat itu ini, macam tak sesuai pula. Kesian mereka. Jadi, saya pun turut serta dengan budak dalam bab angkat mengangkat ni. (Kalaulah mak saya tahu saya 'angkat berat' semalam, pasti dia marah. Dia tak suka saya buat kerja berat!) Selain itu, saya juga hias la sikit-sikit. Walaupun hanyalah program motivasi, tapi saya inginkan kelainan..

Balik ke asrama, tidur akibat keletihan. Tak makan langsung. Bangun petang tu..... Lenguh sangat! Lengan, paha, betis.. Semuanya lenguh. Mungkinkah saya yang terlalu manja? Sikit-sikit sakit. Tapi perempuan lain tak buat kerja berat macam ni bah.. Saya ni perempuan, bukan lelaki.. Sedangkan lelaki pun lenguh selepas buat kerja, apatah lagi saya..=(

Malamnya, sebelum tidur, saya sapu Lotion Mustajab - Ginger Extract pada seluruh badan yang lenguh. Saya tidur seawal 10 malam. Bangun pukul 6. Hasilnya, badan dah tak lenguh lagi!^__^


._.

Thursday, June 28, 2012

Petua Awet Muda/ Kecantikan Kaum Bidayuh

Beberapa hari lepas, ada seorang kenalan bertanyakan petua kecantikan masyarakat di Borneo. Sebenarnya, selama ini saya tak terfikir langsung. Hehe..

Jadi, semalam saya SMS mak kesayangan saya tu. Tanya dia, "Mom, kita orang Bidayuh ada petua kecantikan ke?"

Mak saya menjawab, "Tak ada pula. Memang kecantikan yang asli."

Saya berfikir dan berfikir. Takkanlah tak ada langsung? Patut la saya hidup dari kecil hingga besar ni, tak mengamalkan apa-apa petua untuk mencantikkan atau petua awet muda. 

Mungkin ada, tapi tanpa sedar. Contohnya, pantang-larang semasa datang bulan, semasa mengandung, selepas melahirkan anak dan sebagainya. Adakah ianya dikira sebagai petua kecantikan? Haha..

Mungkin juga faktor geografi. Dalam sejarah Bidayuh Singai, orang Bidayuh Singai dulu tinggal di kaki gunung ataupun kawasan gunung Singai tu, untuk menyelamatkan diri daripada musuh. Kawasan pergunungan kan sejuk, sebab itu orang Bidayuh Singai putih-putih. Kot..

**Saya bukan perasan atau syok sendiri ya.. Tapi tak dapat nak dinafikan, kebanyakan orang Bidayuh Singai memang putih-putih.=D

._.

Budak-budak Sekarang...

Selamat petang..

Balik dari sekolah tengah hari tadi, saya dengan pasangan praktikum singgah di pasar Desa Ilmu untuk membeli barang. Semasa dalam perjalanan untuk ke Desa Ilmu tu, kami akan melalui kawasan perumahan. 

Dari jauh, kelihatan tiga orang budak yang berpakaian baju sekolah. Di mulut mereka kelihatan seperti menghisap lolipop. Apabila dah semakin dekat, betapa terkejutnya saya dengan pasangan praktikum! ROKOK! Dengan muka selamba, mereka menghisap dan menghembus asap rokok sambil berjalan. 

Kalaulah saya pegang kamera masa tu, memang saya akan snap gambar mereka! Dalam hati saya, saya rasa marah, kecewa, sedih, terkejut melihat perbuatan mereka itu.

Kalau dilihat dari segi usia mereka, mereka mungkin murid tahun 3 atau tahun 4. Betul! Dah 3 semester menjalani latihan mengajar, takkanlah saya tak dapat agak mereka tu tahun berapa kan? Huhu..

Bayangkan... Murid-murid SEKOLAH RENDAH pun dah pandai merokok sekarang. Salah siapa?

._.

Wednesday, June 27, 2012

Penyelesaian Terbaik Ialah...?


Dalam kesibukan menyelesaikan tugasan yang bertimbun, saya akan mengabaikan makan malam. Apabila perut dah terabai, maka ia pun berbunyi-bunyi meminta makanan pada lewat malam sebegini. Otak mula gagal untuk berfungsi dengan baik, mata mulai rasa kabur. Maka, saya pun mula memikirkan jalan penyelesaiannya.

  1. Makan. Tapi saya tak nak makan lagi kerana saya dah berus gigi. Kalau saya makan, saya terpaksa berus gigi. Malasnya..
  2. Biarkan saja perut ni. Saya pernah mengalami gastrik yang teruk sampai muntah-muntah. Jadi, jangan cari masalah okey..
  3. Tidur. Ya, tidur. Kalau tidur, takkan terasa lapar tu. Tangguhkan penyiapan kerja. Maka, saya simpan segala dokumen dalam beg dan… TIDUR.
 

Agaknya itulah penyelesaian terbaik.=D
Selamat malam!^_~

._.

Wordless Wednesday

ABC Special, RM3.. Nyum nyum nyum ~ ~








._.

Tuesday, June 26, 2012

Diet Makan Saya

Setiap orang mempunyai cara berdiet yang berbeza. Diet tu tak semestinya tak makan okey. Saya turut berdiet, tapi dengan cara yang betul.. Kot.. Haha.. Cuba baca cara saya berdiet ni. Betul ke?

  1. Minum banyak air kosong - Air kosong mengandungi banyak oksigen, jadi bagus untuk tubuh badan..=)
  2. Banyakkan makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan - Yup! Saya memang suka makan sayuran dan buah-buahan..=)
  3. Kawal tahap pengambilan makanan - Selalunya saya ambil nasi sedikit je (sebesar genggaman tangan).
  4. Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang - Amalkan selalu..
  5. Elakkan mengambil minuman tin/ bikarbonat - Air seumpama ni mengandungi gula yang sangat banyak dan salah satu daripada penyumbang penyakit!
  6. Bersenam - Saya mempunyai gelung rotan dalam bilik. Tapi amalan bersenam ni kadang-kadang je saya amalkan..=p

**Sekarang ni masih boleh dikatakan slim lagi. Tapi kalau saya dah berkahwin dan beranak kelak?? Masih boleh kekalkan ke??=D

._.

Elaun Keluar Minggu Depan?

Selamat petang ~

Hati agak senang. Tapi hari ini memang menyenangkan saya. Kan bagus kalau hari-hari berlalu tanpa saya rasa marah ataupun benci. Hehe..

Baru tadi saya mendengar berita yang lagilah menyenangkan saya. Walaupun berita tersebut belum sahih, sekurang-kurangnya berita tersebut ada, iaitu elaun mungkin keluar minggu hadapan.

Moga-moga elaun keluar minggu hadapan. Saya ingin menyiapkan projek internship dengan bajet yang mencukupi dan sempurna.^_^

._.

Bersyukur

Selamat pagi semua..

Pagi ini mood saya berada pada tahap yang sederhana, konsisten.. Biasalah, mood saya ni selalunya naik turun. Tapi awal-awal pagi macam ni, bangun awal, mandi awal, jadi rasa tenang je..=)

Saya bersyukur kerana masih dapat membuka mata pada pagi ini untuk menghadapi dunia yang penuh dugaan ini. 

Saya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik, masih mampu berlari ke sana ke sini, diberi fizikal yang sempurna.

Saya bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa yang tercinta, adik-beradik yang comel dan memahami (huaha!) serta saudara-mara yang rapat serta sentiasa membantu di saat kesusahan.

Saya bersyukur kerana dikurniakan kawan-kawan, tak kiralah yang baik ataupun yang buruk. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan pengajaran. Saya bersyukur kerana mengenali mereka.

Saya bersyukur kerana diberi kehidupan seperti sekarang ini. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan, saya akan sentiasa berusaha untuk menanganinya dan memperbaiki kelemahan yang ada.

Saya bersyukur kerana mempunyai anda yang membuatkan saya sentiasa tersenyum bahagia.=)


._.

Monday, June 25, 2012

I Will Forget You

So it's like this
I will forget from today on
You are
Just like have not meet
Even if we meet in the future
And it may not even be a brief encounter

I am fine
I already forgotten
I am happy in this busy world
Here I have encountered love

Love is like this
Becoming weaker and weaker
It will be forgotten by people

Talking about love
There will be others coming
It will surely be like this
Even if it hurts now
As time passes
The wounds will be healed

Talking about love
There will be others coming
Definitely be like this
Even if it hurts now
Time is passing by
Wounds will healed

Will be like this
I will forget
I will also like this
 
 
Saya suka dengar lagu ini. Saya mula dengar dari Kdrama Heartstrings. Dah la Park Shin Hye menyanyi sambil terkeluar air mata dia, membuatkan saya terasa sebak. Terus saya teringatkan seseorang... Tapi takda la pula air mata saya keluar.. Hehe..
._.

Kejadian Pelik Di Saat Azan Dilaungkan

Salam sejahtera dan selamat pagi ~

Pagi ini, saya bangun seawal jam 5 untuk mandi dan bersiap-siap untuk ke sekolah. Pada kali ini, roommate turut ulang-alik dari asrama ke sekolah. Pada praktikum yang lepas, dia tinggal di luar, rumah sewa. Maklumlah sekolah praktikum agak jauh dari IPG.

Cerita saya ini bukanlah pasal roommate yang ulang-alik, sebaliknya mengenai sesuatu yang menakutkan saya setiap kali terdengar bunyi azan dilaungkan. Pada awal pagi ini, azan dilaungkan kira-kira pukul 5 lebih la. Saya dengan roommate terus teringat kejadian yang telah berlaku di saat azan dilaungkan.

Cerita pertamanya ialah mengenai adik saya yang berada di sebuah IPTA. Petang itu, dia dengan turun ke cafeteria untuk membeli makanan di saat azan maghrib baru nak berkumandang. Kedengaran sahaja suara muazzin, masa tu juga bunyi anjing menyalak panjang!

Adik saya kata, masa tu memang menyeramkan. Bunyi anjing tersebut sangatlah kuat dan lain macam -> Macam bunyi serigala semasa bulan mengambang tu.. Yang peliknya, di sekitar asrama tersebut tiada anjing pun. 

Masa anjing menyalak tu, terus azan dihentikan seketika. Selepas itu, orang yang melaungkan azan itu memulakan lagi. Sekali lagi kedengaran bunyi anjing menyalak dengan kuatnya! Menjerit agaknya.. Orang tersebut berhenti lagi. Lepas tu, mereka di masjid berdoa dulu (mungkin untuk mengelakkan kejadian tersebut berlaku lagi). Dan azan akhirnya dapat dilaungkan dengan sempurna kerana tiada lagi bunyi salakan anjing.

Adik saya yang ketakutan terus berlari balik ke bilik. Dia ceritakan kejadian ini kepada saya, dia masih takut katanya. 
  
Cerita kedua pula diceritakan oleh roommate saya sendiri dan berlaku di IPG ini. Kejadian berlaku sewaktu azan subuh. Sama juga, anjing kedengaran menyalak panjang di saat azan subuh nak dilaungkan. Bunyi salakan anjing tersebut lain macam sahaja bunyinya. Yang peliknya, di IPG ni tiada langsung anjing berkeliaran!

Ketika kejadian di atas, tak semua orang mendengarnya termasuk saya sendiri. Tapi ramai jugalah yang mendengarnya. Saya teringat pula kisah bunyi pelik yang 'menghuru-harakan' Samarahan tidak lama dulu, saya sendiri ada mendengarnya. Memang meremang bulu mata! Eh, bulu mata pula. Haha.. 

Sekarang ni saya mengejar masa. Banyak yang ingin diluahkan, tapi sambung lagi kemudianlah. Insaf tak? Insaf tak?=p

._. 

Sunday, June 24, 2012

Rakyat Diutamakan, Kami Jangan Dilupakan

Semalam, ada pihak ASTRO datang ke kampung untuk mempromosikan ASTRO NJOI dari rumah ke rumah. Datang je ke rumah kami, mak saya berpura-pura tidur. Saya sebenarnya ingin lari masuk ke bilik, tapi orang dah bagi salam, jawab jelah. Buka pintu dan layan sekejap mereka tu. Dah namanya tetamu. Haha..

Mereka mempromosikan ASTRO tu... "Bla bla bla bla....di bawah rancangan Najib."

Dengar je nama Najib, saya jadi emosional pula. 

"Rancangan Najib? Peruntukan elaun kami pun dia belum bagi. Nak janji macam-macam lagi?"

Mereka terdiam terkedu. Lepas tu saya daftar nama saja, malas lagi nak mendengar mereka berceloteh. Sekadar daftar nama. Hehe.. Lepas tu kan, mereka balik. Tengok-tengok, mak dah betul-betul tertidur!=D

Saya tak sokong sesiapa, tak ingin juga bangkang sesiapa. Tapi apabila mengenangkan keperluan yang tak dipenuhi, macam-macam rasa ada. Pernah seorang pensyarah berkata apabila kami bertanya tentang peruntukan elaun kami, 

"Tuntutan perjalanan kami pun belum diberi juga. Jadi, harap kamu semua faham."

Pendapat individu saya, pensyarah lain. Mereka ada gaji, tiap-tiap bulan terima gaji.. Kami? Bergantung kepada elaun sahaja. Nak cari part-time, tak boleh pula.. Lebih-lebih lagi kami yang menjalani praktikum dan internship. Lebih banyak bajet diperlukan..T__T 

Mungkin perkara ini agak sensitif. Tak pasal-pasal saya kena tindakan pula nanti. Haha! Apapun, ini sekadar luahan hati saya. Esok nak menjalani internship di sekolah. Doakan kejayaan saya.=)

._.

Antara Kereta Idaman Saya..

Selamat petang, semoga anda semua sihat walafiat..=)

Tinggal beberapa bulan lagi untuk saya menghabiskan kehidupan sebagai seorang pelajar atau lebih dikenali sebagai guru pelatih. Pada tahun hadapan, saya akan mula bekerja dan saya juga seperti orang lain, mempunyai impian untuk memiliki kereta idaman. Buat masa ini, saya guna Kancil je ye. Itupun second-hand, sekadar yang saya mampu bayar. Huahaha! Bukan apa, senang saya guna untuk praktikum, balik kampung dan sebagainya.

Jom intai kereta idaman yang membuatkan saya teruja apabila melihatnya meluncur laju di atas jalan raya!
Toyota Rush! Mempunyai 7 tempat duduk, tapi ianya bukanlah 4WD. Harganya sekitar RM85,888.
Perodua Nautica! Suka sangat dengan ciri-cirinya yang sempurna bagi saya..>_< Tapi rasanya dah tiada lagi yang '1st hand'.. Isk, isk, isk... T_T

Yang ini pun cantik juga. Hyundai Matrix. Tapi ini pilihan ketiga la... Harga boleh tahan. Sekitar RM62,695 - RM64,958.


Toyota Hilux ni hanyalah sebagai 'spare-tyre' je. Kalau saya ditempatkan di kawasan pedalaman tahun depan, maka 4WD yang saya pilih ialah kereta ini..=) Harganya sekitar RM73,255.84 - 90,720.90. Okeylah..

Tapi katakanlah saya mendapat tempat yang nun jauh dari kawasan kemajuan, tiada jalan perhubungan - jalan darat sebaliknya menggunakan jalan sungai, maka saya akan membeli speed boat dan jaket keselamatan sebab saya tak pandai berenang! Hehe.. 


Sekian, terima kasih.=)

._.


Saturday, June 23, 2012

6 Sikap Isteri

Saya mendapat maklumat ini daripada email saya. Suatu hari nanti saya akan berkahwin dan 'naik pangkat' menjadi isteri. Agaknya mana satu sikap kita atau isteri kita ye? Analisis 6 sikap si isteri yang telah saya ringkaskan di bawah ini :




Macam dahsyat je pula kan? Pada pendapat sayalah, memang ada orang yang macam ni, tapi tak semua. Agaknya, teori di atas ni dibuat oleh para suami yang kecewa dengan isterinya kot? Ohohoho..

._.

Cinta Pertama VS Cinta Kedua



Salam kebahagiaan buat semua ~ ~

Saya minum kopi tadi, jadi tak dapat tidur-tidur lagi. Tak serik-serik lagi kan? Haha.. Kopi, sedap.=p

Cinta pertama vs cinta kedua. Itulah isu yang dibangkitkan oleh pensyarah kami semasa kuliah pagi tadi. Topik cinta nampaknya? Biasalah kan, sebagai remaja yang normal sememangnya berminat mendengar topik cinta. Eh, saya masih remaja ke?

Soalan cik pensyarah tadi lebih kurang berbunyi begini :

"Antara cinta pertama dengan cinta kedua, mana satu lebih manis bagi kamu?"

Cik pensyarah taklah tanya semua orang, beberapa orang je. Alangkah baiknya kalau beliau tanya semua orang dalam kelas, nak juga dengar luahan hati setiap rakan. Hehe..

Lepas tu, cik pensyarah berkata,

"Cinta pertama memang sukar dilupakan. Betul kan? Walaupun cinta kedua lebih hebat, lebih manis daripada cinta pertama, tapi cinta pertama itu takkan dilupakan. Betul kan? Kan?"

Seperti biasa, saya angguk je. Kalau tak angguk, mana tahu, dia tolak markah sahsiah pula. Haha!

Tapi saya memang setuju dengan kata-kata dia tu. Cinta pertama sememangnya sukar dilupakan, kerana ianya memberi kita pengalaman dan pengajaran dalam percintaan. Cinta pertama, itulah kali pertama kita bercinta, merasa untuk merindui seseorang yang bukan darah daging kita. Cinta pertama memberi pengajaran kepada kita. Contohnya, kita belajar untuk lebih memahami, memberi dan menerima.

Bak kata cik pensyarah,

"Walaupun menderita semasa cinta pertama, namun dialah yang paling diingati."

Sebabnya, dia adalah cinta pertama kita. Walaupun tak bahagia bersama dia, tapi itulah kali pertama merasai perasaan cinta. Biarpun cinta kedua lebih membahagiakan, tapi cinta pertama takkan dilupakan sampai bila-bila.

Cik pensyarah berkata lagi,

"Cinta kedua takkan sehebat cinta pertama lagi."

Itu ialah pandangan peribadi dia. Pada pandangan saya pula, cinta kedua lebih hebat kerana kita akan sentiasa memperbaiki kelemahan diri kita 'hasil pengajaran' dari cinta pertama. Kita akan menjadi lebih berhati-hati dalam bercinta. Kalau cinta pertama itu cinta separuh mati, cinta kedua itu biarlah sampai mati. Andai ada jodoh la...

Saya kagum dengan mereka yang terus berkahwin dengan cinta pertama mereka. Dah memang jodoh dari awal kan? Hehe..

 Nak tanya, siapakah yang ada di ingatan anda sekarang? Dialah yang anda cintai! (Sekadar teori buatan sendiri je ya, jangan percaya bulat-bulat)

._.

Thursday, June 21, 2012

Jom Melawat Batang Ai!

Pernah dengar Batang Ai? Batang Ai ni merupakan sebuah kawasan empangan hidroelektrik yang terletak di Sri Aman, Sarawak. Cuti Gawai yang lepas saya ke sana selepas balik dari Lubuk Antu.

Saya mendapat gambaran dari abang saya yang pernah ke sana, dia berkata,

"Batang Ai seperti Tasik Biru, Bau juga, tapi ianya berkali-kali ganda lebih besar dan lebih cantik daripada Tasik Biru."

Ya, saya tak menafikan. Pemandangan di sana memang cantik! Jom lihat!



















._.

Kalau Berpindah..

Motosikal pun berpindah kan? Kalau ada saudara yang memiliki kereta pacuan 4 roda, lagi senang. Berbaik-baik dengan dia dan pinjam kereta dia tu untuk memunggah motosikal tu. Hehe.. Macam mana ek? Perhatikan proses di bawah :














Bukan senang tau.. Hehe... Saya je yang senang-lenang mengambil gambar..=p

._.

Pernah Tak Kamu Rasa Marah Tapi...

... kamu tak tahu kamu marah pada siapa?

Seorang sahabat pernah bertanya kepada saya di saat saya diam. Kiranya beginilah dialog kami :

Sahabat : Kamu marah ke?
Saya : Saya tengah menahan kemarahan.
Sahabat : Marah pada siapa?
Saya : Tak tahu..
Sahabat : Marah pada saya ke?
Saya : Tak.. (Dengan nada agak tinggi)

Saya memang rasa agak marah masa tu. Selepas ditanya begitu, saya tertanya-tanya - saya marah pada siapa sebenarnya? Selepas 'didekati' melalui SMS oleh seorang teman, barulah saya luahkan segalanya. Sekarang sudah tenang rasa hati.

Saya tak ingin meletakkan kesalahan kepada sesiapa. Andai ianya silap dia pun, saya tak ingin menyalahkan dia. Itulah kekhilafan dia, itulah kelemahan dia. Kita tak dapat nak salahkan dia, tapi kita boleh tegur dia. 

Saya sendiri sudah biasa terima teguran atas kelemahan saya. Selepas teguran tersebut, saya berusaha untuk memajukan diri. Saya tak ambil hati ataupun menangis ataupun melenting. 

Saya hanya akan menangis atau melenting sekiranya orang memfitnah atau memburuk-burukkan saya dan secara tak sengaja saya mengetahuinya.. Rasa dikhianati.. Saya dah pernah mengalaminya..

Jadi, jangan pendam. Tegurlah secara berhemah wahai kakak, abang dan sahabat yang disayangi sekalian...

._.

Kamu Yang Tak Mengerti...

Selamat petang semua..

Hari ini memang sibuk dengan ceramah pada sebelah pagi, dan taklimat pada sebelah petangnya. Ceramah yang melibatkan integriti, dan taklimat pula berkenaan kajian tindakan. 

Saya ingin menyatakan sesuatu kepada seseorang.. Tapi tak tahu bagaimana. Entah kenapa saya rasakan, kalau berterus-terang salah, tak berterus-terang pun salah juga. Berterus-terang, orang kata saya ni bermulut jahat. Tak berterus-terang, dikatanya mengumpat pula. Dan rasa tak puas hati pun ada. 

Sememangnya semester 8 ini semester terakhir di sini. Semua orang tak ingin ada masalah, saya sendiri pun begitu. Seboleh-bolehnya saya ingin 'hidup senyap-senyap' tanpa mencipta sebarang masalah ataupun sengketa. Saya dah melihat banyak sengketa yang berlaku. Selepas itu saling hipokrit. Tak dinafikan saya sendiri pun menjadi hipokrit. Kenapa? Kononnya untuk menjaga hati...

coba kau dengar
coba kau coba
diam bila ku coba
untuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau anggap
bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati

Kalau saya meluahkan rasa tak puas hati, salah. Kalau saya cakap belakang, lagilah salah tau... Apa agaknya perasaan kamu yang suka bercakap belakang tu - Mendapat tahu bahawa si dia itu bercakap belakang mengenai kamu? Mestilah kamu sakit hati kan? 

Kamu tak mengerti.. Kamu tak alaminya.. Takpa, kalau kamu dah dapat surat tawaran posting nanti, kamu akan alami yang lebih susah daripada itu. Bersenang-lenanglah kamu sekarang. Sekarang kamu di atas, tak semestinya kamu akan di atas selama-lamanya. Sekarang orang pandang tinggi kamu, tapi kalau orang tahu perangai sebenar kamu, hmmm...

Okey, begitulah luahan hati saya.. Terima kasih kerana membacanya..=) 

._.

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday

Apabila cuaca dah panas...






._.

Blog Terbaik!!!^__^