Followers

Tuesday, November 30, 2010

Cuti...

Sekolah cuti, maka laptop saya juga mengambil cuti panjang daripada melayari internet..
Apapun, saya tetap mengambil kesempatan untuk online sekejap (syyhhh) di rumah mak cik. Hehehehe... Selamat bercuti semua.. Bagi yang tak bercuti, kerja elok-elok ya! :)

._.

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha 1438H

(From Google Image)

Skyliya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia.. :)

._.

Tuesday, November 16, 2010

Fakta =)


Sedang melayari blog untuk buang boring, saya terjumpa satu artikel yang boleh tahanlah lucunya. Saya sendiri tersenyum-senyum membaca fakta ni. Tapi rasanya memang betul juga kot. Saya 'copy n paste' jelah, malas nak translate. Hehe..

Men

1. All men are extremely busy.

2. Although they are so busy, they still have time for women.

3. Although they have time for women, they don’t really care for them.

4. Although they don’t really care for them, they always have one around.

5. Although they always have one around them, they always try their luck with others.

6. Although they try their luck with others, they get really pissed off if the first woman leaves them.

7. Although the woman leaves them they still don’t learn from their mistakes and still try their luck with others.


Women

1. The most important thing for a woman is financial security.

2. Although this is so important, they still go out and buy expensive clothes and stuff.

3. Although they always buy expensive clothes, they say they never have something to wear.

4. Although they never have something to wear, they always dress beautifully.

5. Although they always dress beautifully, their clothes are always just ‘an old rag’.

6. Although their clothes are always ‘just an old rag’, they still expect you to compliment them.

7. Although they expect you to compliment them, when you do, they don’t believe you.


Saya sangat setuju dengan fakta tentang wanita tu. Yang pasal lelaki tu, mungkin tak lah, tapi pasal wanita tu memang saya setuju. Haha...


._.

Yay!!!


Peperiksaan dah habis!!
Saya dah tak perlu risau-risau lagi :
"Belum habis ulangkaji lagi ni.."
"Apa yang nak dibaca..??"
"Takutnya...."
"Bilalah nak habis peperiksaan..."


Pssst...Rasa macam saya ni belajar semata-mata untuk peperiksaan saja kan? Mungkin 40 peratus betul, tapi saya jamin, banyak perkara yang saya dah pelajari sepanjang tahun ni, terutamanya dari segi pengajaran mikro dan makro. Saya seronok mengajar. Tetapi saya agak gementar juga, kerana tahun hadapan kami PISMP Sem 5 bakal menghadapi budak sekolah yang sebenar (kerana mikro & makro hanyalah simulasi - main peranan oleh rakan sendiri).

Semoga kita semua berjaya menempuh alam persekolahan (ke, alam pekerjaan? Atau alam 'perpraktikuman'??) ^_^

._.

Saturday, November 13, 2010

Apa Yang Saya Main Semasa Kanak-kanak???

Duduk, duduk, teringat sekali lagi pada zaman kanak-kanak. Saya dulu, semasa di sekolah saya merupakan pelajar asrama dari Tahun 1 hingga Tahun 6 tapi taklah bermalam di asrama. Maklumlah rumah dekat je, rumah guru (yang bertiang tinggi tu, sekarang masih ada lagi). Di situlah saya membesar bersama adik-beradik saya yang lain, bermain bergaduh bersama semuanya di situ.

Di sini, saya ingin singkap kembali zaman kanak-kanak, apakah jenis permainan yang saya mainkan bersama adik-beradik dan kawan-kawan. Kadang-kadang, ada permainan yang langsung tak terfikir pun oleh orang lain. Tak percaya? Jom ketahui betapa kreatifnya kami semasa kanak-kanak dulu. (Selalunya, Mindmasternya ialah si Hardy Fediller. Siapa lagi, my bro laa)

1. Permainan 'Tob'

Permainan ini kalau nak diterangkan dalam bahasa moden, boleh dikatakan sebagai permainan Counter Strike. (Saya dulu suka juga main CS kat komputer, si Hardy yang ajar. Tapi masa tu dah masuk era moden, era kami dah ada komputer.. =p) Balik semula kepada permainan Tob, kami akan bermain bersama-sama anak guru yang tinggal di kuarters. Jiran kami lah tu.. Mereka ada 4 beradik, 2 lelaki 2 perempuan. Sama je dengan kami, 2 lelaki 2 perempuan juga.

Sebelum memulakan permainan, kami akan membahagikan kumpulan - 2 kumpulan, 1 kumpulan ada 4 orang. Cara membahagikan kumpulan, guna kaedah 'oooo,peng!'. Tau? Kalau tak tahu, nasiblah.. Kita lihat contoh kumpulan kami :

Kumpulan A
-Ady (Hardy)
-Tibe
-Kakuong
-Papo

Kumpulan B
-Joy
-Nineq
-Win
-Epik

Selepas membahagikan kumpulan, ketua kumpulan (biasanya Hardy dan Joy yang jadi ketua) akan 'ocom' (Tau kan?) menentukan kawasan setiap kumpulan.

Kawasan A ialah kawasan rumah guru dan kawasan B ialah kawasan dewan makan + kawasan sekolah. Selepas itu, kami akan ke kawasan masing-masing dan bermulalah permainan. Sama seperti permainan CS, kumpulan Hardy akan pergi mencari kumpulan Joy dan begitu juga sebaliknya.

Contohnya, apabila Kakuong menemui Win, dia akan menjerit 'Tob Win!' dan Win akan 'mati' dan keluar daripada permainan. Maka kumpulan Joy dah tinggal 3 orang ahli. Apabila Ady pula menemui Joy, dia akan menjerit 'Tob Joy!' dan Joy pula 'mati'. Sehinggalah ahli kumpulan Joy 'mati', jadi kumpulan Ady pun menang. Hehe.. Tapi permainan ni semakin jarang dimainkan apabila kami dah meningkat remaja kerana Ady dan Joy dah masuk ke sekolah menengah. Dan saya juga semakin tidak berminat dengan permainan ni kerana saya dah ada permainan baru yang saya lebih sukai - Permainan 'Anak Patung'.


2. Permainan Anak Patung

Sebut pasal permainan anak patung ni, tentu ada semua fikir saya bermain anak patung yang dibeli kat kedai kan? SALAH SAMA SEKALI! Saya pun tak sangka yang saya akan terfikirkan permainan macam ni, dan dari mana saya dapat idea macam ni. Saya jadikan DAUN UBI sebagai anak patung! Tak percaya?? Daunnya menjadi 'rambut' dan batangnya menjadi 'badan'. Sebelum bermain ni, ada juga prosesnya tau..

Mula-mula, pilih daun ubi yang cantik dan batangnya yang masih muda. Kemudian, petik dan sidai. Sidai pun ada prosesnya tau.. Kena sidai semasa terik matahari, dan jangan sidai lama sangat kerana akan menyebabkan 'rambut' anak patung jadi tak cantik nanti. Hehe.. Selepas menyidai, maka jadilah anak patung. Tapi anak patung perempuan je. Saya tak pernah terfikir nak buat anak patung lelaki. Maklumlah daun ubi cantik untuk dijadikan rambut panjang..

Proses bermain anak patung ni, saya selalunya menjadikan 'mama', dan 'anak-anaknya'. Dan fesyen rambut mereka juga pelbagai. Ada yang diikat, ada yang kerinting. Cantik... Minggu depan saya akan tunjuk gambarnya. Dan saya selalunya bermain permainan ini seorang diri (semasa kanak-kanak dulu, saya suka bersendirian dan mempunyai ciri-ciri kanak-kanak autisme. Betul.... Tapi saya bukan autisme la, beberapa ciri je yang saya ada).

Untuk pengetahuan semua, sekiranya pokok ubi 'musnah' kerana ibu memetik daun pucuk ubi untuk dijadikan sayur, saya tetap ada alternatif lain. Saya akan cari pula daun pokok betik. Dan cara bermain daun betik pun berbeza. Saya selalunya akan membuat pembedahan terhadap daun betik tu, kononnya doktor bedahlah. Tapi selalunya my big brother akan menyibuk juga nak jadi doktor. Haha...

Selain memetik daun-daun untuk dijadikan anak patung, saya turut menggunakan kain sarung. KAIN SARUNG??? Ya.. Saya dapat idea ni dari rakan sebaya. Tapi hasil pertanyaan dari rakan yang lain (yang sekarang) mereka juga bermain anak patung dari kain sarung).


3. Permainan Cikgu

Saya juga bermain permainan ini semasa sekolah rendah. Secara tidak langsung, saya telah 'membuka pusat tuisyen' yang percuma kepada junior saya semasa sekolah rendah. Saya bermain permainan ini semasa saya berumun 11-12 tahun dan 'mengajar' budak-budak Tahun 3, 4. Seronok jugalah, mengajar mereka subjek BM, Matematik dan Sains kerana nak ajar subjek BI, saya bukannya pandai dalam BI masa tu. Permainan nilah yang paling berfaedah bagi saya kerana secara tidak langsung, saya sendiri dapat belajar. Dan sekarang pun saya sedang menjalani kursus perguruan! Hehe..


4. Permainan Masak-masak

Permainan ini dimainkan oleh ramai orang, dan biasanya kami perempuan je yang suka main permainan ni. Dan kami akan memaksa kawan-kawan lelaki (walaupun seorang dua je) ikut permainan ni, termasuk adik lelaki saya. =p

Permainan ini memerlukan tenaga, masa dan kesabaran. Kenapa? Kami bermain permainan ini di bawah rumah guru (maklumlah tiangnya tinggi). Kami bermain pada waktu petang, dari pukul 4 hingga 6 petang. Semasa permainan, kami akan melaksanakan watak masing-masing (teknik main peranan). Contohnya, saya akan jadi ibu dan adik saya akan jadi anak.

Sebelum memulakan permainan, kami akan menyusun meja dan kerusi untuk dijadikan rumah. Amazing, kerana kami akan menyusun meja-meja (meja-meja tu dah tak digunakan lagi) menjadi lantai rumah, dan kami akan bermain di atas meja-meja yang disusun tu. Sebab tu permainan ni memerlukan masa dan tenaga, kerana kami perlu menyusun meja dan kerusi dulu.

Kesabaran, kesabaran itu diperlukan apabila mak cik (dia tukang masak di sekolah) selalu masuk campur dan merosakkan permainan kami atas alasan kami mengotorkan bawah rumah kuarters guru.. T_T
Saya selalu mengatakan yang dia cemburu, kerana kami tidak mengajak anaknya bermain. Maklumlah kami masih budak-budak masa tu, saya boleh dikatakan agak nakal. Haha!

Kalaulah pada masa tu ada telefon bimbit (sekurang-kurangnya laa), pasti saya dah ambil gambar suasana permainan tersebut dan simpan sebagai kenangan. Memang menyeronokkan kerana ada 'makanan' (bekas-bekas kosong sebagai pinggan mangkuk, pasir untuk buat kek, dan daun-daun bunga yang dihancurkan untuk diambil warnanya dan dibuat 'air sirap'.) ada urusan jual-beli juga dan kami akan jadikan daun jambu sebagai duit. Daunnya yang panjang akan dijadikan wang kertas, dan daunnya yang bulat akan dijadikan wang syiling. Kreatif kan??


5. Permainan Kucing

Ini merupakan permainan antara kami 4 beradik. Dulu kami ada membela 2 ekor kucing, Jukat (Dalam bahasa Melayu, jukat bermaksud alat pengesat kaki. Kami menamakannya Jukat kerana warnanya oren dan putih seperti kain pengesat kaki di rumah) dan Brain (kucing Siam, warnanya kelabu dan kepalanya besar bulat seperti Brain dalam cerita Pinky And The Brain). Kalau mak bapa kami tiada di rumah, bermulalah permainan kucing ni. Kami akan menyusun kusyen dan buat seperti permainan menghadapi rintangan untuk sampai ke destinasi. Dan permainan itu akan disediakan perangkap, jambatan runtuh dan sebagainya. Bermulalah permainan untuk Jukat dan Brain. Mereka akan berjalan melalui 'jalan' yang kami bina dan akan melalui pelbagai perangkap yang si Mindmaster buat. Comel sekali!!>_<


6. Permainan Sawah Padi

Permainan ini memerlukan kita mempunyai daya imaginasi yang kuat. Bagi sayalah.. Kami bermain permainan ini di padang permainan yang agak lecak. Di padang yang lecak tersebut, tumbuhnya rumput-rumput yang cantik dan kelihatan seperti anak padi. Kami akan bermain kononnya sedang menuai padi sambil menyanyi lagu 'Marilah kita menampi padi...'.

Permainan ini pernah mengakibatkan saya dimarahi dan didenda. Kenapa? Semasa kami sedang bermain, salah seorang kawan me'report', yang ada seorang kawan lelaki datang merosakkan padi kami. Budak laki tu bukannya tau apa-apa pun. Dah namanya padang, budak laki datanglah bermain bola sepak. Tapi seorang budak laki tu, memang degil walaupun kami menghalaunya supaya tidak memijak 'padi' kami. Lalu, apabila saya marah (panas baran!), saya mengambil batu dan membalingnya dan hmmm....batu tersebut terkena keningnya dan berdarahlah. Dan mereka bawa budak tu jumpa mak saya (mak saya warden ketika itu). Dan mak saya panggillah saya, dan marah saya dan... Kepala saya dihantuk-hantuk ke dinding beberapa kali. Ala-ala burung belatuk katakan.. Haha!! Masih segar di ingatan.. =p

Itulah, terlalu diselubungi imaginasi, salah juga kan??


7. Permainan Tradisional yang normal

Banyak dah permainan yang saya lupa. Dulu kami selalu bermain baling selipar (sama seperti selipar kaki tiga tapi cara bermain berbeza), ketingting, galah panjang, batu seremban, coke (main 'ayam' daripada penutup tin) sofbol (permainan tradisional ke??) dan banyak lagi permainan yang saya dah lupa. Pernah juga memanjat pokok (pokok paling tinggi dipanjat ialah pokok langsat. Memang tinggi!) Tapi memang menyeronokkan! Zaman kanak-kanak dulu penuh dengan daya pemikiran yang kreatif dan menyeronokkan. Kadang-kadang terfikir juga, dulu kami main tak kira jantina. Permainan lelaki pun saya ikut main (contohnya permainan 'tob' tadi). Dan pada akhir tahun selepas menjalani peperiksaan UPSR, saya mula bermain bola sepak bersama-sama budak lelaki. Memang seronok, kerana semuanya sporting.. =)

Apakah permainan budak-budak zaman sekarang??

._.


Friday, November 12, 2010

Buat Mummy

Sekarang ni, sedih rasanya.. Walaupun luar nampak riang, tapi dalam hati ni sebak rasanya.. Begitu berat menanggung kesedihan. Buat Mummy, saya minta maaf, saya telah menyakiti hati Mummy hari ni. Saya tak berniat untuk membuatkan Mummy bersedih dan menangis, salah saya kerana menunjukkan sifat yang tidak matang. Saya harap Mummy tak lagi bersedih sekarang. Saya memang bersungguh-sungguh memohon kemaafan dari Mummy..

Semasa Mummy calling petang tadi, bukannya saya sengaja tak mahu jawab. Pada masa tu saya sedang tidur, dan hp saya dalam keadaan silent. Saya bangun, dan membaca mesej dari Mummy, betapa pilunya hati saya membaca luahan kata-kata Mummy. Nampaknya ada sedikit salah faham. Ya, saya yang salah kerana tidak memahami Mummy dan bersikap seperti remaja yang bertindak tanpa berfikir panjang.

Mummy, saya berjanji akan menggembirakan hati Mummy esok. Kalau boleh, saya takkan buatkan Mummy menangis lagi, kerana saya sendiri akan rasa sangat bersalah dan tidak tenang rasanya belajar, maklumlah musim peperiksaan sekarang.

Saya teringat pula yang Mummy telah bersusah-payah melahirkan, menjaga dan mendidik saya dari kecil hinggalah sekarang. Dan saya sangat gembira kerana Mummy mengaku sayalah rakan karib Mummy. Ya Mummy, Mummylah rakan karib saya juga. Mummylah yang terbaik. Mummy, minta maaf sekali lagi. Saya sayang Mummy...

._.

Thursday, November 11, 2010

1 More Paper!!!

Lega rasanya dapat menghabiskan kertas exam yang keempat tadi. Tunggu minggu depan lagi, ujian BMM3117 pada 15 November 2010 (cun-cun birthday adik perempuan saya!). Sesiapa ada spot?? Seperti biasa, saya sentiasa blur-blur tak tahu nak belajar apa. Huhu..

Pssst.. Saya dengan M (identiti dirahsiakan) pergi ke feri Samarahan tadi, beli keropok lekor. Orang itu semalam dah janji nak belanja bha.. Hehehe.. Apa-apapun, dah kenyang dah makan keropok lekor! Terima kasih orang tu!^_^

._.

Lagu Kalau Cinta - Aliff Aziz & Joanna

Agak letih dan mengantuk semasa belajar, saya melawat beberapa blog sambil mendengar lagu yang saya download pada minggu lepas. Lagu Kalau Cinta, oleh Aliff dan Joana, memang best! Menyegarkan kembali otak yang agak letih ni. Huhu..

Kalau Cinta (Aliff & Joana)

Aliff :

Di lubuk hatiku

Adalah kamu

Sebagai ratu

Joana :

Seluruh jiwaku

Hanya dirimu

Yang aku mahu

Aliff Joana :

Telah ku percayakan

Hati ini padamu

Maka kita tak saling risau

Risau risau risau

Aliff Joana :

Kalau cinta jangan kacau

Kalau sayang tak perlu marah

Kalau ikhlas tak minta berbalas

Serahkan cintamu

Pada yang punya cinta

Joana :

Di lubuk hatiku

Adalah kamu

Yang aku perlu

Aliff :

Seluruh jiwaku

Hanya dirimu

Yang aku mahu

Aliff Joana :

Telah ku percayakan

Hati ini padamu

Maka kita tak saling risau

Risau risau risau

Aliff Joana :

Kalau cinta jangan kacau

Kalau sayang tak perlu marah

Kalau ikhlas tak minta berbalas

Serahkan cintamu

Pada yang punya cinta

Joana : Kau ku perlu

Aliff :Kau jiwaku

Joana : Kau cintaku

Aliff : Kau ku rindu

Aliff : Kaulah ratu

Aliff Joana :

Kalau cinta jangan kacau

Kalau sayang tak perlu marah

Kalau ikhlas tak minta berbalas

Serahkan cintamu

Pada yang punya cinta

Aliff : Kaulah ratu

Joana : Kau kau cintaku

Aliff : Kau ku rindu

Joana : Kau jiwaku


._.

Wednesday, November 10, 2010

Sekadar Untuk Diketawakan...

Bosan dan letih serta agak mengantuk semasa ulangkaji, saya mula buka laptop dan online.. Buka Berita Harian Online dan Harian Metro. Dalam Harian Metro, ada berita tentang seorang anak membunuh ibu dengan kapak. Begitu kejam sekali! Begitulah yang terjadi apabila jiwa dah dipenuhi dengan nafsu syaitan, dah terpesong daripada ajaran Tuhan..


Balik semula ke tajuk yang ingin saya ketengahkan, saya ingin upload gambar yang saya pernah edit guna Adobe Photoshop tak lama dulu, semasa sesi pengajaran menggunakan Adobe bersama Tuan Haji Khambali (Terima kasih kepada beliau, kerana banyak perkara yang saya pelajari daripada beliau). Gambar ni saya edit untuk tujuan hiburan semata-mata. Tak kering gusi bagi sesiapa yang mengenali insan dalam gambar ini. Hehe.. Jom terjah!






._.

Peperiksaan PSS3108 Dan PSS3111

Semalam, saya keluar awal semasa peperiksaan PSS3108 sedang dijalankan. Ramai kawan saya yang menunjukkan muka terkejut, tak kurang juga yang membuat muka selamba melihat saya. Sebelum ni, saya akan 'tabik spring' pada yang keluar awal sebab bagi saya, mereka dah dapat menjawab soalan dengan baik sekali. Tapi semalam saya dah dapat rasa. Rupa-rupanya, agenda keluar awal adalah disebabkan tiada jawapan lagi yang nak dimasukkan.. Sepertilah saya, bagi saya peperiksaan semalam memang agak mencabar. Memang padan muka saya, kerana kurang menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dalam kelas. Pensyarah mengajar, saya pula merenung buku, kadang-kadang melukis (saya takkan bermain/bercakap-cakap semasa guru mengajar). Kalau ada perkara yang ingin dicakapkan pada kawan pun, kami sekadar berbisik atau menulis apa yang ingin dicakapkan pada kertas.

Balik semula kepada perkara peperiksaan tadi, hari ni saya akan menghadapi peperiksaan PSS3111, juga subjek major. Saya bangun awal sebab nak buat 'touch up' terakhir. Peperiksaan nanti bermula pada jam 1430.. Huhu.. Go Skyliya Go!!!

._.

Monday, November 8, 2010

Gosip!! Gosip!!!


Psstt... Di jari manis seseorang tu tersarung cincin silver.. Ntah siapa yang bagi ek??

._.

Dugaan Datang Lagi..

Kes ni lama dah berlaku, 1 November yang lepas.. Kebetulan datuk saya meninggal masa tu.. Semasa saya nak keluar tapau, tiba-tiba kereta buat hal. Rupa-rupanya, saya lupa tutup lampu semalaman! Aduhai, musim exam ni…Banyak dugaan… Saya terus minta bantuan kawan-kawan lelaki – Aboy, Wan dan Pawie. Saya berterima kasih banyak-banyak pada mereka sebab mereka sudi membantu saya walaupun sekarang ni sibuk dengan ulangkaji. Maklumlah pada keesokan harinya (2 Nov 2010) kami akan exam EDU3105.. Kita lihat langkah-langkah dalam ‘merawat’ kereta saya yang comel tu..

1. Cuba tolak dengan memasukkan gear satu (buat seperti menghidupkan enjin motosikal). Saya sendiri tak faham, saya tukang ambil gambar je..





2. Apabila langkah 1 tak dapat, mereka pergi pinjam jumper dari pihak pengangkutan maktab (jumper - penghidup enjin kereta kot, yang macam doktor guna untuk ‘mengaktifkan’ semula jantung manusia tu…).

3. Malangnya, jumper mereka tak ada, jadi mereka Aboy pergi pinjam jumper dari luar, bengkel di Desa Ilmu tu..

4. Nak guna jumper, tak pandai. Maklumlah kami semua tiada pengalaman. Datanglah seorang abang KPLI memberi pertolongan… Jumper yang dipinjam dari luar tu tak dapat digunakan, abang KPLI tu pinjamkan jumper dia… Hidupkan enjin kereta, tapi tak dapat juga… Wahai Kancilku, please!!!!











5. Akhirnya Kancilku tetap jua dengan rajuknya.. Abang KPLI tu dengan tangkasnya menanggalkan bateri Kancilku dan suruh kami bawa ke bengkel je untuk dicas.

6. Kami pun bawa la ke bengkel.. Petang tu, Aboy yang tolong saya menyambung semula bateri. Dan akhirnya… Kancilku hidup semula.. ^_^


Pengajarannya, jangan tahu bawa kereta je.. Kena ada asas dalam bab-bab mekanik ni.. Huhu..

TERIMA KASIH PADA MEREKA YANG MEMBANTU SAYA DALAM KESUSAHAN.. ABOY, WAN, PAWI DAN ABANG KPLI YANG SAYA TAK KENAL.. TERIMA KASIH.. JASAMU DIKENANG SAMPAI BILA-BILA.. =)

._.

Spring!!!

23 Oktober 2010, saya membawa keluarga saya (tanpa ayah dan abang) pergi ke Spring, Kuching. Kali pertama bawa mereka ke sana, lebih-lebih lagi saya sendiri kurang expert dengan tempat tu. Tapi disebabkan rasa nak jalan-jalan bersama keluarga ke sana, saya beranikan diri memandu mencari jalan (walaupun saya tak seberapa tau jalan dari kampung pergi ke Spring). Sebelum ke sana, beberapa hari sebelumnya, saya sempat check jalannya kat 'Google Earth'. Nampaknya berguna juga Google Earth tu.. Hehe.. Dan kami berjaya sampai Spring dan balik semula ke rumah dengan selamatnya.. Yang menariknya, kami memang ada tersesat! Bukan tersesat jalan (on the road), tapi sesat dalam Spring tu. Besar sangat.. Kami seperti 'Nixao' (pelakon dalam cerita God Must Be Crazy), terpinga-pinga mencari jalan keluar.... Hehehehe...


Aku.. Peace.. ^^


Mummy aku..


Lil Sis aku...


Lil Bro aku...
Santapan aku - Chicken Teriyaki Set


Santapan Mummy aku - Beef Set


Santapan Lil Sis aku - Ebi Fried Set


Santapan Lil Bro aku - Salmon Teriyaki Set


Aku & My Lil Sis


My Mummy & My Lil Bro


Lil Sis Minat Pink (pernah terjadi, dia minta my mom ambilkan beg dia dalam bilik, mom saya kata, 'beg yang mana satu?' Sis saya kata 'Yang warna pink tu..' Tapi mom saya kata lagi, 'Semua beg dalam bilik ni pink...' Betapa 'pink'nya adik saya tu.. Saya yang minat purple pun kalah dengan ke'pink'an nya... Huahaha...)


Petang tu, balik saja dari Spring, saya terus menyembah tilam. Letih driving dan letih mencari jalan keluar dari Spring tu. Nasib baik la tak pakai high-heel! Walaupun saya pendek, saya bangga dilahirkan begini, kerana pendek itu comel.. ;p

._.


Sunday, November 7, 2010

Maaf Andai Terasa...

Buat pihak tertentu, saya minta maaf banyak-banyak andai saya terkasar bahasa.. Mungkin disebabkan tergesa-gesa atau tension (mungkin) saya telah 'agak' mengasari seorang yang bernama sahabat. Saya harap dia tak ambil hati sangatlah. Huhu..

._.

Teletubbies

Sebut pasal Teletubbies, dulu kami adik-beradik suka menonton cerita ni.. Walaupun keanak-anakan, tapi masa tu memang kami masih kanak-kanak pun.. Haha.. Kami 4 beradik, sama je dengan 4 watak dalam Teletubbies tu, iaitu Tinky-winky, Dipsy, Laa-la dan Po. Cute apa... >_<

Dalam rancangan Teletubbies tu, ada banyak aktiviti yang mereka lakukan, dari mereka bangun pagi (ada cahaya matahari bermuka baby boy) sehinggalah mereka masuk tidur. Kalau masa makan, mereka ada makan burger lagi. Hehe.. Kemudian, basikal comel mereka menjadi idaman. Mereka akan bermain bola melantun, bernyanyi, menari, dan banyak lagi aktiviti yang saya dah lupa. Apapun, itulah kenangan masa kecil.. Haha..



._.

Baby Comel

Hari Jumaat yang lepas, 5 November 2010, saya balik kampung untuk menghadiri kenduri (untuk pengetahuan semua, datuk saya meninggal dunia pada 1 November 2010 lepas, tapi kebetulan masa tu tengah exam jadi tak dapat balik kampung). Jadi, hari Jumaat tersebut ialah hari kelima kematian datuk sebelah bapa saya... Nak kata sedih sangat, tak juga sebab kami memang tak seberapa rapat dengan datuk saya tu. Mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu, kami tak seberapa rapat.. Cuma, agak terkilan sebab tak dapat melihat mukanya buat kali terakhir, dan maka tak lengkaplah salasilah keluarga kami sebab datuk sebelah bapa dah meninggal dunia..

Balik semula pada topik utama, kami buat kenduri di rumah mak cik saya. Ramai juga orang datang, ada juga saudara yang saya tak kenal, malah saya diketawakan pula sebab tak kenal saudara sendiri (pengajarannya, kita harus sedaya upaya untuk mengenali saudara sendiri, tak kira saudara jauh atau saudara dekat). Saya yang malu-malu (kononnya, malu-malu kucing) cuma duduk di tepi-tepi jelah, sekadar tak mahu menonjolkan diri. :)

Habis kenduri, saya pergi ke dapur, bertujuan untuk membantu saudara-mara menghidangkan makanan dan minuman. Tapi hala tuju saya terus melencong apabila melihat seorang baby yang amatlah comel!!>_<

Terus tak jadi membantu (tak elok dijadikan teladan) kerana saya dah melencong ke kiri, iaitu menuju ke baby comel. Ingatkan anak cina, tapi rupa-rupanya anak kepada anak buah saya sendiri (macam mana nak explain?? Sepupu saya, A melahirkan B, dan B pula melahirkan C. C lah yang comel tul....). Jadi, rasanya si C ni merupakan cucu saya. Nenek muda.. Hahah!!

Dukung dan usik, saya sekali lagi jadi bahan usikan apabila makcik-makcik suruh saya kahwin dan ada anak sendiri. Aduh...Terkena lagi... Belum sampai masanya lagi, makcik. Kalau saya dah ada anak nanti, tentulah anak-anak saya comel agaknya, macam mama dan papanya dan neneknya dan atuknya. (Semakin tak malu)

Muncul lagi seorang baby yang comel, kali ni baby lelaki.. Saya kenal baby ni, anak kepada sepupu saya. Jadi, boleh dikatakan anak buah.. Comel juga...>_<

Geramnya.. Rasa nak cubit je pipi tu kuat-kuat, tapi takut baby-baby tu menangis. Sabar jelah.. Nah, saya upload gambar baby comel ni.. Selamat menjamu mata.. :)



Baby ni laa yang menarik perhatian saya..>_<

Gambar ni, mak saya yang send pada 1 Nov menyebabkan saya meronta-ronta nak balik kampung.. Ahaks!!


Kecinaan, maklumlah mamanya kacukan Cina-Bidayuh


Baby boy yang nampak macam 'Teletubbies">_<


Gambar baby girl blur sebab dia bergerak-gerak... T_T


Perut baby boy nampak pula....


Blur, sebab baby aktif bergerak! Huhu...


Opps.. Hihi..


Baby boy bersama adik perempuan saya.. =)


Baby boy bersama mummy saya.. ^^


Gambar baby boy bersama adik laki saya.. :)


Ops! Ni baby kat rumah saya.. Hehehehe.. :p


._.

Friday, November 5, 2010

PISMP PENGAJIAN SOSIAL 1109 ^_^

2010, bergambar kelas bersama tutor kami, Encik John Brodi.. ^_^




2009, semasa menyambut Raya di rumah seorang classmate, Fairol. :)
Pssst, ada seorang warga asing dalam gambar ni. Cubalah teka.. Dan Dhauz tidak termasuk dalam gambar, kerana dia yang men'snapkan' kamera. (Chuckle)





2008, semasa lawatan sosial ke Kampung Budaya, Kuching Sarawak. ^o^




2007, saya kehilangan gambar sekelas semasa malam bakat minggu orientasi.. Huhu.. T_T


._.


Thursday, November 4, 2010

Ulangkaji PSS3111

1. Teori Kecerdasan Pelbagai
2. Pembelajaran berasaskan pengalaman
3. Kepentingan dan fungsi kemahiran-kemahiran pengajaran Mikro
4. Konsep, tujuan dan pelaksanaan penilaian kendiri
5. Pengajaran secara deduktif induktif
6. Konsep pembelajaran koperatif, kolaboratif
7. Simulasi
8. Ciri-ciri rancangan pengajaran yang baik
9. Kajian Masa Depan
10. Perkara-perkara penting dalam penyediaan RPH

Good luck untuk exam next week! =)

._.

Blog Terbaik!!!^__^