Followers

Saturday, August 27, 2011

Selamat Bercuti..

Praktikum sudah tamat.. 
Masih terkenangkan tangisan murid-murid
SK Dato Mohd Musa..
"Cikgu, jangan pindah cikgu.. Kami sayangkan cikgu.."
Saya rasa terharu pula, tapi taklah saya menangis.
Saya sebenarnya agak teruja dengan kedatangan CUTI..
Hai murid SK Dato Mohd Musa, 
saya akan balik semula ke situ..
Walaupun bukan mengajar..
Saya ke sana atas urusan kertas kerja mural dan..
KERJA KURSUS..
Alamak....Makala.....
Sekarang ni, CUTI dulu!!! Bye!!!^___^


._.

Thursday, August 25, 2011

Projek Mural

Salam sejahtera..

Hari ini, hari kedua terakhir saya menjalani praktikum di SK Dato' Mohd Musa. Projek Mural kami sudahpun siap dengan jayanya. Kami menulis 2 bahagian, iaitu Rukun Negara dan Pepatah Melayu. Kenapa Rukun Negara dan pepatah Melayu? 

Rukun Negara ialah ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara dijadikan sebagai panduan serta amalan cara hidup, terbentuk setahun selepas berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Oleh itu, terbentuknya 5 Prinsip Rukun Negara adalah bertujuan untuk mencapai perpaduan kaum di seluruh negara Malaysia yang tercinta ini.  Sekolah ini terdiri daripada berbilang kaum : Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Orang Sabahan dan India. Terdiri daripada 1 bangsa sahaja, iaitu bangsa Malaysia.

Kepercayaan Kepada Tuhan,
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-undang, 
Kesopanan Dan Kesusilaan.

Diharapkan, dengan tertulisnya 5 Prinsip Rukun Negara di dinding sekolah dengan hiasan yang menarik, semoga murid-murid dapat menghafal prinsip-prinsip tersebut dan menghayati serta mengamalkannya. Mungkin terdapat segelintir yang tidak memahami konsep prinsip-prinsip tersebut, tetapi cukup bagus kiranya mereka dapat menghafal dan mengamalkannya. 

Berkenaan pepatah Melayu pula, kami memilih pepatah berbunyi begini, 

"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya." 

Pepatah Melayu kian dilupakan, rata-rata murid kurang memahami pepatah ini. Maksud pepatah ini ialah,

Selagi kita tak berusaha, selagi itulah kita tak mendapat hasilnya...

Pepatah ini kami tujukan khas buat murid-murid SK Dato Mohd Musa. Buanglah sikap malas, tanamkan sikap rajin berusaha sehinggalah berjaya. Dan jangan mudah sangat berpuas hati dengan kejayaan kecil yang ditempa, sebaliknya teruskan berusaha untuk mendapat kejayaan yang lebih besar. Kejayaan dalam mengerjakan pekerjaan yang baik la, bukan yang tak elok...

Saya tak sertakan gambar hasil mural kami. Gambar akan di'upload' kemudian. Selamat malam..=)

._.

Kenapa Tak Buka Facebook?

Dicedok dari Google.

Soalan : Ada Facebook tak?
Jawapan saya : Tak ada.
Soalan : Betul ke ni takda facebook?? Jangan nak tipu saya.
Jawapan saya : Betullah. Percaya saja. Hehe..
Soalan : Kenapa tak buka facebook? Zaman sekarang ni, nenek tua pun ada facebook. Budak kecil pun dah ada. 
Jawapan saya : Dulu saya mempunyai akaun facebook, dengan nama sebenar saya sendiri, HJH. Tak lama selepas tu, saya tutup akaun. Cuma dapat bertahan selama beberapa bulan je.
Soalan : Oo.. Kenapa tutup akaun?
Jawapan saya : Saya tak dapat nak balas semua komen yang kawan-kawan bagi. Dulu, saya ada facebook tapi kurang aktif. Dalam sehari tu, saya cuma ber'facebook' selama lebih kurang 1 jam saja. Itupun saya cuma membaca post orang. Saya jarang membalas post yang orang bagi pada saya, kalau saya balas pun dengan jawapan yang agak pendek. Kemudian, saya dikatakan sombong kerana jarang buka facebook. Selain itu, saya sering membaca post segelintir kawan yang mengaibkan kawan sendiri, walaupun bukan disebut namanya. Satu dunia akan tahu. Mungkin perkara itu sekadar untuk menyebarkan berita, tetapi ianya lebih kepada mengaibkan kawan sehingga menyebabkan hubungan menjadi renggang. Jadi, saya memilih untuk tiada facebook. Kalau saya dijadikan topik di wall facebook pun, saya takkan tahu. Mungkin satu dunia tahu, tapi lebih baik saya tak tahu daripada saya sakit hati dan berbalas-balas pula sindir-menyindir. Biarlah saya begini, ber'blogwalking' saja, menjadi pembaca senyap, kadang-kadang saja bagi komen kat blog orang. Biarlah orang kata saya tak ramai kawan, sebab saya bukan begitu. Saya ialah saya.=)

Ya, saya tidak mempunyai akaun Facebook. Jangan terkejut yaa... Saya lebih suka begini sebenarnya, daripada menjadi pengguna Facebook yang 'makan facebook, tidur facebook, minum facebook' maknanya 'facebookers' yang mengalami ketagihan. Ketagihan Facebook.=D

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia!

._.

Wednesday, August 24, 2011

Majlis Berbuka Puasa

Salam sejahtera semua.. Semoga hari anda hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini.. =)

Hari ini, saya menghadiri majlis berbuka puasa di SK Dato' Mohd Musa, Kota Samarahan iaitu tempat saya praktikum sekarang ini. Jadi, memang puasa penuh la saya hari ni. Orang bangun sahur, saya turut bangun sahur. Dah dengar azan Subuh, saya berhenti makan. Akhirnya, saya berjaya juga berpuasa hari ni. Hehe..

Kenapa saya ikut berpuasa? Saya rasa lebih bermakna jugalah, dapat juga merasai macam mana umat Islam berpuasa. Yang ini bukanlah kali pertama saya berpuasa, tapi kali ini lebih bermakna kerana dapat berbuka bersama guru-guru di sekolah tempat saya praktikum. Rasa hubungan bertambah lebih erat dan selesa duduk makan bersama mereka, walaupun seorang rakan praktikum perempuan tidak dapat datang. 

Ada juga anak murid saya merangkap anak cikgu di situ. Ada jugalah teman saya duduk makan. Ingatkan saya akan duduk sorang-sorang, rupa-rupanya saya dapat juga membiasakan diri duduk-duduk makan bersama guru-guru di situ. Iyalah, saya sebenarnya seorang yang pemalu.. Tapi lama-lama kalau dah biasa, saya akan banyak bercakap atau bercerita. Walaupun tadi dalam kelas tadi, ada budak cakap, "Cikgu, boringlah cerita hantu cikgu tu..." Cis!!!



 Teman setia.. Comel dan manja..=)

 Gambar ini saya zoom je dari jauh..




._.

Anak Kampung - Jimmy Palikat

Memang aku ini anak orang miskin
tiada apa-apa yang dapatku berikan
engkau memang cantik memang tidak padan
dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
kuli kuli sahaja memang tidak padan
cantik bha kau itu banyak yang tergoda
lagi orang kaya

Chorus
tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
rumahku pun tiada ada pun bapa punya
apalagi belanja mahu bayar berian
kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
ker’na aku cinta
aku lepaskan kau
sama orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
janganlah kau cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti kau menyesal tiada guna


Dalam seminggu dua ni, budak sering bawa lagu ni kalau saya marah mereka. Mereka nakal, aktif tetapi apabila melihat telatah mereka yang cuba memujuk, saya menjadi cool balik. Hari Jumaat ni, saya akan bawa mereka nyanyi lagu ni, tapi saya ubahsuai la supaya lebih akademik. Hehe.. Minggu ni mereka ada ujian bulanan. Hari Jumaat tiada ujian, jadi saya akan bawa mereka nyanyi lagu yang bakal saya ubahsuai nanti berdasarkan irama lagu ni. 4 Cemerlang dan 5 Bestari, cikgu akan tunaikan janji cikgu.=D















._.

Pantun Orang Malas

Aku ingin membeli beras,
Beli beras bergantang-gantang,
Aku ini orang malas,
Bini beranak di rumah orang.

Maksudnya, kalau sudah berumahtangga tu, si suami seharusnya bekerja keras untuk memastikan keperluan isi rumah mencukupi. Pantun ini diungkapkan oleh seorang lelaki malas. Dia malas bekerja, malah menumpang rumah orang bersama isterinya. Tak lama kemudian, isterinya mengandung dan melahirkan anak mereka di rumah yang ditumpang itu. 

Diceritakan oleh : Nenek saya. =p

._.

Tuesday, August 23, 2011

Mengata Orang

Kebelakangan ini saya seringkali mendengar berita yang tak terduga, tak disangka-sangka.. Tetapi masih belum dapat dipastikan kebenarannya. Berita tersebut mengingatkan saya kepada pepatah Melayu, 

"memaku dulang paku serpih, mengata orang diri yang lebih."

Sudah terang-terang lagi pepatah tu, usah dicari maknanya. Apapun, saya jadikan perkara tersebut sebagai pengajaran. Semoga dia insaf..


Selamat berpuasa kepada rakan-rakan yang beragama Islam..=)

._.

Friday, August 19, 2011

Puteri Santubong Puteri Sejenjang

Salam sejahtera dan selamat pagi...^^

Hari ini saya masuk kelas Tahun 5 Bestari, SK Dato Mohd Musa (Kelas kegemaran saya.=p) mengajar subjek Kajian Tempatan tajuk 'Asal-usul Negeri Sarawak'. Saya akan membawa mereka menyanyi lagu 'Puteri Santubong Puteri Sejenjang' pada bahagian penutupnya nanti. Lama tak dengar lagu ni. Nah, liriknya.;)

Puteri santubong, puteri sejenjang
Penjaga gunung negeri sarawak
Manis sik ada dapat dilawan
Anak dak dewa turun kayangan

Santubong puteri bertenun kain malam
Sejenjang puteri menumbuk padi siang

Suatu hari nya duak kelaie
Beranok-anok sik henti-henti
Sorang madah diri bagus agik
Sorang sik kalah walau sampei ke mati

Puteri santubong, sejinjang sayang
Sudah bermusuh, berpanjang-panjang sayang

Udah lejuk nya duak kelaie
Lalu bertukuk kedua puteri
Sejinjang mengayun aluk ke pipi
Tebik santubong sampei ditok ari

Tapi santubong membalas juak
Lalu ditikam batang belida
Sampei terkena sejinjang kepala
Lalu bertabur jadi pulau kera

Kisah santubong kisah sejinjang
Asal berkawan jadi musuhan
Kinek tok tinggal jadi kenangan
Pakei ingatan sepanjang zaman

._.

Wednesday, August 17, 2011

Menangani Karenah Murid

Sinonim dengan kanak-kanak, mereka sememangnya suka bermain. Permainan memang berguna, dapat mengembangkan kognitif dan menggerakkan psikomotor kanak-kanak.

Masalahnya sekarang, di sekolah.. Murid suka bermain kan? Pada waktu rehat, mereka akan bermain. Berlari, bergurau, berkejaran.

Kesannya,...
Kepala berdarah. Tangan berdarah. Kaki berdarah. Dan..

Saya pula, sebagai bakal guru, kelemahan saya ialah saya pantang tengok darah. Baru tadi saya tengok belakang seorang murid berdarah akibat terkena cermin pecah. Kepala saya mula berpinar-pinar.

Kesimpulannya,.. Saya susah hati kalau menghadapi perkara macam ni kelak. Apapun, perkara tersebut sebenarnya boleh dielakkan. Ya, budak memang suka bermain. Huhu..

._.

Si Cantik..








Cantik sekali mukanya!!!>_<
Saya panggil kucing ni Si Cantik. Tapi nama rasminya ialah Oreo. 'Mak'nya yang beri nama tu. 'Mak'nya tinggal di paras bawah asrama kami, memang banyak 'anak'. Semua kucing suka pergi ke biliknya. Haha..

._.

Sunday, August 14, 2011

Punca Sembelit?

Pagi-pagi sudah sembelit. Semalam, sememangnya saya tidak langsung membuang air besar. Pagi tadi, perut rasa tak selesa lalu saya ke tandas. Tapi apa terjadi? Saya mengalami kesukaran untuk membuang air besar. Saya mengambil masa yang agak lama (lebih lama daripada biasa) untuk menyelesaikan tugas 'melabur'. 

Sepanjang tempoh berusaha keras tu, saya memikirkan kenapa boleh sembelit? Baru saya sedar, sepanjang minggu ini saya kurang makan sayur dan buah. Seminggu ni, baru kali ini saya makan buah - nanas. Terima kasih Emidi yang cantik sebab bagi nanas pada saya.=)

Selepas melalui zon selesa, duduk-duduk, saya mencari punca sembelit di internet. Memang banyak puncanya dan banyak yang betul-betul dipanah tepat mengenai saya.


Punca sembelit :

:. Kurang mengambil makanan berserat seperti sayuran dan buah-buahan .:
:. Kurang minum air .:
:. Kurang bersenam atau kurang pergerakan .:
:. Selalu melengah-lengahkan proses pembuangan air besar .:
:. Faktor emosional seperti tekanan perasaan .:
:. Berkaitan hormon seperti hamil dan kedatangan haid .:
:. Otot perut dan usus semakin lemah (warga tua) .:
:. Pengambilan makanan tambahan seperti zat besi .:
:. Kesan ubat-ubatan seperti ubat batuk (codein), ubat gastrik (aluminium/kalsium), penenang .:

Setiap masalah ada ubatnya. Tak susah nak atasi masalah sembelit ni.. Mari kita lihat :

Cara mengatasi :

:. Banyakkan pengambilan serat .:
:. Banyakkan minum air serta bersenam .:
:. Jangan menahan untuk membuang air besar!!! .:

Masalah ini tak boleh dibiarkan berlarutan kerana sangat merbahaya kepada kesihatan. Antaranya ialah sembelit boleh mendorong kepada gejala buasir keadaan bengkak dan inflamasi di pembuluh darah serta tisu di sekeliling bahagian anus (dubur) dan bahagian penghujung rektum (bahagian akhir usus besar).

Namun, jangan pula malu untuk berjumpa doktor kalau mengalami sakit buasir. Kadangkala, kesukaran membuang air besar dan najis berdarah juga sebenarnya ialah tanda-tanda yang menjurus kepada kanser usus

Oleh itu, jangan memandang ringan terhadap sembelit ni. Bahaya juga kan. Saya teringatkan pesan mak, banyak-banyakkan makan buah pisang. Ya, lama tak makan pisang.. T_T

._.

Saturday, August 13, 2011

Tak Ada Karan!

Alalalahai.. Kenapalah tak ada elektrik ni. Kalau hari hujan, takpalah juga. Agaknya apa yang saya akan lakukan kalau saya di kampung sekarang? Huhu. Pepatah menyatakan, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Ya, bagus lagi kalau saya di kampung sekarang. Kalau tiada elektrik, dapat pergi mandi sungai. Waa.. T_T

._. ._. ._.

Friday, August 12, 2011

Gambar Sewaktu Kecil-kecil Dulu

Belek-belek gambar lama... Baru saya sedar, begitu besar perubahan pada diri saya.. Tapi dah lama dah saya perasan, semasa saya baby, saya sangat comel..;p










 Mak kata, sewaktu saya kecil dulu saya tak banyak ragam. Kurang menangis, senang dilahirkan.. Saya dilahirkan di rumah je, di Kampung Segong. Masa tu mak baru balik dari mengajar. Masa tu dia mengajar di SK Apar. Dan dia berjalan kaki, sangatlah jauh. Saya dilahirkan pada waktu tengah hari, kelahiran saya disambut oleh mak cik saya iaitu Mak Sem. Heheh.. Gambar di atas tu, saya didukung oleh mak saya. Tapi saya tak tahulah di mana tu. Mak saya masih slim lagi tu, maklumlah baru melahirkan anak kedua iaitu saya. ;p
Yang ni berusia berapa bulan ow? Lupa nak tanya mak. Masa ni la saya sangat comel..>_<
Mak kata saya menjadi kegemaran semua saudara-mara di kampung. Saya dipeluk, digigit, didukung ke sana ke mari. Saya juga sangat peramah (tak mudah menangis..;p)
Tapi sayang, gambar-gambar ni dah banyak yang rosak owh.. 
Dan ada juga yang dah hilang. Banyak lagi gambar saya lebih 'gemuk' daripada gambar di atas ni, tapi tak tahu mana perginya. Minta maaf ya, seksi sikit.

Waktu ni, saya menjadi sangat aktif. Berlari ke sana ke mari bersama si abang. Tapi kalau disuruh bergambar, saya hanya akan berdiri kaku dengan senyuman macam tu je. Hampir kesemua gambar masa kecil, senyuman saya sama je. Tapi takpa, asalkan senyum ikhlas. Hehe.. Gambar di atas ni, kepala nampak macam besar je. Dan kulit agak gelap. Tapi apabila dah besar, transform!!!




Yang ni pula gambar kami 4 beradik. Dari kiri, saya, adik bongsu lelaki (Papo), di belakang ialah si abang (Ady podi) dan baju merah yang mekap tebal tu ialah adik perempuan (Kakuong). Mak kata, saya suka jadikan Kakuong sebagai bahan eksperimen, mekap dia tebal-tebal dengan gincu tebal, bedak tebal. Kecil-kecil dah pandai mekap. Haha... Kesian Kakuong selalu dibuli. ;p

Banyak lagi gambar yang lain. Ada juga gambar saya menangis, buruknya!! Tak nak la saya upload di sini, buat malu je. Hehe..

Mak kata, kalau kita nak dapat anak-anak yang comel kelak, kita tak boleh nak kutuk orang. Elakkan bercakap buruk mengenai orang, dan sentiasa tabahkan hati. Kami adik-beradik kebetulan dua lelaki, dua perempuan seperti mana kemahuan mak saya. Dia kata, semasa mengandung tu, dia banyak yakin dengan naluri dia. 

Contohnya, semasa mengandungkan Ady, dia akan berkata "Ini mesti bayi lelaki kelak." Giliran saya pula, "Ini mesti bayi perempuan kelak."
  
Apapun, doa seorang ibu sentiasa dimakbulkan. Kini, kami 4 beradik semua dah besar. 24 tahun, 22 tahun, 20 tahun, 18 tahun. Mak sekarang berusia 47 tahun, bapa pula berusia 51 tahun. Separuh abad dah.. Haha.. 

Sekarang.... Bersedia untuk tidur!! Bangun pagi esok, nak buat kerja. Saya tak balik kampung hujung minggu ni. T_T




Maduku...

Maduku..

Yea, madu memang manis. Hari-hari minum madu pun takkan boring. Tapi, maduku dah habis...T_T

Produk madu ada bermacam-macam jenis. Ada madu ternakan ladang tempatan dan juga import, ada juga madu asli contohnya madu tualang. Antara banyak-banyak madu, madu tualanglah yang paling manis!^__^

Tapi kan, madu tualang ni boleh tahan mahalnya. Sekali je saya beli produk madu tualang ni. Memang manis. Selepas tu, habis. Saya berkira-kira nak beli produk madu tualang lagi, tapi memikirkan kewangan sekarang, saya 'turunkan taraf' ke madu asli Borneo. Manis juga, tapi tak semanis madu tualang. Dan bagi saya, madu yang paling tak manis (jika dibandingkan dengan madu yang lain) (Sebab bagi saya, madulah hidangan yang paling manis!) ialah madu import. Contohnya madu dari negara luar yang berharga RM6.90 tu. Selain sangat cair, rasanya kurang manis berbanding madu lain.

Madu.... Esok jelah saya keluar mencari madu. Bukannya di pokok-pokok, cari di kedai yang menjual ubat-ubatan atau mana-mana supermarket. Yaa, saya lebih suka minum madu berbanding air bikarbonat. Huhu...

Madu Tualang : Madu termanis yang saya pernah minum!^__^




Di atas ni pula ialah madu kegemaran saya : Organic A.Mangium Honey (Keluaran Borneo Sarawak). Manis.... =)


._.

Berita Baik Untuk Pencinta Siti

Semalam, selepas membasuh pakaian yang berlambak tu, saya menyaksikan sesuatu yang menyenangkan hati saya. Anak-anak siti dah boleh makan!^___^

Baru semalam saya menyuakan ikan kering di mulut salah seekor daripada anaknya, tapi dia cuma hidu-hidu je, lepas tu pergi meninggalkan saya. Haha! Dah besar dah anak-anak Siti. Comel pula tu~~

Gambar di bawah ni semasa mereka baru berusia tak sampai 1 bulan. Masa mula-mula buka mata. Saya ambil gambar yang pertama ni, saya lihat mukanya macam muka Jo Bohem semasa dia masih kecil. Kuat kan daya 'ubahsuai bentuk muka' saya? Muka kucing dikatakan muka manusia. Hanya pencinta kucing yang tahu.




Gambar di bawah ni gambar anak-anak Siti yang dah aktif. Sepanjang minggu ni, memang mereka sangat aktif. Suka berlari-lari, masuk ke dalam kotak kasut orang.





Anak-anak Siti ada 5 kesemuanya. 2 berwarna jingga, 3 sebiji macam Siti. Selepas 2-3 minggu dilahirkan, seekor yang berwarna jingga mati dimakan oleh Siti sendiri. Masa tu masih dalam pantang - kucing yang baru berusia belum sampai 1 bulan tak boleh disentuh, kalau disentuh juga,, si ibu akan makan anaknya kerana disangkakan benda lain. (Faktor bau tangan manusia juga agaknya)

Selepas berusia 1 bulan, mak cik cleaner mengambil seekor lagi yang berwarna jingga. Jadi sekarang yang tinggal ialah anak-anak yang sebiji macam Siti. Comel juga. Dan yang saya hairan, adakah semua kucing banyak warna (jingga+hitam+putih) mesti akan betina? Semua kucing banyak warna yang saya jumpa sememangnya betina. Kejadian ajaib yang diciptakan oleh-Nya.



._.

Thursday, August 11, 2011

Macam Mana Ni...

Esok saya mungkin akan diselia, mungkin juga tidak. Boleh jadi 'diserbu' begitu saja. Sekarang dah pukul 9 malam, saya masih kekeringan idea untuk memikirkan aktiviti yang sesuai untuk subjek Pendidikan Jasmani esok. Macam mana ni.... T_T

Cari-cari idea di Google, masuk pula ke blog ini. Blog ni memang bagus untuk kita bakal guru Malaysia yang ambil subjek Pendidikan Jasmani. Saya major Sains Sosial, tapi elektif Pendidikan Jasmani. Jadi, saya ni boleh dikatakan Super Cikgu, bakal mengajar Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Bahasa Melayu kelak. Tapi orang kata, kalau dah keluar jadi cikgu kelak, tak semestinya ajar subjek yang kita dalami semasa di maktab. Jadi, guru sememangnya super. Haha..

Mahu sambung cari idea. Kalau boleh, tak mahu tidur lewat macam biasa. Tidur sebelum pukul 12. Wow... Super cikgu, boleh siapkan RPH dan ABM sekaligus dalam masa 3 jam ni. Jangan lupa, pakaian masih bertimbun dalam 2 baldi. Siapa nak tolong basuh???

._.

Saya Terharu...


Dicedok dari Metro

Sebak rasanya apabila saya melihat gambar dia ni. Saya sangat kagum dengan ketabahannya untuk meneruskan kehidupan walaupun tanpa kedua-dua belah tangan dan kaki kirinya. Saya berharap semoga kehidupannya pada masa akan datang akan menjadi lebih baik berbanding sekarang. Teruskan ketabahanmu, ya.. Walaupun dia bukan darah daging saya, ataupun orang yang saya kenali, tetapi saya mengucapkan terima kasih kepada kakak dan abang iparnya kerana menjaga kebajikannya. Semoga mereka sentiasa dimurahkan rezeki.

._.

Rusuhan Di London

Terkejut juga apabila saya mendengar berita mengenai rusuhan di London. Dan seorang rakyat Malaysia mendapat kecederaan yang boleh dikatakan meninggalkan kesan, iaitu patah rahang. Apa agaknya punca rusuhan tersebut? Adakah harga barangan akan meningkat ekoran daripada kejadian tersebut? Lebih-lebih lagi negara Barat merupakan penentu ekonomi. Rasanya tak mengganggu kenaikan/ penurunan harga kot. Harap-haraplah.. Apa agaknya punca rusuhan tersebut ooo?? Dah jumpa dah. Saya jumpa di sini.

  1. Bermula dengan satu protes kecil secara aman dipinggir kota London di Tottenham, Sabtu lalu, berpunca seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.
  2. Lepas tu, protes bertukar menjadi rusuhan dan merebak ke seluruh kota itu sebelum ke tiga bandar raya utama iaitu Birmingham, Bristol dan Liverpool, semalam.
  3. Perkhidmatan Ambulans London merawat 16 mangsa rusuhan, 15 daripadanya dimasukkan ke hospital, manakala polis menangkap 334 orang dan mendakwa 69 lagi atas pelbagai kesalahan.
  4. Seorang pelajar Malaysia mengalami patah tulang rahang dan gigi selepas dibelasah sekumpulan perusuh ketika keluar membeli juadah berbuka puasa.

Kesian.. Semoga keadaan di sana kembali aman. Dan semoga rakyat Malaysia di sana tidak diapa-apakan lagi lepas ni...

._.

Friday, August 5, 2011

Kenangan Terindah

Baru saja mendengar lagu 'Kenangan Terindah' yang dinyanyikan oleh kumpulan Samsons.

Teringat pula kenangan semasa muda remaja dulu. Tingkatan 5. Cintan-cintun, akhirnya terhenti di tengah jalan. Lagu ni la yang menjadi kegemaran salah seorang sahabat dulu. Dia juga mempunyai bf (boipren), tak tahulah masih bertahan atau tidak. Dia minat sangat dengan lagu ni.

Kami dulu seasrama. Selalu mendengar radio, melalak beramai-ramai. Saya selalunya layan diam-diam je, suara tak bagus sangat. Lebih-lebih lagi lagu 'Kenangan Terindah' tu, lagilah syok layan. Maklumlah tengah cintan-cintun.

Sekarang, tinggal kenangan je. Umur dah 20-an, kena banyak serius. Tapi tak nak la serius sangat, muka berkedut nanti. Hehe..

Satu lagi kenangan terindah semasa d sekolah berasrama dulu, makan bersama-sama rakan dari kampung Opar. Sedap la tempoyak mereka! Lain daripada tempoyak Singai. Lebih eksotik kot. Hehe.. Biah, Becca, Mieng, Pek, dan lain-lain. Rindu la pada kamu semua!^_^

._. ._. ._.

Tuesday, August 2, 2011

Blogging Kejap...

Hari yang panas.. Tapi taklah sepanas neraka agaknya kan? Entah bila hari mahu hujan. Katak oh katak, di mana kau, cepat panggil hujan.. Sekarang sedang layan lagu. Lepas ni baru saya mula menyiapkan BBM untuk esok. Baru sekarang??? Haha... Layan lagu yang lama dah tak didengari.. Lagu 'Ruang Rindu - Letto'

Ruang Rindu

Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada

Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi

Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu

Bertemu...

Oh ya.. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak buat umat Islam di dunia ini.^________^
Tak jauh dari sini ada bazaar Ramadhan, boleh la saya 'menyelitkan' diri beli juadah untuk berbuka. Hehehehe... Good Luck!! Tinggal 4 minggu lagi praktikum!! Jiayou!!!

._.

Blog Terbaik!!!^__^