Followers

Friday, September 28, 2012

Air Klorin Di Tempat Orang, Air Sungai Di Tempat Sendiri…

Lebih baik di tempat sendiri! Hehe.. Selamat pagi yaa.. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana telah ‘mencabul’ peribahasa Melayu – hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.

Sebenarnya, saya ada satu cerita. Ceritanya lebih kurang beginilah.. Saya tinggal di asrama ni lengkap dengan segala kemudahan. Bekalan air bersih, bekalan elektrik, bayaran yuran asrama yang murah (RM60 je sebulan), kipas yang sentiasa ‘on’ 24 jam (haha!!), tilam yang selesa, dapat bersenam kerana saya tinggal di paras empat dan pelbagai keselesaan disediakan. Seronok kan?

Tapi, tapi.. Walaupun di rumah ada kekurangan, saya lebih suka di rumah sendiri! Kenapa? Kalau tinggal di asrama, terpaksa menghadapi kerenah manusia yang pengotor! Tak basuh pinggan mangkuk selepas makan, tak flush tandas selepas buang air, lubang longkang yang tersumbat kerana ada manusia yang membuang sisa makanan ke dalam lubang longkang tersebut; begitu juga dengan sinki,  pakaian yang tak berbasuh berhari-hari dan ditinggalkan di bilik air dan sebagainya.

Menyanyi semasa mandi? Pelik. Seram tau.. Tak takut ke? Lebih-lebih lagi kalau tiba-tiba saja menyanyi lagu yang… Errr… Suara, memanglah merdu.. Saya suka, tapi janganlah menyanyi di bilik air. Saya takut mendengarnya.. Pernah sekali, saya tengah membuang air besar, tiba-tiba terdengar suara orang menyanyi. Seram… Lepas tu, saya berdehem dengan kuatnya kerana tahi macam tak nak keluar je. Selepas tu, si penyanyi tersebut berhenti menyanyi. Ha, barulah saya dapat membuang air besar dengan lebih lancar! Hahaha…

Kalau di rumah, saya tak perlu menghadapi kerenah orang sebegini. Saya tak kisahlah kalau di kampung tak guna bekalan air klorin, saya lebih suka keadaan yang bersih dan selesa tanpa mereka yang pengotor ni! Selamat hari Jumaat..^_^
 
._.

Tuesday, September 25, 2012

Apabila Tiada Tempat Bergantung...

Selamat petang dan salam sejahtera semua..

Saya ingin bertanya, pernahkah anda rasa terbeban? Tertekan dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab? Bagi yang dah berkeluarga dan bekerja tu, mungkin pernah. Bagaimana pula dengan kita yang belum berkeluarga dan belum bekerja?

Beginilah perasaan saya sekarang. Belum lagi bekerja, sudah rasa agak tertekan. Entahlah, mungkin saya ni boleh diharap. Tapi, saya ni memang boleh diharap ke..? Saya rasalah, saya ni jenis yang "SAYA YANG MENURUT PERINTAH". Memang banyak merungut, tapi terpaksa mengikut arahan.

Pernah tak merasa ketidakadilan? Inilah yang saya rasa sekarang. Apabila ada tujuh orang yang ditugaskan, tapi saya membuat lebih daripada 70% tugas tersebut. Yang lain, memberi pelbagai alasan. Dan saya pula, tiada alasan dan sekadar menurut perintah.

Mungkin kalau ada teman tempat mengadu dan yang sudi membantu, sekurang-kurangnya terlepas sedikit beban. Tapi kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tambah lagi saya akan membentang dapatan Penyelidikan Tindakan saya esok. Bertambah satu lagi tugas.

Beri peluang untuk saya berjaya dan menghadapinya dengan tenang dengan mendoakan saya. Terima kasih ya.. Terima kasih kepada yang memahami..

._.

Saya Suka Susu Dutch Lady!^_^


 Buktinya :


Klik gambar di atas ni ya!^_^


._.

Comelnya Dia Tidur!=p


Selamat tengah hari..

Dah makan? Kalau belum tu, makanlah ya. Saya dah makan tadi, pau berintikan ayam cendawan. Nyam nyam nyam~ 

Balik ke bilik tengah hari ni, saya dengan rakan sebilik sudah pastinya akan memanfaatkan masa yang ada dengan 'menidurkan diri'. 

Ehem, ehem... Selalunya saya yang akan tidur dulu. Tapi tengok-tengok, rakan sebilik pula yang tidur dulu sekarang. Kalau dilihat, nampak comel pula dia tidur. 

Selama ni tak comel ke??? Hahaha!!!>_< roommate, jangan marah...



~Tata~

._.

Seminar Penyelidikan Tindakan 2012


Selamat pagi ya!^__^
 
Lama dah tak kemaskini blog tercinta ni. Sibuk sangat. Minggu ini sibuk pula dengan Seminar Penyelidikan Tindakan, saya ditugaskan untuk menyediakan buku program untuk tujuan majlis perasmian esok. Nak tengok contoh muka depan buku program yang saya dah buat? Biasa-biasa saja~


Oh ya! Apa dia Seminar Penyelidikan Tindakan ni? 


Seminar Penyelidikan Tindakan ini membolehkan peserta berkongsi kemahiran dan pengalaman dalam merancang dan melaksanakan penyelidikan tindakan.

Kami akan membentangkan hasil laporan penyelidikan tindakan kami dan akan dinilai oleh dua orang panel. Giliran saya, esok! Doakan semoga saya berjaya ya...^_^

 Okey, saya nak bersiap dulu. Semoga hari ini merupakan hari yang indah untuk kita semua!


._.

Thursday, September 13, 2012

Berakhir Sudah!^_^


Salam sejahtera..

Akhirnya bengkel penjilidan dan pembaikan ringan (Klik SINI) yang bermula sejak 11 September lepas tamat hari ini. Seronok ada, lega ada sebab tamat juga akhirnya. Pelbagai pengalaman baru yang saya pelajari (walaupun boleh dikatakan remeh) selain daripada menjilid dan membaiki buku. Hihi.. Antaranya ialah :

  1. Kali pertama memegang gading gajah!>_<
  2. Rupa-rupanya kita boleh mematahkan pisau pemotong (alat tulis tu..) sekiranya matanya dah tumpul/ patah. Selama ni, kalau pisau pemotong tu tumpul/ patah, saya akan beli yang baru. Haha!
  3. Reben buku bernama bebat.
  4. Selepas 3 hari bengkel, barulah saya tahu lelaki yang duduk di meja bersebelahan saya ialah pensyarah bimbingan dan kaunseling! Saya ingat, kakitangan bukan pensyarah.. Hahaha!=p


Okey, jom kita lihat pula gambar-gambar yang saya ambil guna telefon bimbit saya yang buruk tu..=p


Rakan sekelas.. Kami 5 yang ikut bengkel ni..^_^

Paul : Inilah dia selorot..=p

Cuba teka apakah ini. Limau?? Salah! Lilin untuk melicinkan benang. Hehehe...

Buku saya yang belum siap.

Beginilah hasil jahitan tu.. Banyak prosesnya tau..=)
Inilah pisau pemotong yang saya katakan tadi..=p
Buku sudah siap!!!^_^

Majlis penutupan..

Saya dengan Kak Effa yang baru sembuh dari chicken pox..^_^
Facilitator kami, Encik Zaidi John dari Arkib Negara bahagian Sarawak.=)
Ketua Pusat Sumber yang murah hati, Puan Habibah Noor binti Laili.^_^
Belum bersedia lagi ni!!!
Tempat pertama! Hadiah kumpulan kami. Hehe.. Kerjasama yang kuat..>_<;
 Tata!^__^ (Siapa nak cantik, gunalah SKII!)



._.

Wednesday, September 12, 2012

Bengkel Penjilidan Dan Pembaikan Ringan


Hai semua, selamat pagi..=)

Semalam saya sibuk dengan bengkel penjilidan buku sampaikan tak sempat nak update entri. Hari ini saya nak berkongsi mengenai peralatan asas untuk menjilid buku. Hehe.. Berkongsi apa yang telah saya pelajari semalam.=p

Antara peralatan asasnya ialah :

  1. Jarum dan benang (sampai sekarang jari saya sakit tau, menjahit buku semalam..T_T)
  2. Lilin (untuk melicinkan tali benang dan memasukkan lubang jarum)
  3. Errrr.... Entah apa nama benda tu, tapi ianya diperbuat daripada gading gajah. Kali pertama menyentuh gading gajah! Haha... Tujuan benda ni ialah untuk meratakan lipatan kertas dan memisahkan gam kertas.
  4. Pisau
  5. Gunting
  6. Tukul
  7. Wayar aluminium
  8. Pembaris
  9. Berus cat (digunakan untuk menyapu gam)
  10. Mangkuk (untuk meletakkan gam)
  11. Pemberat (macam bata je..)
  12. Gam
Setakat ini sajalah perkara yang saya ingin kongsikan. Saya dah berjaya menjilid sebuah buku semalam, tapi tak sempat nak ambil gambar. Nampaknya dah boleh buka kedai jilid buku lepas ni. Hehehe....=p

Oh ya! Nak kongsikan gambar yang saya dapat dari kawan semalam. Rindu sangat dengan budak ni!!! Hensem sangat!>_<



._.

Tuesday, September 11, 2012

Masalah Selesai : Pindah Rumah


Hai!

Belum tidur lagi? Jangan selalu lambat tidur, nanti muka nampak lebih tua dari usia... Hahahaha... Yelah, lepas ni saya tidur... Sebelum tu, saya nak update blog dulu. Line broadband Maxis sangatlah laju ni.. Buang tabiat agaknya.. Sebab itulah saya nak manfaatkan kelajuannya dengan update blog..=p

Bersambung dari kisah jari kaki kawan adik saya yang cedera tadi (Klik SINI untuk kisah sebelum ini). Kan sebelum ni tauke rumah sewa tu tak mahu mengembalikan wang sebanyak RM450 tu.. Adik saya guna teknik mengugut. Dia kata "Kalau madam tak kembalikan wang kami, saya telefon mak bapa saya suruh mereka datang sini. Kami nak buat report polis."

Nak tahu apa reaksi madam tu? Dia terkejut.. Sebenarnya tadi, adik saya agak takut juga kerana tauke tu bercakap dengan meninggikan suara dan beriya-iya tak mahu mengembalikan wang mereka. Selepas mengugut, tauke tu terus bersetuju dan mahu mengembalikan wang tersebut pada keesokan harinya.

Berkenaan kawan adik saya (Ita) tadi, saya sangat kasihankan dia.. Dia orang jauh, orang Perak. Datang menuntut ilmu di sini, kalau perkara sebegini berlaku, kesian sangat.. Sudah tentu mak bapa dia risaukan dia.. Saya dan adik-beradik yang lain sangat beruntung kerana kami menuntut ilmu di tempat yang dekat saja..

Tadi, saya sibuk membantu adik saya memindahkan barang-barang mereka ke rumah sewa baru (rumah mak cik saya je! Haha..). Ita disuruh berehat saja. Maklumlah jari kakinya masih berbalut. Jalan pun masih tempang.. Kesian kan...

Rumah baru mereka!

Itu dia Ita!
RM450 tu, biarlah hangus. Saya sendiri pun tak ingin lagi memandang ke rumah sewa tu. Dah la biliknya sempit, keselamatan pula tak terjamin. Pindah ke rumah sewa baru ni, saya harap mereka lebih selamat dan gembira..=)

Selamat malam dan semoga mimpi yang indah-indah!^_^


._.

Monday, September 10, 2012

1 Jari Kaki Cedera. Patutkan Saman?


Selamat petang dan salam sejahtera ya..

Saya ada satu kisah dan sekarang ini dalam dilema. Ceritanya begini.. Adik perempuan saya dah mula kuliah di U hari ini. Dia menyewa di luar (kawasan perumahan, 1 bilik RM450) bersama seorang kawan, Ita (nama samaran). Sebelum ini, adik saya dah membayar deposit bilik sewa tersebut sebanyak RM450. Apabila mereka diberi kunci bilik, adik saya sekali lagi membayar RM450 untuk sewa bulan ini. 

Tauke rumah sewa tersebut menerangkan perjanjian/ syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah :
  1. Mesti tinggal selama 1 semester (lebih kurang 6 bulanlah kan..). Kalau pindah keluar, wang deposit (RM450) takkan dikembalikan.
Semalam, adik saya dan Ita mengemas bilik mereka. Semasa mengemas tu, Ita ke dapur untuk membasuh tangan. Tanpa diduga, sinki tempat membasuh tangan itu patah dan jatuh menghempap jari kaki Ita. Mungkin sinki tu diperbuat daripada simen kot.. Jari kaki Ita berdarah dan dia dibawa ke hospital. Doktor menyatakan jari kakinya (Jari kedua selepas ibu jari tu.. Jari kaki telunjuk ke..?) retak. Adik saya kata, luka tersebut terpaksa dijahit. Ngilu pula bila nak menyambung cerita ni....

Menurut penyewa yang dah lama tinggal di situ, sinki tersebut sudah lama bergoyang dan tauke sewa rumah itu tahu. Tapi tiada tindakan diambil untuk memperbaikinya. Pagi tadi, tauke tersebut datang ke rumah dan meminta maaf. Dia berjanji akan membawa Ita ke hospital untuk membuka jahitannya kelak. Dia juga berjanji untuk memperbaiki sinki tersebut. 

Masalahnya di sini, adik saya dan Ita nak pindah keluar dari rumah tersebut. Mereka baru saja pindah masuk semalam dan mereka ingin meminta balik duit RM450 yang dah diberi kepada tauke itu. Baki RM450 lagi, biarlah hangus sebab dah masuk dalam perjanjian. Tadi mereka dah bincang dengan tauke tersebut, tapi tauke tersebut enggan membayar balik. 

Jadi, macam mana ya? Boleh ke ugut tauke tu dengan kata-kata "Nak ambil tindakan mahkamah" supaya dia beri balik duit sewa RM450 tu? Yang RM450 tu lagi, biarlah dia makan je duit tu... Siapa ada pendapat? Ita benar-benar ingin pindah keluar dari rumah tersebut. Dia dah trauma.. Kesian tau... Baru semalam masuk ke rumah tersebut, dah berlaku hal macam ni... Huhu...


._.

Jom Makan Buah Plum!


Selamat petang ~!

Masih mengantuk ke? Bangun, bangun, bangun... Saya nak tanya, pernah makan buah plum tak? Selalu? Wah.. Saya pula, pertama kali makan buah plum pada tahun ini. Tapi lupa la, pada bulan apa. Harga buah plum di sini, RM13-15 sekilo. Boleh tahan mahalnya kan? Tapi rasanya manis. Seperti campuran rasa buah pear dan buah ciku. Hehe..

Love~love shape untuk anda..>_<




Kalau nak tahu, buah plum memiliki khasiatnya yang tersendiri. Kaya dengan antioksidan, melancarkan peredaran darah dan membantu penglihatan yang tajam kerana kandungan vitamin C yang tinggi. Selain itu, buah plum ni juga dikatakan mampu mengawal fungsi sistem penghadaman. (RUJUKAN)

Nyum nyum nyum...

Nak sihat? Jom keluar ke pasar cari buah-buahan!=)


._.

Terima Kasih ^___^


Hai! Selamat pagi ~ ^^

Entri pagi ini saya tujukan khas kepada "follower" saya. Selepas bersegmen-segmen beberapa hari lepas, tak sangka pula ianya betul-betul datang bertubi-tubi. Hehe.. 

Kali pertama "follower" datang bertubi-tubi ialah semasa hari jadi saya. Masa tu encik Que buat review tentang blog saya. Terharu tau.. Tapi saya ni tak pandai nak menunjukkan betapa saya berterima kasih kepada beliau.. Huhu.. Klik gambar di bawah untuk melawat blog beliau.. Kalau boleh follow juga. Pada pendapat saya (Saya ni rajin blogwalking tau...), blog beliau ni penuh dengan pengajaran dan keinsafan. Kalau malas nak klik gambar, klik SINI ya.. Hihi..=)


Kali kedua follower datang bertubi-tubi pula, kali ini! Betapa mendalamnya kesan bersegmen ni ye.. Hihi.. Terima kasih ye.. Dari 66 orang kepada 74 orang.. Walaupun tak banyak, tapi saya amat berterima kasih. Taklah saya nampak kesunyian dalam dunia blog ni...=p

Okey, jom minum! Sesi terharu dah tamat. Haha~~ Sebelum anda melangkah keluar dari 'rumah' saya ni, jangan lupa klik link di bawah ni. Terima kasih..^__^


._.

Friday, September 7, 2012

Zyraroxx : Follower Datang Bertubi-tubi




Percaya atau tidak, blog Zyraroxx ni comel tau... Tak percaya, sila klik gambar di atas ni ataupun klik SINI. Untuk lengkapkan lagi penyertaan segmen ni, saya kena letak jumlah follower saya. Errr.... Tak banyaklah. Huhu... Jumlahnya, di bawah ni :

66 saja!

Untuk melengkapkan lagi penyertaan, kita kena "like" dia di Facebook. Huhu... Tapi, saya tak dapatlah ya... Senang cerita, saya tak ada Facebook. Yang ada tu pun untuk kegunaan kelas. Tak dapat nak salah guna.. Huhu.. 

Selesai!=)


._.

Segmen : Pencarian Bloglist Sept-Okt Mieya Atiera





Hai! Nampak tak gambar di atas ni? Jom la tambah kawan.. Blog kawan kita ni, cool je tau.. Kalau tak percaya, klik je gambar di atas ni ya!=)


#Suka shopping online tak? Klik saya..^_^

._.

Tata, Oku Pari Kupuo..^__^


Selamat petang!

Minggu lepas saya tak balik, jadi hari ini merupakan hari yang sangat membahagiakan saya - balik kampung! Kalau balik kampung, dapatlah berjumpa keluarga, makan minum terjaga dan yang paling penting, dapat berjumpa dengan anak-anak tersayang!!!>_<

Jom lihat anak-anak saya yang comel ni. Lama dah tak jumpa mereka tau.. Tapi saya yakin, nenek dan mak cik mereka akan jaga mereka dengan baik. Haha!

Nampak tak si Oren ni? Dia dah tua dah..

Ini gambar Topo sayang semasa dia masih kecil.. Comel tau!!!>_<

Sekarang dah sebesar ni! Malah sangat gemuk!

Si Topang yang suka berfoya-foya kebelakangan ni....

Di bawah ni pula gambar nenek dan mak cik mereka yang penyayang. Datuk mereka pula, asyik dengan kerja, kerja dan kerja. Jadi, tak dapat diharap sangat untuk menjaga mereka. Tapi jangan hairan, mereka amat manja dengan datuk mereka tu!


Oh ya, tajuk di atas pula bermaksud "Tata, saya balik kampung.." Hehe.. Saya kemas barang dulu, bawa balik juga artikel untuk Kajian Tindakan tu. Minggu depan pula pembentangan..T__T

Tata.. Doakan keselamatan saya dan adik lelaki saya.. Kami balik sama nanti.. Untuk pengetahuan semua, adik lelaki saya tu di UiTM, Samarahan. Jadi, tak jauhlah jarak kami. Hehe..^_^


._.

Patung Menunjukkan Personaliti Kita

#Pernah dengar Victorinox Malaysia? Klik!=)

Selamat tengah hari ya..=)

Perkara ini dah lama dah saya tahu, jadi saya ingin kongsikan kepada kita semua. Tahukah anda, anak patung yang kita pilih ni menunjukkan personaliti kita? Apa kata kita cuba uji personaliti kita ni. Katakanlah anda masuk ke dalam kedai yang menjual pelbagai jenis anak patung seperti di bawah :



Kedai tersebut menjual pelbagai jenis anak patung yang menarik dan comel. Antaranya ialah :


Anak patung Angry Birds

Anak patung Domo-kun

Anak patung Nemo
Anak patung Plants VS Zombie

Anak patung Shin Chan
Anak patung Spongebob

Anak patung Winnie the Pooh


Sila ambil satu! Pilih satu saja ya, jangan tamak.. Sudah pilih? Okey, sekarang kita lihat apakah personaliti kita di sebalik anak patung yang kita pilih ni :

  1. Kalau pilih anak patung Angry Birds, maknanya anda menyukai Angry Birds. 
  2. Kalau pilih anak patung Domo-kun, maknanya anda menyukai Domo-kun.
  3. Kalau pilih anak patung Nemo, maknanya anda menyukai Nemo.
  4. Kalau pilih anak patung Plants vs Zombie, maknanya anda menyukai Plants vs Zombie.
  5. Kalau pilih anak patung Shin Chan, maknanya anda menyukai Shin Chan.
  6. Kalau pilih anak patung Spongebob, maknanya anda menyukai Spongebob.
  7. Kalau pilih anak patung Winnie the Pooh, maknanya anda menyukai Winnie the Pooh.

Jangan marah ya? Hihi.. Saja je nak mengusik sebelum saya tidur ni. XD

#Pernah dengar Victorinox Malaysia? Klik!=)


._.

Blog Terbaik!!!^__^