Followers

Tuesday, November 1, 2011

Kenapa Saya Tak Suka Makan Nasi Lemak

Salam sejahtera dan selamat pagi ~

Hari ini seorang 'adik' (junior) belikan saya nasi lemak. Mungkin sebagai tanda berterima kasih saya bawa dia ke hospital awal pagi tadi akibat gasrik. Saya harap dia lekas sembuh dan jaga makan elok-elok.=)

Kenapa saya tak suka makan nasi lemak? Semasa aktiviti ko-kurikulum semester 3 (kalau tak silap) dulu, kami akan sarapan pagi sebelum kawad kaki KRS. Kalau makanan pada pagi tersebut ialah nasi lemak, sayalah yang kerugian kerana kami membayar untuk sarapan tersebut. Saya tak suka makan nasi lemak. Kenapa? Kerana ianya mengandungi :

1. Nasi santan - Bagi saya, nasi yang ditambah santan tak sedap langsung. Lain rasanya. Saya juga pernah baca majalah yang menyatakan pengambilan santan yang banyak kurang elok untuk kesihatan. Kolesterol tinggi.


2. Ikan bilis - Saya tak suka makan ikan bilis. Masin! Kalau di rumah, kalau mami mencampurkan ikan bilis dalam sayuran, saya akan mengasingkannya. Saya cuma makan sayur. Hehe..


3. Kacang - Saya boleh makan kacang, tapi saya malas mengunyah. Disebabkan gigi geraham sebelah kiri dah dicabut tak lama dulu, saya sudah jarang sangat makan kacang!


4. Sambal - Sambalnya, ada yang dicampur belacan, ada yang tidak. Belacan?? Minta maaflah. Nasi lemak selalunya dimakan pagi hari. Saya tak suka makan pedas pada pagi hari kerana saya akan sakit perut.


5. Timun - Timun ialah makanan 'sejuk'. Kalau boleh, saya memang elakkan makan timun pada pagi hari.


6. Telur - Saya makan, bahagian-bahagian lain dalam nasi lemak, saya buang.=p


Hakikatnya, saya memang tak suka makan nasi lemak. Membazir kalau bagi saya (kerana saya takkan makan), kurang elok untuk kesihatan dan banyak lagi sarapan pagi yang lebih enak. Hehe..

p/s : Gambar-gambar tersebut saya cedok dari Google. Tuan empunya gambar, harap tak marah. Terima kasih banyak-banyak. Semoga dimurahkan rezeki.=)

._.

Monday, October 31, 2011

Kucing Makan Durian Tak?

Selamat pagi~

Saya ingin bertanya soalan kepada pembaca semua, pernahkah anda melihat kucing makan durian? Saya sudah selalu tengok kucing makan durian. Pernah dahulu, seorang sahabat menyatakan kucing saya pelik sebab makan durian. Tapi kami sudah biasa dah. Hehe..

 Durian ini merupakan hasil Bisingai. Isinya tebal dan manis!


Setelah kekenyangan, kami berbual-bual di beranda rumah.

 
 Tiba-tiba, datanglah seekor kucing yang bernama Oren. Dia menghidu-hidu durian tersebut. 
Tapi kelibatnya disedari dan dia dihalau.

 Namun begitu, dia masih tidak berputus asa. Dia meminta simpati. Miaw~miaw..

 Atas dasar simpati, si adik memberi durian tersebut kepadanya. Isi yang buruklah, membazir pula kalau bagi isi yang baik. Hehe..

 Oren makan dengan penuh berselera! Jilat, jilat..

Topang dan Topo turut serta, tapi kemudian mereka beredar. 
Mungkin durian tidak menarik bagi mereka.


Oren menjilat dengan penuh selera.
Siapa kata kucing tak suka makan durian? 
Mungkin ada kucing tak suka makan tapi,
ada juga yang suka. Hehe..

._.

Sunday, October 30, 2011

Topang Sayang

Salam sejahtera~

Saya balik ke asrama pagi tadi. Sampai sahaja di bilik, saya memberitahu mami (panggilan untuk mak/ mummy) melalui SMS. Mami balas mesej saya dengan mengatakan,

"Topang asyik mengiau-ngiau di depan bilik kamu."

Saya berasa sebak dan rindu. Semasa bertolak dari kampung pagi tadi, saya tak sempat mengucapkan selamat tinggal padanya. Entah ke mana dia pergi. Cuma Topo yang ada. Inilah dia, si Topang, si hitam bayang-bayang.. Rindu pada dia walaupun dia tak secomel Tapo.=')







._.

Tuesday, October 25, 2011

Mereka Bercuti Saya Di Sini

Mulai 22 Oktober hingga 30 Oktober 2011, kami bercuti sempena hari Deepavali. Semua seronok kerana dapat bercuti selama seminggu. Tak kurang juga ada yang tak dapat balik rumah sendiri, alang-alang kata mereka. Lagipun tiket bas dan kapal terbang mahal. 

Agak-agaknya saya di mana sekarang? Saya di sini! Di asrama, di IPG Kampus Tun Abdul Razak. Saya menghantar adik ke UNIMAS semalam, terus rasa malas nak balik semula ke rumah. Mentang-mentanglah IPG ini berdekatan dengan UNIMAS. Orang selalu berkata pada mak saya,

"Untung kamu. Ketiga-tiga anak kamu cuma melanjutkan pelajaran di Samarahan sahaja. Senang mereka balik sama-sama, jimat juga tiket bas/ kapal terbang dan dapat balik rumah tiap-tiap minggu."

Saya pun fikir macam tu sebenarnya. Hehe.. Kalau orang kata, "Rugilah tak sekolah jauh-jauh, tak dapat tengok tempat orang lain. Sekolah di UPM ka, UKM ka, USM ka.."

Bagi saya, sekolah dekat-dekat dululah. Lagipun kesian mak bapa terpaksa berhabis duit bagi duit belanja, makan pakai. Buat loan pula untuk beli laptop, bayar yuran dan sebagainya. Ya, saya bersyukur kerana kami sekolah berdekatan. Kenapa pula?

Biarlah sekolah dekat-dekat dulu, kalau dah kerja nanti barulah jalan-jalan ke tempat jauh. Kalau dah kerja nanti kan dah guna duit sendiri. Barulah senang nak pusing satu dunia, tak rasa serba-salah guna duit mak bapa.

Sebab itulah kena belajar rajin-rajin. Kalau macam saya, saya yakin saya akan ditempatkan di tempat yang jauh. Saya pun tak kisah juga. (Memanglah tak kisah, saya belum rasa lagi bagaimana rasanya kalau posting jauh-jauh! Hehe)

Impian saya ialah saya nak pusing satu Sarawak dulu, baru saya melawat ke Semenanjung. Ada satu lagi tempat yang saya wajib jejakkan kaki. Saya nak jejakkan kaki di tempat tersebut bersama suami saya kelak. (Malu-malu)

Berita baiknya lagi, adik bongsu saya pula bakal melanjutkan pelajaran di UITM, Samarahan juga! Walaupun setakat diploma, tapi bukanlah bermakna noktah. Selepas diploma, dia boleh sambung ke peringkat yang lebih tinggi. Doakan semoga semua kami berjaya dan mengharumkan nama mak bapa kami.=)

Baca ini kuat-kuat ;-)

"Onak Sino Ady duoh Sama Ady suo eh BERJAYA geh, rami Sino duoh Sama Ady neh."

P/s :

Entah kenapa nama Ady saja yang keluar. Haha..;p

Selamat bercuti kepada warga IPG, dan selamat Deepavali kepada mereka yang menyambutnya.=)

Saya balik kampung petang nanti. Sekarang saya nak manfaatkan masa yang ada dengan berusaha menyiapkan "kerja sampingan" saya. Hehe..

._.

Saturday, October 22, 2011

Lagu Ini Semacam. Hihi..

Saya baru saja balik dari menghantar rakan sebilik saya ke terminal bas. Mulai hari ini, kami bercuti seminggu. Yay!!! Saya pula balik kampung petang nanti dan balik semula ke sini pada Sabtu depan, 29 Oktober 2011.

Balik dari menghantar Nana, saya keseorangan. Disebabkan keseorangan, saya memasang radio kuat-kuat dan nyanyi kuat-kuat (lagu yang saya tahu saja). Dan seperti biasa, saya mendengar siaran Hot.fm. 

Sampai di kawasan BDC, saya mendengar satu lagu yang muziknya menarik. Memang menarik. Sebelum ni, saya pernah mendengar lagu ni, tapi saya tak ambil kisah liriknya. Kali ini, disebabkan saya memasang radio kuat-kuat, saya dapat mendengar liriknya dengan jelas sekali. Apabila mendengar ayat-ayat dalam lagunya, tiba-tiba saya rasa macam lagu ini semacam. Hihi..

Tajuk Lagu : Berdua Bersatu
Nyanyian oleh : Kumpulan Fourteen

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah
biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu
 Kumpulan Fourteen (Dicedok dari Google)
Apa yang menyebabkan cinta mereka melawan arus? (Saya dah mula fikir semacam). Dan ayat "Jika denganmu salah, ku tak mahu yang benar." lagilah membuatkan saya fikir dua macam. "Jika denganmu kabua, ku tak mahu yang jelas." dah tiga macam. 
Sekadar pendapat sahaja.=)

._.

Friday, October 21, 2011

Pembuangan Dan Perbualan

Ini adalah ruangan untuk pencinta kucing yang memahami.

Hai..

Selepas kejadian pembuangan kucing / usaha untuk mengurangkan jumlah kucing di asrama ini berjaya, kehidupan saya bertambah membosankan. Ya, Siti dan anak-anaknya yang comel tu dah dibuang kerana dikatakan membawa masalah kepada pekerja kebersihan di sini. Mungkin najis mereka? Atau mungkinkah mereka suka menyelongkar sampah-sampah sehingga 'tumpasnya' tong sampah yang gagah berdiri? Mungkin.

Saya berasa sedih, kecewa. Saya kasihankan Siti dan anak-anaknya. Anak-anaknya masih kecil. Saya ingin membawa mereka balik ke rumah, tapi kucing di rumah sudah empat ekor. Lagipun, kalau saya membawa mereka balik, saya nak main dengan siapa di sini? Saya suka melihat kerenah Siti dan anak-anaknya. Comel dan begitu mencuit hati.

Selepas 'perginya' kucing-kucing tersebut, saya rasa lebih sunyi. Saya agak pendiam (yakah?), saya kurang bercakap dengan manusia. Saya lebih suka bercakap dengan kucing. Walaupun kucing-kucing di sini berbangsa Melayu atau Iban (sebab sini merupakan kawasan tempat tinggal Melayu dan Iban), tapi saya bertutur menggunakan bahasa Bidayuh dengan mereka.

Contohnya, si Puma. Kalau dah pukul 7 malam, dia akan menunggu di luar bilik saya. Saya selalunya akan memberi keropok kucing pada kucing-kucing di sini. Saya beli di Giant, Tabuan. Murah saja berbanding Friskies atau Whiskas. Hehe.. Balik semula kepada si Puma tadi. Saya akan tanya dia, 

"Oni neh Puma? Pirai keh? Kajon dio tiep, oku ngin pinguman mu."
(Apahal Puma? Laparkah? Tunggu ya, saya bagi makanan kamu.")

Siti dengan anak-anaknya dulu pun macam tu. Saya suka bercakap-cakap dengan mereka. Kadang-kadang bertanya khabar, kadang-kadang tanya apa yang mereka lakukan. Rakan sebilik saya sangat memahami. Dia sendiri pun adakalanya bercakap dengan si Timing. Hehe..

Kepada Siti dan anak-anak, semoga kamu semua dapat membiasakan diri dengan suasana baru. Selamat tinggal..Huhu..





._.


Thursday, October 20, 2011

Apa Kamu Rasa?

Petang tadi, dari pukul 2 hingga 4 petang kami menghadiri taklimat MQA (Malaysia Qualification Agency) yang tak sudah-sudah. Taklimat tersebut disampaikan oleh Encik Jameran dari Jabatan Sains. Boleh tahan juga cara penyampaian beliau. Tak terlalu membosankan.=)

Mula-mulanya, suasana biasa saja. Tak sunyi sangat, tak bising sangat. Mungkin guru pelatih khusyuk mendengar, mungkin juga termenung ataupun mungkin mereka sengaja buat-buat dengar tetapi buat kerja sebaliknya. Saya sendiri antara dengar atau tidak. Kadang-kadang mendengar dan memberi respon, kadang-kadang diam dan termenung kerana agak bosan.

Lama-kelamaan, telinga saya mula panas. Suara beberapa orang guru pelatih semakin lama semakin kuat di belakang saya. Adakalanya diiringi dengan ketawa. Saya menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangannya yang sedang seronok bercerita itu. Orang yang saya kenal.

Ingin saja saya bertanya soalan kepada mereka ;

"Kalaulah kamu sedang mengajar di hadapan kelas, 
beberapa orang murid kamu pula sedang berbual-bual di belakang
malah ketawa tak mendengar apa yang kamu ajarkan.
Apa yang kamu rasa?"

Tapi saya diamkan saja demi menjaga hubungan baik antara saya dan mereka. Kemudian saya teringatkan kata-kata seorang pensyarah.

"Hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Kalau hari ini kita tak menghormati guru kita, mungkin suatu hari nanti murid kita pula tak menghormati kita. Kalau kita tak menghormati ibu bapa kita, suatu hari nanti anak-anak kita pula tidak menghormati kita.


Karma.


._.

Lewat Bangun

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Kebelakangan ini, saya sering lewat bangun. Telefon bimbit berdering pada pukul 5.50 pagi, tapi saya sukar untuk terus bangun. Kadang-kadang saya akan bangun 10 minit selepas itu, kadang-kadang pula saya terlajak tidur sampai pukul 6 suku, dan pagi ini semakin lewat iaitu 6.30 pagi!

Saya agak kecewa. Saya ingin bangun awal supaya dapat mandi awal dan menyiapkan tugasan kerja sampingan saya. Saya mula memikirkan faktor-faktor kelewatan saya untuk bangun pagi-pagi.

  • Semenjak kebelakangan ini, saya sering tidur pukul12 malam. Saya suka blogwalking. Kalau tak blogwalking, saya menonton drama Korea.
  • Semalam saya tak blogwalking dengan kerap. Saya lebih sibuk dengan menaip tugasan. Kenapa? Kerja saat-saat akhir. T_T
  • Sepatutnya saya terus bangun selepas mendengar deringan telefon (alarm clock)
  • Orang tu tak misscall saya!

Saya tak sepatutnya menyalahkan orang. Hehe.. Esok, saya akan berusaha bangun awal. Walaupun tiada kelas pagi-pagi, tapi banyak kebaikannya bangun awal. Berusaha Skyliya!!!^__^

._.

Wednesday, October 19, 2011

Sabotaj?

Selamat pagi. ^_^

Semalam, semasa dalam perjalanan ke bilik pantri untuk mengisi air minuman, saya terbaca satu kertas iklan yang dilekatkan pada tiang asrama iaitu ;

Maths Fun Fair 2011
Wednesday,  19 October 2011
8.00pm - (dah lupa sampai pukul berapa)

Saya mula merancang untuk menghadirkan diri esok. Sekadar untuk berhibur dan bermain dengan Matematik, lagipun token untuk setiap satu permainan hanya 20 sen sahaja. Selain untuk berhibur, saya memberi sokongan kepada opsyen Matematik ini, iaitu kelas abang saya yang comel tu. Haha!

Pagi ini, saya melalui lagi tiang tersebut. Tapi kertas iklan tu dah tiada! Saya masuk ke bilik pantri untuk ambil air minuman lagi dan masak air. Apa yang saya lihat di bilik pantri tersebut?

Kertas iklan 'Maths Fun Fair' yang dah koyak.

Saya kehairanan. 'Bagaimana pula kertas iklan tu boleh berada di sini?' Fikir saya. Saya mula memikirkan perkara yang kurang elok.

  • Mungkin ada orang cemburu dengan salah satu kelas Matematik?
  • Mungkin ada perselisihan antara individu?

Tapi, pagi-pagi macam ni,  saya tak mahu fikir macam-macam yang kurang elok. Jadi, saya bersangka baik dan memikirkan,

Mungkin ada orang selesema yang terbersin sehingga terkeluarkan hingus yang banyak semasa di bilik pantri tersebut. Disebabkan dia tidak membawa tisu atau sapu tangan, dia terpaksa menggunakan kertas iklan tersebut. Hehe..

Semoga kita sentiasa dapat mengharungi hari-hari kita yang kian mencabar ini dengan penuh keikhlasan hati dan penuh kesabaran..^__^

Sedikit catatan ini ditujukan kepada Abang Syam, jom balik Sarawak ambil gambar Fun Fair malam ni!=p

._.



Tuesday, October 18, 2011

Ketawa Sikit..

Bosan, saya melayari internet membaca blog orang. Apa yang dirasakan saya perlu komen, saya akan menaip komen. Buka punya buka link yang dipromosikan, saya terjumpa satu tajuk yang menarik. Tajuknya ialah,

Kenapa Kita Perlukan Model Wanita?

Tajuk sebegini menarik rasa ingin tahu saya. Kenapa ya? Contohnya, sebuah syarikat nak memperkenalkan kereta baru mereka. Mengapa mesti modelnya ialah wanita? Kenapa bukan lelaki? Dan perempuan itu akan bergaya di sisi kereta. Mungkin untuk menarik lebih ramai pengunjung?

Cuba lihat gambar-gambar di bawah ini. Saya melihatnya tadi, terus ketawa. Dah la berseorangan.Nasib baik tiada benda lain tiba-tiba ketawa bersama saya. Si Cantik ke, Puma ke, Timing ke.. Hehe..



 Kalau gambar perempuan, "Wow..."

 Kalau lelaki jadi model, "(Speechless)"

 Best juga kalau kita bergambar macam ni.^_~

Tiada komen. -.-


Saya cedok sedikit gambar dari blog tersebut. Nak lebih lanjut, sila buka di SINI.=) 

._.




Guru Yang Sakit Tekak

Selamat pagi ~ ^__^

Hari ini saya rasa sakit tekak. Apabila difikir-fikir, sakit tekak ini bermula selepas saya makan nanas dengan kuantiti yang sangat banyak pada hari Sabtu yang lepas. Maklumlah sambal nanas (nanas + garam + cili tanpa belacan kerana tiada belacan di rumah) yang dibuat sendiri sangatlah enak.

Dengan rakusnya, saya makan sambil menonton cerita Hindustan di TV2 di mana heroinnya ialah Rani Mukherjee dan heronya pula saya tak tahu namanya. Saya sememangnya ular sawa. Dah kenyang makan sambal nanas, saya baring. Tak lama lepas tu, saya tertidur pula! Bangun bangun, televisyen yang memandang saya. Lalu saya pun masuk tidur dalam bilik. Haha!



Balik semula kepada cerita sakit tekak tadi. Disebabkan makan nanas dalam kuantiti yang banyak, saya mula sakit tekak. Dan saya mula terfikir ;

1. Sebagai seorang guru, tak boleh sakit tekak. Semasa saya praktikum dulu, saya pernah batuk-batuk. Betapa sukarnya mengajar. Saya terpaksa menulis perkataan/ arahan di papan tulis untuk disampaikan kepada pelajar.

2. Ya, memang tak boleh sakit tekak. Kalau kucing sakit tekak, tikus akan berleluasa. Kucing sukar nak marah tikus kerana dah sakit tekak. Memang suasana kelas agak bising kerana saya dah tiada suara lagi untuk marah-marah budak.

3. Kalau sakit tekak, maklumat tak sampai. Murid akan tertanya-tanya. Semasa saya sakit tekak, saya menyediakan beberapa sampul untuk setiap kumpulan dan dalam sampul tersebut mengandungi arahan dan aktiviti. Kiranya, guru sebagai pemudah cara dan murid membuat aktiviti tersebut tanpa dibantu oleh guru. Guru hanya pemerhati dan bertindak bila perlu.

Kesimpulannya, guru tak boleh sakit tekak. Susah. ^_^v



Thursday, October 13, 2011

Sudah Ada Penyelesaiannya! ^_^

Gara-gara tidak berpuas hati dengan 'Aw, snap!' itu tadi, saya mengGoogle dan taip 'How to fix aw snap'. Saya mencuba langkah penyelesaian yang pertama dulu, tapi saya tak memahami sangat penerangan orang yang saya nak rujuk tu. Lagipun, web tu menjadi aw snap pula.

Tidak berputus asa, saya buka lagi web yang lain. Saya jumpa web INI. Saya mencuba langkah-langkah yang diterangkan, dan cuba membuka web yang kerap berlaku aw snap terutamanya Harian Metro. Tiada masalah!^_^

Bolehlah cuba langkah-langkah di bawah ini.=)

1. Tekan right click pada Google shortcut, dan tekan properties.



2. Pergi ke Target : C:\Users\SkyLiYa\AppData\Local\Google\Chrome\Application\chrome.exe dan jarakkan/ tekan 1 kali tab selepas chrome.exe.



3. Copy (–no-sandbox) dan paste di hujung chrome.exe. Ia akan menjadi \Chrome\Application\chrome.exe –no-sandbox.


4. Tekan Apply dan OK. Cuba buka web yang kerap aw snap tu. Semoga berjaya.^___^


._.

Aw, Snap!

Kisah tragik ini bermula semalam. Bukannya saya melayari web 18sx pun. Tapi, kena 'snap' pula. (Pada pengertian saya, 'snap' membawa maksud kantoi!) Hehe.. Tapi kan, teringat pula Profesor Severus Snape dalam cerita Harry Potter. Bagi saya, dia agak cool. Diam-diam ubi berisi.

Saya cedok dari abang Google.


Balik kepada cerita 'snap' tadi, ketika sedang melayari internet untuk membaca Harian Metro, tiba-tiba web tersebut berubah menjadi seperti di bawah :


Bukan hanya sekali, malah berkali-kali. Sampai ke pagi ini. Agak geram juga, sebab saya tengah buat kerja kursus ni. Apalah masalahnya? Siapa tahu? Misteri. 

._.

Wednesday, October 12, 2011

Hati Sedih..

Hari ini hari Rabu.
Hari ini saya banyak menangis.
Atas sebab-sebab tertentu, saya menangisi nasib saya.
Walau apapun, saya akan tetap cuba untuk menenangkan diri.
Menggembirakan hati yang lara ini.

Lirik Lagu Nini Karlina – Bunga Kehidupan

Tak ada waktu kita untuk berduka
kenyataan ini tak bisa dihindari
mulai bekerja hadapi tantangannya
Sabarlah kawan, sabarlah
semua ada hikmahnya, bersabarlah
Tak ada waktu kita untuk berduka
kenyataan ini tak bisa dihindari
mulai bekerja hadapi tantangannya
Sabarlah kawan, sabarlah
semua ada hikmahnya, bersabarlah

Kehancuran… awal pertumbuhan
Semua beban… bunga kehidupan
Yang menangis… hapus air matamu
Kepedihan.. gerbang kebahagiaan

Tak ada persoalan yang tak selesai
Tak ada badai yang tak berhenti

Tak ada persoalan yang tak selesai
Tak ada badai yang tak berhenti

Tak ada waktu kita untuk berduka
kenyataan ini tak bisa dihindari
mulai bekerja hadapi tantangannya
Relakan kawan, relakan
semua ada hikmahnya, relakanlah

Kehancuran… awal pertumbuhan
Semua beban… bunga kehidupan
Yang menangis… hapus air matamu
Kepedihan… gerbang kebahagiaan







Mungkin esok kebahagiaan akan menjelma..

._.

Praktikum 2 2011







5 Bestari SK Dato' Mohd Musa, Samarahan, Sarawak,

Kenangan bersama anda semua takkan dilupakan sampai bila-bila.

Semoga sentiasa berjaya dan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

._.

Dari Mana?

Dari mana punai melayang,
Dari sawah turun ke kali,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

>_<

._.

Sunday, October 9, 2011

Sanggup Tak Anda Makan Ikan Ini?

Ikan sheepshead!

Menurut Wikipedia, ikan sheepshead merupakan sejenis ikan laut yang makan tiram, kepah dan lain-lain. Tapi saya rasa pelik, gigi ikan ni seperti gigi manusia. Anda sanggup makan tak?


**Semua gambar di atas dicedok dari abang google.

._.

Thursday, October 6, 2011

Mereka Semakin Melampau

Kebelakangan ini, kita sering didedahkan dengan kes-kes jenayah melalui surat khabar, televisyen, laman sesawang dan sebagainya. Semakin hari semakin banyak kes jenayah yang berlaku di negara kita. Namun apa yang lebih menjengkelkan saya ialah jenayah tersebut dilakukan oleh orang asing.

Rujukan : Sini dan sini.

Sepatutnya mereka dihantar balik saja ke tempat asal masing-masing. Kalau kita tak benarkan orang asing masuk ke negara kita, ekonomi negara kita bergoncang. Kalau kita benarkan mereka masuk pula, mereka buat onar. Salah benar. Buat ini, salah. Buat itu, salah. Haiya..

**Semalam ada kisah yang mencuit hati saya yang melibatkan orang di atas ni.^_~


._.


Wednesday, October 5, 2011

Tak Terduga...=(

Semua tahu saya suka kucing, saya sayang kucing. Apabila nampak kucing cantik, sahabat akan memberitahu saya, menceritakan ciri-ciri kecantikan kucing tersebut. Saya teruja mendengarnya.

Di Blok B (asrama lelaki), ada seekor kucing. Kalau dilihat dari gambarnya, dia sangat kacak. Badannya segak, sempurna. Ekornya panjang, bulunya begitu lembut. Matanya bulat, dia juga pandai menghias diri dengan celak di matanya yang cukup elok.

Seorang teman mengambil gambar kucing tersebut dan menunjukkannya pada saya. Saya suka sangat dengan kucing ni, sampaikan saya sempat berpesan, 

"Lain kali, kalau saya ada limpas Blok B, bawa kucing tu turun ya!"

Tapi hasrat saya tak pernah kesampaian. Hari ini kucing tersebut mati di atas jalan. Jalan di depan asrama Blok B. Seorang teman sudah pun mengebumikan kucing tersebut. Selesai sahaja urusan tersebut, teman memberitahu saya melalui SMS.

Macam tak percaya. Sebak juga, walaupun tak pernah ketemu. Akhirnya saya luahkan kesedihan saya ini di sini. Sayang, elok-elok saja kucing tu, sempurna. Tapi umurnya tak panjang. Sedih. T_T









._.

Blog Terbaik!!!^__^