Mulai 22 Oktober hingga 30 Oktober 2011, kami bercuti sempena hari Deepavali. Semua seronok kerana dapat bercuti selama seminggu. Tak kurang juga ada yang tak dapat balik rumah sendiri, alang-alang kata mereka. Lagipun tiket bas dan kapal terbang mahal.
Agak-agaknya saya di mana sekarang? Saya di sini! Di asrama, di IPG Kampus Tun Abdul Razak. Saya menghantar adik ke UNIMAS semalam, terus rasa malas nak balik semula ke rumah. Mentang-mentanglah IPG ini berdekatan dengan UNIMAS. Orang selalu berkata pada mak saya,
"Untung kamu. Ketiga-tiga anak kamu cuma melanjutkan pelajaran di Samarahan sahaja. Senang mereka balik sama-sama, jimat juga tiket bas/ kapal terbang dan dapat balik rumah tiap-tiap minggu."
Saya pun fikir macam tu sebenarnya. Hehe.. Kalau orang kata, "Rugilah tak sekolah jauh-jauh, tak dapat tengok tempat orang lain. Sekolah di UPM ka, UKM ka, USM ka.."
Bagi saya, sekolah dekat-dekat dululah. Lagipun kesian mak bapa terpaksa berhabis duit bagi duit belanja, makan pakai. Buat loan pula untuk beli laptop, bayar yuran dan sebagainya. Ya, saya bersyukur kerana kami sekolah berdekatan. Kenapa pula?
Biarlah sekolah dekat-dekat dulu, kalau dah kerja nanti barulah jalan-jalan ke tempat jauh. Kalau dah kerja nanti kan dah guna duit sendiri. Barulah senang nak pusing satu dunia, tak rasa serba-salah guna duit mak bapa.
Sebab itulah kena belajar rajin-rajin. Kalau macam saya, saya yakin saya akan ditempatkan di tempat yang jauh. Saya pun tak kisah juga. (Memanglah tak kisah, saya belum rasa lagi bagaimana rasanya kalau posting jauh-jauh! Hehe)
Impian saya ialah saya nak pusing satu Sarawak dulu, baru saya melawat ke Semenanjung. Ada satu lagi tempat yang saya wajib jejakkan kaki. Saya nak jejakkan kaki di tempat tersebut bersama suami saya kelak. (Malu-malu)
Berita baiknya lagi, adik bongsu saya pula bakal melanjutkan pelajaran di UITM, Samarahan juga! Walaupun setakat diploma, tapi bukanlah bermakna noktah. Selepas diploma, dia boleh sambung ke peringkat yang lebih tinggi. Doakan semoga semua kami berjaya dan mengharumkan nama mak bapa kami.=)
Baca ini kuat-kuat ;-)
"Onak Sino Ady duoh Sama Ady suo eh BERJAYA geh, rami Sino duoh Sama Ady neh."
P/s :
Entah kenapa nama Ady saja yang keluar. Haha..;p
Selamat bercuti kepada warga IPG, dan selamat Deepavali kepada mereka yang menyambutnya.=)
Saya balik kampung petang nanti. Sekarang saya nak manfaatkan masa yang ada dengan berusaha menyiapkan "kerja sampingan" saya. Hehe..
._.