Followers

Tuesday, July 31, 2012

Ryan Ziqry (Anak Zed Zaidi)

Comel kan??>_<

Tahniah kepada Zed Zaidi kerana isterinya selamat melahirkan bayi lelaki pada 27 Julai yang lalu. Yang menariknya, Zed berpeluang menyaksikan untuk menemani isterinya melahirkan bayi mereka tu dalam bilik pembedahan. Tapi secara pembedahan la, bukan secara tradisional. Bayi tu terlalu besar katanya..

Sekali lagi, tahniah yaa.. Semoga dengan kehadiran Ryan yang amat comel tu, hubungan Zed dan isteri bertambah bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat..

Saya suka tengok pipi Ryan tu. Tapi kalau dilihat perbandingan jari Zed tu dengan bayinya, bayi tu taklah besar sangat. Tak sangka pula berat baby tu 4.32 kg.. Hihi..

Tahniah!^_^

._.

Jangan Marah-marah ~ ~




Hihihihi...

._.

Merawat Tekak Yang Gatal

Selamat pagi dan salam sejahtera ~ ~

Saya batuk-batuk dari minggu lepas lagi. Sebenarnya, hari Khamis lepas batuk saya dah agak okey dah. Maka, saya pun keluar la dari kepompong untuk berjoging. Dan silapnya, saya lewat balik dan mandi pada malam hari! Tambah parah lagi, saya basuh rambut.. Kesannya, keesokan harinya saya tak turun kuliah, MC. Hehehe....

Maka, batuk-batuk saya kembali bertandang semula. Tekak ni amatlah gatal tau.. Suka sangat 'menggaru-garu'. Rasa nak garu je kerongkong ni. Takkan nak garu leher pula kan.. Semalam, saya mendapat satu petua yang boleh tahan berkesannya. Katanya, batuk-batuknya tak menjadi selepas mengamalkan petua tersebut.

Petuanya ialah minum air asam jawa. Jadi, saya pun mencubalah. Tak tahan sangat dengan tekak yang gatal ni tau! Saya minum sebelum tidur, campur dengan air suam. Kesannya? Berkesan! Sepanjang malam saya tak batuk tau! Sekarang ni, batuk saya berkurangan. Cuma batuk-batuk yang berkahak je sekarang ni. Baru semalam batuk yang amat seksa tu, sekarang dah lega sikit.

Asam jawa ni saya minta dari kawan..=p Terima kasih ya, semoga dimurahkan rezeki..=)

Bagi yang menahan seksa kerana batuk-batuk yang kering tu, apa kata minum air asam jawa? Jangan pula tambah gula dan ais yea.... Hehehe...

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam..=)

._.

Monday, July 30, 2012

Umat Islam Rohingnya (Myanmar)

Selamat pagi ~

Saya ingin berkongsi satu kisah.. Mungkin kita dah selalu mendengar mengenai kisah penderitaan umat Islam di Palestin, Afghanistan, Iraq dan sebagainya.. Apa kata kita ketahui lagi penderitaan umat Islam yang lebih dekat dengan kita, iaitu di Myanmar.

Saya mendapat tahu kisah ini semalam, dari Facebook rakan sebilik saya. Melihat gambar-gambar yang dipaparkan, rasa sebak sangat. Kenapa mereka diseksa sedemikian rupa..? Gambar-gambar yang dipaparkan amatlah menyentuh perasaan. Saya yakin, selepas membaca dan melihat gambar-gambar tersebut, akan tergenang air mata kita semua.. Salah satu gambarnya ialah :

Maklumat yang lebih lengkap lagi, mari kita sama-sama baca  hijabul crewz ni atau klik je pada gambar yang dipaparkan di atas. Bila penderitaan mereka nak berakhir...?=(

._.

Thursday, July 26, 2012

Kenapa Kita Batuk?

Selamat petang~

Saya batuk sebenarnya, sebab itulah saya merajinkan diri untuk joging tadi. Nasib baiklah ada teman berjoging, sekurang-kurangnya ada motivasi untuk berlari 2 pusingan padang. Selalunya, 1 pusingan je sebab saya joging seorang diri.=p

Kenapa kita batuk agaknya? Sebelum ni, biasa-biasa je. Mampu berkata-kata berjam-jam tanpa henti, menyanyi karaoke seorang diri dalam bilik, membuat pembentangan dalam kelas tanpa pecah suara. Apabila datang penyakit batuk ni, semuanya tak menjadi. Sikit cakap, batuk. Telan nasi sikit, batuk. Belum sempat nak menyanyikan satu bait lagu, batuk. Mengganggu je kan?

Setelah membuat beberapa rujukan di Google, saya ingin kongsikan apa itu batuk, sebab mengapa kita batuk dan cara untuk mengurangkannya.=)

Apa itu batuk? (rujukan)
Batuk merupakan tindak balas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindak balas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Mengapa kita batuk? (rujukan)
  1. Batuk selalunya berlaku disebabkan oleh jangkitan virus. Contohnya, si A dulu batuk. Lepas tu, berjangkit pula kepada si B, si C dan seterusnya. Saya pula, batuk berjangkit dari mak cik. Adui..
  2. Batuk disebabkan alahan, asma ataupun asap rokok.
  3. Batuk juga berlaku disebabkan kita terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja.
  4. Batuk mudah menyerang pada pertengahan pertukaran musim (dari musim hujan kepada musim panas). Sekarang ni la waktu yang tengah kritikal!

Rawatannya? (rujukan)
  1. Minum air suam banyak-banyak. Ianya dapat membantu memecah dan membuang kahak.
  2. Madu yang dicampur dengan air suam, teh ataupun air lemon amat sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
  3. Elakkan pengambilan bahan-bahan yang menambah lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis.
  4. Belajar untuk berhenti merokok. Khas untuk para perokok.=)
  5. Jauhkan diri daripada persekitaran yang berhabuk, pencemaran dan sebagainya.
  6. Untuk hidung yang tersumbat pula, cuba sedut stim daripada air yang mendidih. 
  7. Hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.
  8. Satu lagi tips tambahan, amalkan berjoging di tempat berudara segar. Tips daripada ahli sukan.=)
Kalau batuk masih juga berterusan, pergilah ke klinik. Lebih elok, boleh dipercayai dan lebih selamat. Jom kita sama-sama sihat!^_^

._.

Jom Joging!

Lama dah tak blogwalking. 2 hari agaknya.. Baru lepas blogwalking ni. Sekarang saya nak pergi joging pula! Lama tak joging sebenarnya.. Entah dah berapa bulan.=p

Tata ~

._.

Wednesday, July 25, 2012

Sang Badak...

Sekurang-kurangnya, badak ni tegap okey!=)
 
 Badak suka berkubang. Tujuannya adalah untuk menjaga suhu tubuh dan membantu mencegah penyakit dan parasit. Sifat badak ini mengingatkan saya kepada seseorang. 

Dia ibarat badak. Suka menyebarkan cerita demi kepentingan diri sendiri. Sifatnya seperti badak. Selepas malam ni, saya akan berusaha sedaya upaya untuk melupakan kesedihan dan kekecewaan hati ini.

Selamat malam.

._.

Saya Bukan Menunjuk-nunjuk...

Salam..

Saya ingin berkongsi perasaan saya di sini. Entah kenapa, sakit rasa hati. Saya dah berusaha sedaya-upaya untuk mengelakkan diri daripada dibenci orang, tapi masih ada lagi yang tak suka saya rupanya.. Tapi, siapalah kita kan, hanyalah insan biasa..

Dalam kelas tadi, pensyarah bertanya siapakah guru berintegriti yang paling anda ingat. Memang terus terlintas di fikiran saya, ibu sayalah yang paling saya ingat. Betapa banyak jasa yang disumbangnya terhadap sekolah sehinggalah sekolah tersebut mendapat Lonjakan Saujana. Kebetulan, pensyarah tersebut bertanya terus kepada saya. Tentulah saya katakan ibu saya..

Saya tak berniat pun untuk menunjuk-nunjuk ataupun berlagak. Saya sekadar ingin berkongsi, lebih-lebih lagi perkongsian itu mengandungi pengajaran bagi kita semua sebagai seorang guru. Tapi pandangan mereka pula berbeza..

Kata seseorang di Facebook, saya menunjuk-nunjuk tentang ibu saya. Katanya, perbuatan saya berkongsi kisah ibu saya itu boleh menimbulkan riak. Katanya lagi, perbuatan ibu saya itu tidak perlu diceritakan pada semua orang, biar orang tahu dengan sendirinya.

Mungkin dari kisah ibu saya itu, mereka terasa. Tapi saya dah cuba sedaya-upaya untuk tidak terlalu menonjol-nonjolkan ibu saya, sebaliknya saya ingin tonjolkan sifat seorang guru yang mengamalkan etika guru dan gigih berusaha dalam meningkatkan profesionalisme guru.. 

Apapun, kata-katanya di Facebook tu memang meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya. Tapi takpa, saya maafkan dia. Saya harap dia sedar akan perbuatan dia itu. Saya bersyukur kerana daripada pendapat rakan-rakan yang lain, saya tak menunjuk-nunjuk. Nisbah, 1 : 10.

Memaku dulang paku serpih,
Mengata orang diri yang lebih.

._.

Sama Tapi Tak Serupa

Saya terserempak dengan dia ni tadi!

Kakinya cantik dan tinggi, stoking berbelang-belang..

Tapi dia tak mempedulikan saya! Teguran saya, tak dipedulikan..T_T

Apabila saya mendekati dia, dia tak pandang saya langsung. Mentang-mentang punya badan yang tegap.

Dia seperti mencari-cari sesuatu. Apabila saya tanya apa yang dia cari, dia jawab, "Meow, meow" je. Mungkin dia tak ingin diganggu.=p

Disebabkan rasa geram yang teramat sangat, saya dukung dia! Tak kisah la kucing jalanan ke, yang penting dia tu kucing! Tapi dia ni tak pandai bergambar. Bergerak-gerak je kerja dia. Nak melepaskan dirilah tu. Macamlah dia ni comel sangat.

Si Topo saya di rumah lagi comel dan manja.. Hihi...
._.

Berhati-hati Di Lebuh Raya!

Salam petang... 

Matahari tengah terbenam sekarang.. Mata pula masih mengantuk, tapi saya gagahkan diri untuk bangun. Maklumlah nak ikut jadual waktu kan.. Haha.. Saya nak kongsi satu cerita yang saya dapat dari email.. Sila baca ya..=)


Semoga dijadikan peringatan kepada kita semua.. Berhati-hati tak kira di mana sahaja.=)

._.

Tuesday, July 24, 2012

MaLu . . . T_T

Salam sejahtera ~

Sekarang ni, bilik saya dilawati oleh tiga orang rakan (classmate kepada roommate saya). Mereka membincangkan soalan kerja kursus. Kerja berkumpulan tu.. Entah kenapa, saya rasa malu pula. 
Hihi... 

Sejak bila saya jadi pemalu ni?? Saya diam je ni tau.. Buat-buat rajin.. Kalau diikutkan, buat apa nak malu. Mereka ni memang rakan sama opsyen tapi berbeza kelas.. Aiyoo...


._.

Jom Makan Milo!

Selamat pagi ~

Teringat masa kecil-kecil dulu, saya dengan abang saya suka makan milo. Bukannya 3 in 1 tu, tapi milo dalam tin besar tu! Mak dengan bapa balik ke rumah, terkejut tengok Milo yang baru dibeli tinggal separuh! Kekekeke... Sampai sekarang kami sekeluarga suka minum Milo..=)

Di sini saya nak kongsikan satu gambar yang saya dapat dari email. Macam menarik je, tapi malas la nak cuba. Kalau nak makan pun, banyak lagi coklat yang lebih sedap daripada Milo. Hehehe..


._.

Monday, July 23, 2012

Jadual Waktu Baru Saya

Perubahan persekitaran (daripada sekolah kepada kuliah) menyebabkan saya agak malas dan kurang bermotivasi, lebih-lebih lagi banyak tugasan yang menunggu untuk 'menjerut' leher. Untuk pengetahuan semua, saya memang ada jadual waktu harian sebagai rujukan dan motivasi kepada diri saya tau. Haha! Orang skema la katakan...

Jadual waktu harian yang sebelum ni, semasa saya menjalani internship di SK Pati.=)

Ini dia jadual waktu harian baru saya!

Dengan adanya jadual waktu baru ini, diharapkan saya menjadi lebih berdisiplin.=)

Sekarang waktu untuk saya tidur kerana saya langsung tak buat apa-apa kerja tadi selain daripada menonton Running Man dan online.T__T

Liya! Ubah sikap kamu ni! (sambil membayangkan pandangan mata mak yang garang). Aiyo... Sekarang ni tiada lagi mukanya yang marah-marah tu. Kalau dulu, tali pinggang ataupun penyidai baju yang lekat di punggung ni. Tak pun, rotan. Sekarang, mak dah berubah menjadi mak yang sporting. Hehehehe...

Esok saya akan menjadi lebih berdisiplin dan menepati masa. Fighting!! 

Selamat malam, semoga mimpi yang indah-indah dan jangan lupa set alarm untuk bangun sahur esok. Hihi..

._.

Isu : Murid Membawa Telefon Bimbit Ke Sekolah

Membawa telefon bimbit ni ada kebaikan, ada juga keburukannya. Di sini saya ingin utarakan pendapat saya berkenaan baik buruk membawa telefon bimbit ni (untuk yang tinggal di asrama laa..), kerana saya pernah tinggal di asrama dan pernah membawa telefon bimbit ke sekolah. Hik hik hik..=p

Kebaikannya
  1. Boleh telefon mak bapa ataupun adik-beradik bertanyakan khabar, mengeratkan hubungan.
  2. Digunakan semasa kecemasan, contohnya sakit perut tengah-tengah malam. Warden takkan bangun pun tau..(dah ada pengalaman)

Keburukannya
  1. Pelajar (maklumlah usia remaja ni) lebih banyak meluangkan masa untuk menelefon girlfriend/ boyfriend berbanding untuk belajar/ menyiapkan kerja sekolah.
  2. Pelajar berSMS dalam kelas, terutamanya waktu P&P.
  3. Menjadi sasaran ragut penjenayah kalau pergi ke pasar
  4. Menyalahgunakan telefon bimbit dengan mengambil video cikgu tengah mengajar.
  5. Peningkatan pembikinan filem l***h. Rata-ratanya murid sekolah tau….(mengecewakan).

Apapun, membawa telefon bimbit membawa lebih banyak keburukan. Kalau nak berhubung dengan mak bapa (katakanlah bapa lewat ambil dari sekolah), boleh guna telefon sekolah sebenarnya. Kerajaan yang bayar bah.. Lagipun telefon awam masih ada sekarang ni. Pada usia remaja ni, macam-macam boleh berlaku. 
 
Kalaulah telefon bimbit memang dibenarkan dibawa ke sekolah, sebelum bermulanya waktu P&P saya akan suruh murid letak handphone dalam bakul atas meja guru. Saya menaip entri ini berdasarkan pengalaman.=)
 
Ada lagi penambahan?? Kemukakan di ruangan komen yaa..^_^
 
._.

Baju Kurung Baru..^_^

Cantik kan? Macam corak bunga ada, macam corak sarang lebah pun ada.

Bahagian tangannya, saya suruh aunty tailor jahit getah tu..

Saya selesa pakai begini.^__^

._.

Saya Mementingkan Diri Sendiri Kah..?

Selamat pagi dan salam sejahtera ~

Saya ingin bertanya, saya ni jenis yang mementingkan diri sendiri kah? Cuba baca dulu cerita saya ni, walaupun saya tak pandai nak menyampaikannya. Apapun, sila bagi pendapat ya..=)

Kami melakukan kerja berkumpulan. Satu kumpulan ada 4 orang. Setiap pekerjaan, kami lakukan sama-sama tanpa ada sebarang masalah. Segala pekerjaan saya lakukan seikhlas hati tanpa mengeluh. 

Selepas menyelesaikan kerja kami itu, kami dikehendaki menyiapkan laporan akhir secara individu dan perlu dihantar kepada pihak atasan pada hari Jumaat. Sememangnya dah berjanji untuk menghantar sama-sama pada keesokan harinya. 

Disebabkan saya ni jenis yang 'last minute', saya berusaha menyiapkannya pada Khamis malam itu. Akhirnya selesai pada jam 3 pagi. Memang penat, tapi ianya memang perlu dihantar pada hari Jumaat seperti yang dijanjikan.

Pada keesokan harinya, saya pun dengan penuh keyakinan membawa laporan tersebut untuk dihantar. Tapi.. Mengecewakan, rakan sekumpulan pula belum menyiapkan laporannya. Minta sama-sama hantar pada hari Isnin pula.

Saya dalam dilema. Sama ada saya patut mengamalkan pepatah 'susah senang sama dilalui' ke, ataupun sebaliknya. Setelah memikirkan baik buruknya, saya berkeputusan untuk menghantar laporan individu saya pada hari Jumaat tu juga. Manakala rakan sekumpulan pula akan menghantarnya pada hari Isnin ini.

Jadi, saya ni mementingkan diri sendiri kah..? Saya tertanya-tanya, adakah mereka memikirkan saya ni mementingkan diri sendiri..=(

._.

Sunday, July 22, 2012

Ikan Keli, Ikan Pari, Sawit.

Kan semalam saya pergi ke Baazar Ramadhan kat Desa Ilmu tu.. Apabila sampai ke bilik, saya sempat 'snap' gambar makanan yang saya beli - ikan keli dan ikan pari panggang. Ikan keli, RM6 seekor dan ikan pari pula, RM4, taklah besar sangat. Cukup-cukup makan..

Ikan pari panggang

Yang panjang tu, ikan keli panggang.=)

Kuah ikan pari. Tapi ada belacan la... Saya tak makan..T__T

Sikit lagi nak habis! Saya makan tanpa nasi tau...=p

Makan lagi buah sawit yang direbus. Pemberian budak sekolah saya.. Salah satu kelebihan menjadi guru..=p

Akhirnya, saya berjaya menghabiskan kesemua makanan tu pada malam itu juga. Yang sawit tu, saya makan perlahan-lahan la. Sedap tau! Rasa lemaknya, rasa macam buah dabai. Pernah makan buah dabai? Tengah berbuah sekarang ni..=)

._.

Melawat Baazar Ramadhan

Saya ingin berkongsi kisah saya 'bertandang' ke baazar Ramadhan semalam. Disebabkan kawan-kawan semua dah balik kampung (maklumlah 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu), saya keluar seorang jelah. Pada masa saya nak keluar tu, cuaca okey je. Mood pun okey juga, teruja nak melawat baazar tu. Teruja nak memilih makanan yang pelbagai dan murah pula tu.. Kawan lelaki berkirim ayam percik. Sejujurnya, saya tak kenal langsung apa itu ayam percik!=D 

Sampai sahaja di sana, hujan dengan lebatnya! Kanopi tempat tu bertambah sesak kerana masing-masing tak mahu kena hujan. Nasib baik saya bawa payung. Sempat juga memayungi seorang kakak yang membawa anak kecilnya. Yang membuatkan saya rasa kesal dan geram, ramai yang membawa anak kecil ke tempat sesak sebegini. Ada pula yang membawa 4-5 orang anak. Sesak tau.. Berkepit-kepit bagai. Tidakkah mereka tahu, di tempat sebeginilah yang boleh membawa kepada penyakit, terutamanya HFMD tu? 

Dalam bersesak tu, saya mencari-cari di manakah letaknya ayam percik. Saya tanya kepada seorang kakak bagaimanakah rupa ayam percik. Bukan main lagi berbahasa Melayu Sarawak indah, rupa-rupanya kakak tu orang Semenanjung! Haha! Kakak tu beritahu, ayam percik ni selalunya disepit dengan kayu buluh (kalau tak salah dengar semalam) dan mempunyai kuah. Saya pun mencari dan mencari dalam kesesakan tu. 

Kadang-kadang terasa seperti belakang badan saya ditolak. Sesak sangat tau! Tambah lagi dengan hujan yang lebat ni. Ayam percik yang dicari, tak jumpa. Rasa nak nangis pun ada.. Saya sempat beli ikan keli (RM6) dan ikan pari panggang (RM4). Nyum nyum nyum..

Masih teringat amanah! Ayam percik! Dalam pusing-pusing tu, ternampak ayam yang dikepit dengan batang buluh! Saya tanya tuan punya gerai bagi memastikan itu ialah ayam percik ataupun sebaliknya. Beliau mengangguk. Dibungkusnya ayam percik yang tinggal satu tu. Saya ingatkan dia nak bagi saya, rupa-rupanya ada orang dah menunggu untuk ayam percik tu! Dan habis dah....T__T

Dalam kekecewaan, saya bersesak-sesak lagi, kembali semula ke gerai yang menjual keli panggang untuk membeli keli untuk kawan lelaki tu.. Huhu...

Walaupun pelbagai dugaan, saya takkan berputus asa! Isnin ini saya akan pergi lagi! Haha!!

._.

Nanti Saya Balik Kampung!^_^

Salam sejahtera semua ~

Nanti saya balik kampung tau.. Sepatutnya saya balik hari Jumaat, tapi saya sengaja tak balik sebab nak berehat di asrama. Lagipun internship sudahpun tamat pada Jumaat lepas. Jadi, esok dah mula kuliah dah. Saya balik Bau nanti, nak servis kereta. Dah biasa servis di sana. Lepas tu saya balik kampung. Rindu pada kampung, rindu pada keluarga dan rindu pada binatang peliharaan kesayangan..=p


Ikan sepat dan ikan puyu pemberian murid SK Pati.=)
Si Topo yang hampir-hampir obes!>_<

Kan saya ada kuliah esok.. Jadi, petang nanti saya balik semula ke sini. Malasnya nak balik sini semula. Nak tinggal di rumah je..T_T

Tata ~

._.

Saturday, July 21, 2012

Serammmm.....

 

._.

Tips Membuang Rasa Sakit Hati

Selamat pagi semua ~

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam ~ ~

Pada pagi ini, saya ingin berkongsi tips untuk membuang rasa sakit hati. Maklumlah pada bulan Ramadhan ni, puasa tak semestinya puasa makan kan? Seperti maksud yang saya telah pelajari daripada rakan blogger semalam (mohdfaizulosman), "amar makruf nahi munkar" iaitu melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan (lebih kurang la..=p).


Balik semula kepada tajuk, sakit hati ni merupakan penyakit yang amat bahaya tak kira terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Kalau dah sakit hati dan hilang pertimbangan tu, macam-macam boleh berlaku kan? Malah ada yang sanggup membunuh kerana sakit hati. Bahaya sungguh kan.. Sakit hati ni dialami oleh sesiapa sahaja, tak kira di mana dan bila. Dengan adanya tips ini, mudah-mudahan hati kita menjadi lebih tenang dan lapang.=)

  1. Terlebih dahulu buang persoalan yang menyebabkan kita sakit hati. Cuba fikirkan peristiwa yang menggembirakan kita, kejayaan yang pernah kita lalui ataupun pengalaman manis kita.
  2. Pergilah ke tempat yang menyenangkan kita, yang sejuk mata memandang ataupun melawat orang yang kita selalu jadikan sebagai tempat luahan masalah.
  3. Menangis bila perlu. Masih ingat lagi tak, saya pernah membuat entri Fakta Tentang Menangis.=)
  4. Bila rasa sakit hati tu dah agak reda, cuba ingat balik apakah kebaikan yang telah/ pernah dilakukan oleh orang yang menyakitkan hati kita tu terhadap kita. Seburuk-buruk manusia, pasti ada kebaikannya yang dilakukannya.
  5. Secara perlahan-lahan, maafkan perbuatannya itu dan belajar untuk lupakan kesilapannya itu.
  6. Tanya pada diri sendiri, adakah anda sudah bersedia untuk meneruskan kehidupan seperti biasa??=)

Secara jujurnya, saya pernah melalui perasaan sakit hati ni. Tapi, entah mengapa saya ni pemaaf sangat. Saya sudah maafkan mereka yang pernah menyakiti hati saya. Bukan saja maafkan, malah saya dah lupa dah apa yang pernah mereka lakukan pada saya. Cuma ingat sikit-sikit je. Tapi sememangnya saya tak ingin ingat lagi kerana saya tahu, kita hanyalah insan biasa. Bak kata Radja,

"Aku hanyalah
manusia biasa
yang tak pernah
lepas dari khilaf"

._.

Friday, July 20, 2012

Pinggang Semut Patah...=(

Salam sejahtera ~ ~

Selepas makan tadi, saya ke sinki untuk membasuh mulut dan sudu. Semasa sedang basuh-membasuh tu, jatuhlah seekor serangga (semut yang bersayap tu..) ke dalam sinki. 

Kesian pula saya tengok semut ni, jadi saya pun ambil dia guna jari saya. Tapi dia melekatlah pula pada lubang sinki tu. Saya tarik dia kuat-kuat, saya tak nak dia mati kelemasan ketika saya membasuh.. 

Malangnya, pinggangnya patah pula! Bercerai kepala dan pinggangnya... Adui... Kesiannya... Minta maaf ya semut.... 

Akhirnya, saya tak sanggup tengok mati dia menderita, saya buka paip besar-besar, biar semut tu hanyut ke dalam lubang sinki tu.. Kesian kan... Huhu... Akhirnya, tamatlah riwayat Sang Semut....

._.

Disebabkan Dia Suruh Share..

Saya share jelah.. Saya dapat dari emel..=p



Semalam saya langsung tak kemas kini blog saya ni kan? Wireless di sini tak elok.. T__T

Apa-apapun, selamat berpuasa kepada rakan-rakan yang beragama Islam.. Bermula esok, dapat la melawat baazar Ramadhan.. Hehehe..

._.

Wednesday, July 18, 2012

Dia Ni Kejam Sangat...=(

Maklumat ni saya dapat dari emel.. Habis saja membaca mengenainya, saya mengalirkan air mata.. Saya kesian sangat..;'(

Tengok ni.. Orang ni (layak ke dipanggil orang???) mengikat rantai ke leher anjing dan menyeretnya dalam kelajuan 50km/j. Kejadian ini berlaku di China.

Anjing tersebut dikatakan melolong, berteriak dan menangis. Tapi tak dihiraukan, malah orang tu meningkatkan kelajuan motosikal.

Melihat gambar ini, terus mengalir air mata... Kejam....=(

Anjing pun makhluk Tuhan tau.. Apalah salah anjing tu, sampaikan ianya diseksa sedemikian rupa.. Andai kata dia ada buat salah pun, apalah salahnya bunuh je biar mati terus. Jangan diseksa.. Kejam, memang sangat kejam!!!

._.

Apa Tu??




Semasa sedang leka membuat kerja, saya perasan ada sesuatu sedang memerhatikan saya. Rupa-rupanya Alia yang comel ni. Hihi..
Gambar Alia dalam entri sebelum ni..=)
Kesian pula tengok dia keseorangan duduk di meja mak dia. Mak dia ada kelas agaknya. Lalu, saya memanggilnya dan bermain bersamanya.. Comel sangat!^__^

._.

Nasi Ayam Mak Entek..(^_^)

Salam sejahtera..

Semasa berblogwalking tadi kan, saya baca entri Kak Zie mengenai makanan yang dia idamkan. Maka, 'pengidaman' dia tu berjangkit pula pada saya. Adui...

Tapi kesiannya dia, sebab suaminya jauh dan menunggu hari Jumaat ni baru dapat ajak suami dia ke kedai makan yang dinyatakan tu.

Saya pula? Belum bersuami masih single-mingle, jadi saya pun pinjam la kereta rakan praktikum yang comel tu. Haha!

Apa yang saya idamkan pula? Ini dia nasi ayam mak entek yang terkenal di Warong 2000, Desa Ilmu, Samarahan. Sebelum ni pernah keluar di surat khabar Utusan Sarawak kalau tak silap.



Sedap tau ~~ Tapi makanan di Warong 2000 tu memang sedap-sedaplah.. Dengan nasi ayam penyetnya, mi sapinya, nasi campurnya dan lain-lain.. Harga pula berpatutan. Nasi ayam mak entek ni harganya RM6. Mahal, tapi berbaloi-baloi tau..

Dah habis makan dah. Jangan cemburu ya ~

._.

Terima Kasih..^___^

Selamat pagi ya ~~

Terima kasih.. Satu ungkapan yang menunjukkan penghargaan yang tak terhingga. Menunjukkan kesyukuran yang tiada hentinya.. Menunjukkan rasa kebahagiaan di hati..

Terima kasih ya.. Buat kawan-kawan blog yang mengucapkan selamat hari jadi kepada saya.. Saya terharu tau..

Terima kasih juga buat Encik Que kerana mempromosikan blog saya yang tak seberapa ni.. Terharu juga tau.. Huhu..

Saya memang rajin blogwalking. Dah tiada novel atau buku yang nak dibaca, saya baca la entri kawan-kawan dalam alam maya ni. Salah satu medium yang bagus untuk saya menambahkan ilmu..=)

Jadi, jangan hairan ya kalau saya rajin komen. Tak salah meluahkan apa yang terbuku di hati kan? Sekurang-kurangnya saya meninggalkan 'tapak kaki' saya di blog kawan-kawan. Hihi...

Semoga mempunyai hari yang baik!!!^__^

._.

Blog Terbaik!!!^__^